; DA24

5.7K 267 5
                                    

Hari berbaki lagi seminggu sebelum peperiksaan besar berlaku iaitu penilaian tingkatan 3 (PT3). Semua pelajar menyibukkan diri begitu juga dengan Dhia.

“Asya sebelum balik umah kau boleh tak aku nak singgah umah mama aku kejap. Aku nak mintak maaf ye la exam dah nak dekat dosa aku dekat mama terlalu banyak” Untuk kali ke berapa ntah Dhia mengeluh. Asya hanya mengangguk sambil membuat tanda 'OK' mata hanya fokus pada bacaannya

“Dee Cikgu Maroslina nak jumpa kau dekat bilik guru” ujar Husna yang baru sampai ke kelas dan terus melabuhkan punggung disebelah Asya. Dhia hanya mengganguk faham

“Dee. Ni kerepek yang kau pesan tadi’’ Husna menghulurkan kerepek ubi kepada Dhia. Dhia mengambil kerepek ubinya an diletakkan di bawah meja sebelum berlalu ke bilik guru

“Ye Cikgu ada apa cikgu nak jumpa saya?” soal Dhia setibanya dia di meja gurunya

“Dhia. Cikgu nak tanya kamu agak-agaknya bila kamu boleh bayar duit kelas tambahan? Dah banyak kali cikgu pesan kan kamu asyik cakap saya akan bayar saya akan bayar. Kamu ni pelajar permata di sekolah ni cikgu harap kamu boleh langsaikan semua hutang sekolah. Cikgu tak nak rekod kamu tercemar kalau kamu ada masalah cikgu sedia mendengar ye sayang” ujar panjang cikgu Maroslina. Sekali lagi Dhia mengeluh senyuman pahit diberikan.

“Baik cikgu. Saya akan langsaikan semja hutang sekolah sebelum mulanya peperiksaan” ujar Dhia dengan perlahan. Dadanya terasa sebak pelbagai persoalan bermain dimindakan.

Macam mana aku nak bayar semua hutang ni

Setelah keluar dark bilik guru dia terus ke tandas pintu tandas dikunci. Air matanya mengalir dengan deras dia mengalirkan air mata tanpa membunyikan suara menunjukkan betapa peritnya. Air mata yang mengalir disapu dengan kasar dia terus keluar dari tandas dan terus ke kelas dia tak terlepas apa yang diajar cikgu.

“Dhia kau okey ke tak ni? Kau sakit kat mana2 ke? Dhia jawab la jangan buat aku risau!” Dhia hanya berdiam diri sahaja pertanyaan Asya dipekakan. Bahunya digoncang Asya menghentikan lamunannya

“ye Asya? Kau tanya ape? Maaflah aku mengelamun tadi” Asya merenung mata Dhia. Asya tahu Dhia baru saja menangis mata Dhia yang merah menunjukkan dia baru saja menangis.
“Kau nangiskan? Kenapa cite la dekat aku” Mata Asya mula bertakung

“aku oke.. ”

“Tipu! Kau tipu Dhia! Kau tipu. Kau nak sorokkan ape lagi dah sah2 kau nangis. Kenapa teruk macam ni dugaan kau? Kenapa dhia kenapa? Aku takut Dhia andai aku pergi sebelum kita dapat keputusan nanti. Kau janji dengan aku ok? Kita ambil result same2 kita berjaya same2 ok? Kalau kau sakit kau kasi tahu aku” sambung Asya lagi. Tubuh Asya dipeluk air matanya mengalir sekali lagi dia bersyukur mempunyai kawan seperti Asya dan Husna

Seperti yang dikatakan Dhia dia singgah ke rumah Mamanya. Kelihatan Puan Qistina menyibukkan diri di Taman mini yang dibuat oleh mereka sekeluarga.

“Papa apa kata kita buat satu taman. Untuk mama tanam bunga-bunga dia pastu Feeq dengan Akak dee boleh tolong mama berkebun” cadang Afeeq memecahkan kesunyian di meja makan itu

“hm boleh juga tu. Boleh la petang-petang kita luangkan mase dekat situkan” ujar papa. Mama tersenyum manis mendengar persetujuan papa

Afeeq dan Dhia bersorak gembira. Afeeq dan Dhia mempunyai minat yang sama iaitu suka berkebun. Dhia sangat suka bunga ros Afeeq pula sukakan bunga Orkid.

Kenangan mereka berkebun bersama-sama mengingatkan Dhia kepada adiknya Afeeq

Akak rindu Afeeq. Afeeq tunggu akak ye

Dhia mengesat air matanya dan tersenyum manis memandang Puan Qistina yang sedang bercakap dengan bunga-bunganya

“Assalamualaikum mama” Senyuman Puan Qistina mati apabila melihat wajah Dhia. Terus rosak mood gembiranya

“Kau buat ape dekat sini. Rosakkan mood happy aku je. Pergi balik la dah pandai keluar buat ape jejak kaki dekat sini lagi!” Puan Qistina menolak bahu Dhia menyebabkan Dhia kebelakang

JENG MUNCUL SETELAH LAMA MENGHILANG. MAAFLAH MAKIN LAMA MAKIN MERAPU :'(

Exam baru je abis lega asanya. Nak update cite punya senang 😂

*vote hingga 100 baru saya update

Dhia Adrianna Where stories live. Discover now