“Sya, kau tak kesian ke buat kakak kau macamtu?” Soal Afika sahabat sejati Tasya. Tasya hanya memekakkan telinga“Buat ape nak kesian Fi? Biar dia rasa apa yang aku rasa dulu. Kalau tak sebab exam dia cemerlang tak danya mama dengan papa aku nak layan dia macam permaisuri” Sisa air Tasya sedut sehingga mengeluarkan bunyi. Afika menggelengkan kepalanya sudah tidak tahu nak pujuk macam mana lagi
“Tapi dia tak pernah dera kau macam kau dera dia. Dia baik lah Tasya memang patut lah mama dengan papa kau sayang kakak kau dia rajin pandai pulak tu kau? perangai tak ubah macam setan. Lepak sana lepak sini keluar waktu malam apa nak jadi dengan kau ni Sya?” Tak sanggup Fika nak tengok sahabatnya terpesong ke jalan yang salah. Dia nak Tasya jadi orang apa gunanya dia sebagai kawan kalau tak boleh bantu kawannya pulang ke jalan yang benar.
“tsk. Baru sikit aku buat dah menangis merayu2 tu baru permulaan lah Fika” Bahu Fika Tasya tepuk dan menarik tangan Fika untuk beredar dari cafe itu Fika hanya mendiamkan diri apa yang dia cakap bukan Tasya dengar pun. Berbuih mulutnya menasihatkan Tasya
“Tasya pergi mana tadi?” Soal Puan Qis yang menunggu anak gadisnya pulang dari rumah jam di dinding menunjukkan pukul 1 pagi
“Err.. Tadi kan Tasya whatsapp mama Tasya nak pergi study dekat rumah Fika” tergagap Tasya hendak menjawab soalan mamanya. Sudah biasa dia pulang malam tapi tak pernah terkantoi dengan mamanya
“Study ape pukul 1 pagi baru nak balik hah?” Puan Qis mengangkat punggungnya dari sofa dan berjalan ke arah Tasya
“Betul lah ma. Mama tak percayakan Tasya?” Soal Tasya balik cuba melarikan diri daripada menjawab soalan Puan Qis.
“Mama percaya Tasya.. cuma” Puan Qis merenung wajah anak gadisya
“Tapi apa lagi ma? Tasya penat Tasya nak tidur. Good Night Ma” Tasya beredar meninggalkan mamanya sebelum namanya menghabiskan kata2 nya.
“Wei Dhia! mana pancake yang aku pesan semalam?” Tasya menolak kuat bahu Dhia yang sedang membasuh baju.
“Ya Allah, Tasya akak lupa nak buat” Kata Dhia mengelap tangannya di baju yang dipakai dan hendak membuat pancake yang dipesan tetapi dihalang oleh Tasya
“Kau nak pergi mana? hah?!” Kata Tasya mencengkam lengan Dhia
“Buat pancake lah”
“Ouh buat pancake eh?” Tasya membuat luka kecil di lengan menggunakan pisau kecil
“Auww! Mama!!! Dhia cuba nak bunuh Tasya!” Jerit Tasya bersertakan dengan tangisan palsunya
“Ada apa ni Tasya jerit2?” Soal Puan Qis menghala ke arah Tasya
“Ya Allah Tasya kenapa ni?” Telah nampak tangan Tasya mengalir darah dengan banyak.
“Dhia nk bunuh Tasya ma” Kata Tasya esakkan membuat Puan Qis percaya
“Kau buat apa ni Dhia?!!” Jerkah Puan Qis mengejutkan Dhia
“Dhia tak buat apa apa pun ma” Dhia menceritakan perkada sebenar
“Tak buat apa nya?! Tasya belum bodoh lagi nak toreh tangan di dengan pisau!” Puan Qis menolak Dhia dengan kuat menyebabkan kepala Dhia terhantuk dengan bucu
“Sakit mama” Darahnya mengalir di dahinya Puan Qis abaikan malah jelingan di hadiahkan
Dhia mendongak memandang langit dan air matanya mengalir dengan kuat.
“Ya Allah, aku sakit” Dhia duduk mencangkung menekup mukanya menangis darah di dahinya diabaikan
Husna, Asya aku perlu korang aku tak kuat Na, Sya. Sampai bila aku nak bertahan macamni? Na, Sya aku sakit sakit sangat tolong lah aku. Atok, Dhia rindu atok mama dera Dhia tok Dhia tak kuat atok.
Kata Dhia didalam hati dia rindukan kenangan lama sampai bila? sampai bila dia nak hidup bertemankan aor mata. Sudah lama dia tak dengar tawa mama bersama nya.
“Ya Allah Dhia, kamu buat apa tengah hujan ni hm?” Tegur Mak Jemah merupakan jiran sebelah rumahnya
“Mak Jemah, Dhia sakit” Mak Jemah memeluk Dhia memahami nasib anak muda ini
“Sabar Dhia. Ni dugaan Dhia meh masuk rumah Mak Jemah ye Nak? Hujan ni nanti demam pula” Kata Mak Jemah memujuk Dhia untuk masuk ke rumahnya
“Mak Jemah kalau Dhia sakit mama akan jaga Dhia tak? Macam dulu2 mama buat hah mak Jemah mama selalu pesan Dhia dulu 'Dhia, jangan main hujan nanti demam sayang' Mak Jemah Dhia nak mama pesan Dhia macam dulu. Mak Jemah tolong lah Dhia” Teresak-esak Dhia menangis merah mata Mak Jemah menahan tangis
“Ye Dhia nanti mak Jemah cakap dekat mama kamu ye nak? Kamu dah makan?” Dhia menggelengkan kepala Mak Jemah mengajak Dhia untuk makan bersamanya Mak Jemah merupakan Ibu tunggal yang mempunyai seorang anak lelaki tapi anaknya bersekolah di sekolah berasrama penuh.
“Hah Mak Jemah masak nasi goreng kampung kamj sukakan?” Kata Mak Jemah dengan gembira
“wah sedapnya Mak Jemah nasi ni, dah lama Dhia tak makan nasi macam ni” Kata Dhia membuatkan Mak Jemah hairan
“Tak pernah makan nasi macam ni? habis selama ni Dhia makan apa?” Soal Mak Jemah ingin tahu
“Nasi dengan telur je Mak Jemah” Kata Dhia senyuman manis dihadiakan kepada Mak Jemah
‘Ya Allah kesiannya anak ni ada mak dan ayah macam tak ada mak ayah’ Bisik hati Mak Jemah kesian melihat Dhia. Rambut Dhia Mak Jemah gosok dengan lembut
818 words
Happy birthday to me! 😻😛
Alhamdulillah masih hidup. Ada kembar tak dekat sini? 💃🌟
Happy 1K guyss! Ya Allah happynya hadiah terbaik untuk tahun ni. Terima Kasih pada yang sudi baca cerita mengarut ni ! Thank youuu soooo much! 😻😛🌟💦
YOU ARE READING
Dhia Adrianna
RomanceSeorang gadis yang kekurangan kasih sayang daripada keluarga kerana dituduh dia lah punca adik lelakinya meninggal dunia. Mamanya yang dulu seorang penyayang, lemah lembut dan dulu orang yang sentiasa ambil berat pasal anak-anaknya tanpa berbelah b...