Daniel sebagai ketua kelas memberi salam kepada Cikgu Nureez, Cikgu Nureez senyum dan menyuruh kami untuk duduk buku teks dikeluarkan.
Ya Allah perut aku dari tadi lagi berbunyi. Tangan aku diletakkan diperut mungkin dengan cara ni rasa lapar tu hilang.'Owh ye sebelum cikgu terlupa minggu depan ada pertandingan Pidato. Kalau ada sesiapa yang berminat nak masuk boleh jumpa cikgu di bilik guru' Ujar Cikgu Nureez terus keluar dari kelas kerana waktunya sudah tamat.
'Kau nak masuk Dhia? Aku nak. Kalau kau nak masuk kita boleh berlatih sama-sama dekat rumah aku' Cadang Husna yang berminat nak masuk pertandingan pidato tu. Aku mengangguk setuju kepala aku letakkan di meja tiba-tiba kepala aku pening mungkin sebab aku tak makan tadi.
'Kau ada dengar cite tak pasal adik kau Dee?' Ye Dee nama panggilan manja aku cuma Asya dengan Husna je yang panggil. Aku mengerutkan dahi pasal Tasya?
'Pasal Tasya? Kenapa dengan dia?' Asya mengangguk tanda ye pen dilekatkan dimulut acah-acah berfikir.
'Kalau tak silap aku dia ajak si budak baru kelas kita tu couple. Tapi Si Afeef reject wuu kesian duh padam muke umur baru setahun jagung dah nak bercinta bagai' Kemain lagi mengata adik aku. Aku hanya tersenyum kelat marah betul Si Husna tu dengan Tasya.
'Nah' Afeef menghulurkan donut kepada aku. Aku mengerutkan dahi wajah dia aku pandang pelik.
'Ape?' Soal aku yang kebingungan.
'Nah makan lah donut ni tadi kau tak makan kan? Aku nampak kau duk gosok perut kau tu mesti kau lapar. Ambil lah aku belanje arini aku nak kasi tadi tapi cikgu masuk kelas awal pulak' Asya dan Husna meng'Wuuu'kan aku, aku jeling. Afeef tinggalkan donut di atas meja aku sempat lagi aku ucapkan terima kasih dia hanya senyum.
Alhamdulillah selesai jugak sesi pembelajaran arini kejap lagi ada kelas tuisyen sebelum kelas start aku ke kantin nak cari rezeki pinggan2 kotor aku basuh ni lah kerja aku lepas sekolah cari duit untuk beli barang-barang sekolah. Walaupun jumlah wang yang diberi tak cukup untuk beli kamus aku bersyukur sekurang-kurangnya ada jugak lah duit untuk disimpan dalam tabung.
'Nah Dhia banyak ni je akak mampu bayar kamu. Hati-hati keluar nanti pengetua nampak akak pulak yang dibuang kerja nanti' Duit 10 ringgit dihulurkan aku ambil dan berterima kasih pintu dapur di belakang aku keluar dengan berhati-hati. Tangan aku ditarik kuat wajah Afeef aku pandang pelik.
'Kenapa awak tarik saya? Sakit tahu tak?' Tangan yang kena tarik tadi aku gosok muka Afeef nampak macam nak tanya something.
'Kenapa kau kerja dekat kantin sedangkan kau anak dato?' Soal Afeef yang kebingungan lengan bajunya disisihkan.
'Tak payah nak masuk campur urusan saya. Saya tahu ape saya buat tak semestinya mama papa saya dato' datin saya tak boleh buat kerja macam tu' Bahu Afeef aku tolak dan beredar dari situ.
'Dhiaa!! Aku tak habis tanya lagi lah!!' Jerit Afeef aku hanya pekakkan telinga. Sebokk je nak tahu hal orang
•••
'Dhiaa. Aku dengan Tasya makan kat keluar arini kau duduk rumah je lah kemas ape yang patot Papa balik lewat dia pun join kami makan nanti' Aku hanya mengangguk faham Tasya berlari anak sambil menanggalkan stokin, stokinnya dibaling ke arah aku. Pedih perut kene tikam pedih lagi hati aku bila mama nak keluar bertiga je.
'Baik Ma. Ma, Dhia nak minta izin nak keluar rumah harini Dhia nak pergi rumah Husna' Aku meminta izin dengan mama harap2 dia bagi.
'Suka hati kau lah tak payah nak bagi tahu aku tu bukan urusan aku' Air mata yang hampir keluar aku tahan. Aku tak nak nampak lemah depan mama.
Tasya turun dari tangga berjalan ke arah mama bahu Dhia sengaja dilanggar hampir terjatuh Dhia dibuatnya.
'Jom Ma. Tasya dah lapar' Lengan Mama Tasya peluk kan best kalau aku boleh buat macam tu kan best kalau mama layan aku same macam mama layan Tasya, Teruk sangat ke aku? Stokin Tasya aku kutip.
'Sabar lah Dhia. Kak Piah faham perasaan kamu. Kamu ada kak Piah kan tak yah sedih2 lagi' Kak Piah mengusap lembut belakang aku.
'Tak pe Kak Piah. Dhia faham lagipun kalau Dhia nangis mama dah tak pujuk Dhia macam dulu mama dah tak sayang Dhia, Kak' Air mata mengalir makin ditahan makin banyak yang keluar. Kak Piah memandang ke arah lain sebak tengok Dhia nangis macamtu.
'Mak mane tak sayang anak Dhia? Semua mak sayang anak dia, mungkin puan tak boleh terima kenyataan pasal kematian Aqeem. Kak piah percaya mama kamu sayang kamu cuma ego dia tinggi sangat. Kamu sabar ye nak?' Kak Piah bagi aku kata-kata semangat. Air mata yang mengalir aku kesat dengan hujung lengan baju tshirt yang aku pakai.
767 words.
Bab 3 selamat dipublishkan. Yeayy!
YOU ARE READING
Dhia Adrianna
RomanceSeorang gadis yang kekurangan kasih sayang daripada keluarga kerana dituduh dia lah punca adik lelakinya meninggal dunia. Mamanya yang dulu seorang penyayang, lemah lembut dan dulu orang yang sentiasa ambil berat pasal anak-anaknya tanpa berbelah b...