Tip!
message from Husna.Jumpa dekat cafe Rangers kay? Tak jadi practice dekat rumah aku. Sorry
✔ 16:45
Okay.
✔ 16:48
Lepas dapat mesej daripada Husna aku cepat-cepat bersiap kesian Husna pula tunggu lama.
'Kak Leha. Dhia balik dalam pukul 6 camtu kot nanti kalau mama balik cakap saya balik lewat sikit, ye?' Kak Leha mengangguk dan menyambung kerjanya mengemop lantai sepatutnya aku yang buat tapi Kak Leha suruh aku pergi jumpa Husna. Baik kan?
..
'Maaf aku lambat tadi teksi susah nak dapat lah' Aku memohan maaf bila aku terlewat 30 minit nampak gayanya Asya bawak kawan.
'Tak pe. Owh ni kenalkan cousin aku Idham yang selalu aku citer tu. Dia baru balik dari london tapi jangan risau dia faham cakap Malay' Aku mengangguk malu nak cakap banyak Husna datang dari belakang dan menepuk bahu aku. Terkejut aku dibuatnya nasib baik tak melatah.
'Wei mat puteh mana kau bawak datang ni' Ujar Husna lepas pandang Idham yang duduk sebelah Asya.
'Cousin aku.' balas Asya pelayan datang dengan menu. Makanan dekat sini mahal sangat aku tak mampu nak bayar.
'Kau nak makan ape Dhia?' Soal Husna yang mencuit lengan aku. Aku tersenyum kelat dan menggelengkan kepala.
'Order je aku belanje' Sampuk Husna yang faham situasi aku.
'Tak pe aku dah banyak susahkan korang' Aku menolak tawaran dyorang. Dah banyak kali dyorang belanje aku. Aku? sekali pun tak. Aku mengeluh kuat.
Tapi Husna degil dia orderkan aku makanan juga sekali lagi aku mengeluh. Nanti aku kene cari kerja lebih harap2 lepas ni aku boleh belanje diorang pulak. Pidato ni aku kena practice elok-elok kalau menang aku dapat RM500 boleh lah aku belanje dyorang.
'Memandangkan korang ni kawan kepada Asya harini aku belanje' Ujar Idham yang dari tadi mendiamkan diri awkward kot. Husna bersorak gembiraa.
'Wei Asya tolong jadikan aku ''Cousin ipar kau" Ujar Husna gatal tak bertempat tersedak Idham dibuatnya.
Sudu yang ada ditangan Asya terus dia ketuk kepala Husna. Aku cuma diamkan diri nak discuss pasal pidato lain pulak jadi.'Dhia kan? kenapa dari tadi lagi senyap? Ke malu sebab saya ade?' Idham cuba nak bercakap dengan aku. 'Mulut ada emas Dham tu jadi bisu' yang tu hanya mampu jawab dalam hati. Tak berani siott
'Eh tak lah ni Husna dengan Asya selalu selalu merapu,tu saya tak layan sangat' Jawab aku dengan ayu. Kenapa lembut sangat beb? haha
'Since when suara kau selembut tu? Try nak tackle cousin aku eh? Baik kau ngaku Dhia' Muka aku merah padam saje je nak sakat aku Si Asya ni.
'Tak de lah. Tak de mase nak tackle cousin kau baik aku tackle Aaron Aziz. Kaya pun kaya hensem pun hensem' balas aku baru start nak menggila. Air yang diorder pun selamat mendarat di meja kami abang waiter dari tadi duk senyum-senyum.
'Husben aku tu. Turn kau nanti kotak yang ke4 sebab yang ke3 Si Marhaini dah order' Husna join aku menggila kat cafe tu Idham kadang-kadang tergelak jugak bila dengar kitorang berbual.
..
'Sekarang dah pukul berapa? Ingat dah tak tahu jalan balik' Tunjuk mama ke arah jam yang jarumnya menunjukkan pukul 7:00 tepat.
'Maaf Ma. Tadi jalan jammed bas dengan teksi susah nak dapat' Balas aku hanya menundukkan muka.
'Dah tahu bas dengan teksi susah nak dapat waktu macam ni yang kau gatal nak keluar tu kenapa?!! Kau tahu muka aku dengan muka suami aku yang malu kalau kau keluar masuk rumah waktu senja camni, faham?!! Sekarang aku takkan kasi kau keluar rumah kecuali pergi sekolah' Jerkah mama kepala aku ditonyoh dengan kuat. Aku menangis sakit bila mama start tarik rambut aku rase sakit tu hanya Allah yang tahu, aku ditolak ke lantai kaki mama cuba aku capai tapi dipijak mama dan berlalu pergi teresak-esak aku menangis.
'Maafkan Dhia Ma. Dhia cuma pergi rumah Husna nak berlatih bersungguh-sungguh Dhia nak beli hadiah macam mama bagi kat Dhia dulu-dulu, tapi kenapa mama buat Dhia macamni?' Luahan tu hanya aku luah dalam hati. Sekarang aku asyik batuk batuk dada aku kadang-kadang rasa sakit. Mungkin sakit biasa tapi batuk ni asyik berulang-ulang.
'Ya Allah Dhia. Kenapa ni? Bangun Nak bangun kenapa duduk dekat sini? Boleh bangun tak? Kak Piah dah letak makanan dalam bilkk Dhia Kak letak senyap-senyap takot Datin tahu. Akak tahu Dhia belum makan kan? Meh kak Piah bawak kamu ke bilik' Kak Piah papah aku ke bilik tidur atau lebih sesuai dipanggil stor bilik bawah.
'Ni je sempat akak simpan Dhia ikan goreng dengan telur je. Ni pun makanan lebih Kak Piah dengan Kak Leha. Dhia makan ye? Akak tak nak tengok kamu sakit nanti kamu sakit sape nak jaga kamu? Kamu kena kuat Nak ni dugaan kamu' Belakang aku Kak Piah gosok air mata yang mengalir aku sapu. Tersenyum aku pandang makanan yabg terhidang ikan dengan telur pun dah cukup.
'Tak pe kak. Bagi Dhia telur dengan ikan ni dah cukup bukan cukup je lebih daripada cukup, Kak piah. Dhia bersyukur sebab masih ada orang sebaik Kak Piah' Nasi ditangan aku suap ke mulut lapor nangis kuat sangat. Wajah Kak Piah aku pandang manis je senyum dia tuh.
849 words
Setelah beberapa harini perah otak dan ini lah hasilnyaa.
YOU ARE READING
Dhia Adrianna
RomanceSeorang gadis yang kekurangan kasih sayang daripada keluarga kerana dituduh dia lah punca adik lelakinya meninggal dunia. Mamanya yang dulu seorang penyayang, lemah lembut dan dulu orang yang sentiasa ambil berat pasal anak-anaknya tanpa berbelah b...