; DA16

5.4K 257 35
                                    


“Okei semua dah ada group masing-masing? ada yang tak group lagi?” Soal Cikgu Fatin mahukan kepastian

“tak ada!” laung 60 orang peserta menjawab soalan cikgu mereka

“Setiap group pilih ketua masing-masing dan bagikan tugas” ujar Cikgu Fatin lagi

“Wei Na senyap je bukan kau ke selalunya excited bab-bab campaign ni?” Soal Dhia hairan dengan Husna

“Ha'ah lain macam je aku tengok kau harini” balas Asya pula

“Harini Exo datang Malaysia aku tak leh pergi sebab campaign ni” Husna mematah-matahkan ranting-ranting kayu

“Laa sebab tu je haish kau ni” Serentak Asya dan Dhia menepuk bahu Husna. Husna tersenyum kambing

“Dhia Adrianna sini kejap!” Laung Cikgu Baiti menghentikan perbualan mereka. Dhia rasa tidak sedap hati seoleh-oleh ada sesuatu buruk yang berlaku tapi cuba dia tenangkan

“Ye Cikgu?”

“Datuk kamu Dhia” Sebut saja nama atuknya terus berdegup kuat jantung Dhia

“Kenapa dengan atuk saya cikgu?” Suaranya ditahan empangan air matanya hampir limpah

“Dah meninggal dunia” Terjatuh Dhia ke tanah sungguh kakinya tak mampu berdiri

“Atukkk!!” tanah dicengkam Dhia menjerit memanggil atuknya air matanya mengalir dengan deras

“Cikgu saya nak jumpa atuk saya cikgu. Tolong cikgu tolong saya” Cikgu Baiti cuba tenangkan Dhia

Sampai saja di depan rumah mama dan papanya sudah dipenuhi dengan orang ramai. Jasad yang terbaring tak bernyawa buatkan Dhia terduduk terus dipeluk mayat atuknya

“Kenapa atuk tinggalkan Dhia atuk dah janjikan nak tolong Dhia rapat dengan mama. Atuk bangun lah ramai orang datang ni atukk.. Dhia.. sayang atuk” Teresak-esak Dhia menangis abaikan ramai disekeliling nya baginya atuk dia lah segala-galanya. Orang yang dia dapat rasa kasih sayang seorang ayah dan seorang datuk

“Mak jemah tengok atuk ni tidur dekat sini. Mak jemah atuk tak nak bangun tolong lah Dhia kejutkan atuk. Mak jemah tolonglah Dhia” Tubuh Dhia mak jemah peluk cuba tenangkan anak muda itu. Dia faham yang Dhia itu masih tak boleh terima kenyataan

“Dhia istigfar dhia. Bawa bertenang atuk kamu dah bertemu tuhan dia makin sedih atuk kamu bila tengok kamu macam ni” Sudah merah muka Dhia menangis tak berhenti

Selesai kebumikan arwah Encik Hashim hujan turun lebat seolah-olah faham perasaan Dhia. Dari tadi Dhia tak bercakap puas Dato Shamsuddin pujuk tapi tak berjaya. 

“Pa, hujanlah mesti atuk sejukkan Dhia nak pergi hantarkan atuk selimut. Dhia nak tidur dengan atuk kesian atik tidur sorang-sorang mesti atik takut kan” Dhia berlari mengambil selimut yang selalu atuknya guna dan berlari ke perkuburan tempat atuknya ditanam

“Assalamualaikum atuk, ni Dhia.Mesti atuk sejukkan atuk pun tak sihat lagi ni Dhia bawakan atuk selimut atuk jangan takot tau Dhia teman kan atuk tidur” kubur Encik Hashim diselimutkan batu nisan diusap oleh Dhia. Berlari Mak Jemah dapatkan Dhia mahu memujuk Dhia untuk pulanh hari pun sudah lewat

“Dhia sayang, kita balik ye dah lewat dah ni” Bahu Dhia cuba dia pegang tapi ditolak

“Dhia tak nak balik atuk duk sorang-sorang dekag sini” Setelah dipujuk Dhia akhirnya pulang ke rumahnya

Baju yang selalu dipakai atuk dicium-cium berkali-kali masih ada bau atuk dibaju itu sepucuk surat menarik perhatian Dhia

Assalamualaikum cucuku, Dhia

Atuk tak tahu kenapa atuk tulis surat ni seakan atuk dah nak pergi untuk selama-lamanya. Dhia, atuk tahu kamu terseksa selama nk mama dan adik kau selalu buli kamu ye? sabar lah cu, Allah turunkan dugaan kepada kamu sebab disayang kamu. Atul minta maaf kalau nanti apa yang atuk janji atuk tak tunaikan kita hanya merancang yang menentukan adalah Allah. Adaikan kata atuk pergi atuk nak cakap atuk sayang kamu. Jaga diri baik-baik ye cu? atuk dah tak ada nak pujuk kamu nanti belajar elok-elok nanti kami boleh sara hidup kamu sendiri atuk dah tak ada nak bagi kamu duit nanti. Atuk tak nak mintak banyak kamu sedekahkan atuk al-fatihah ye? Selalu lah jenguk atuk dekat rumah atuk..

Belum habis baca surat yang ditulis Dhia sudah tutup lipatan itu tak sanggup nak teruskan basah sudah lengan bajunya dibasahi air matanya

“Atuk dah tak adakan. Dah2 ah berlakon acah-acah kau sedih sangat atuk dah tak nampak lakonan kau tu” Bahu Dhia tasya tolak kertas ditangan dirampas

“Wow. Surat-surat bagai sedih nya” Tasha mengelap air mata palsunya

“Tasha! Tolong hormat orang dah pergi tasha jangan sampai tahap kesabaran akak hilang” kertas dirampas dia keluar dari bilik atuk sampai saja di biliknya makin laju air matanya mengalir sungguh dia tak tahan dengan perangai Tasha.

727 words

Dhia Adrianna Where stories live. Discover now