"Miss Dhia Adrianna sila kelas sekarang. Dah2 lah melantak tu arini kau bertugas kan sebab kau lambat orang lain dah rembat kerja yang senang so kau kena lap cermin. Selamat maju jaya weh' Aku mengeluh bila Asya bagitahu yang aku kena lap cermin kerja tu paling aku tak suka bukan apa susah nak lap lagi-lagi cermin yang duduk atas sekali.
Aku tengok Husna duk tengah buat kerja rumah yang Mrs. Mei Ling bagi semalam haish bila lah nak rajin budak tu patut lah Asya pergi panggil aku sorang2 dekat kantin biasanya duk berkepit dua tu.
Sejurus saja Amalin nampak aku terus dia melambaikan tangan ke arah aku happy go lucky betul umur dah 15 tapi perangai Ya rabbi tak ubah macam budak.
Marhaini atau lebih dikenali penolong kelas aku yang baik lagikan bijaksana bagi aku kain buruk berdendam betul dia dengan aku. Aku mengambil dan mengelap cermin yang berhabuk tu makan gaji buta betul mak cik2 cleaner ni.
'Wei Dhia lap betul2 lah. Dari jauh aku boleh nampak habuk tu' Yaa Allah tabahkan hati aku sesungguhnya aku taK kuat dengan dugaanMu. Penat aku dekat rumah belum habis lagi ni Si Marhaini menambahkan bala aku. Ya Allah Dhia apa kau cakap ni.
Akhirnya dapat jugak punggung aku ni cium kerusi setelah berminit-minit lap cermin tu Cikgu Nuzeen pun datang dengan membawa buku sejarah yang digeruni yang ditakuti yang disegani dan yang paling penting ubat tidur untuk semua pelajar dekat sekolah ni.
'Weii Dhia kau nak tengok tak gambar Jimin aku hensem siottt.Semalam aku mintak akak Shila polaroid kan' Sudah Husna dah buat hal mohon pekakkan telinga tak habis-habis dengan mamat kpopa dia tu.
1jam 30 minit kemudian.
'Weii Dhia Ji---'
'Diam boleh tak? Dah sejam setengah kau cakap pasal Jimin kau tu naik berdarah telinga aku dengar' Weii start cikgu mengajar sampai masa cikgu tinggal 10 minit. Sub sejarah 1 jam 40 minit kau rase?
'Wei Asya kau dah tengok gambar Ji--' Tak boleh cakap dengan aku Asya pulak mangse dia. Husna2 mulut tu tak boleh tutup sekejap ke?
'Weii Dhia cikgu cakap ape tadi lepas Tok Janggut?' Asya acah-acah nak tanya soalan padahal apa yang cikgu ajar masuk telinga kanan keluar telinga kiri malas nak layan Husna punya pasal.
'Tok Misai kot' Balas aku Husna mencebik Marhaini yang duk belakang kitorang target seterusnya elok sangat lah masing-masing giler mamat korea. Ntah ape yang special pun aku tak tahu.
Aku dikhabarkan akan ada budak baru masuk kelas kitorang. Kalau korang nak tahu aku tak pernah cakap dengan budak kelas aku hanya Asya dengan Husna je kadang-kadang aku cakap jugak dengan Marhaini penolong kelas aku tu mulut kepoh semua nak tegur.
Cikgu Zarina selaku guru kelas aku memperkenalkan pelajar baru tu kepada kelas aku hanya memandang tingkap luar aku tengok abang-abang form4 tengah main bola. Aku tak ambil peduli pasal pelajar lelaki kat depan tu pelajar lelaki kot sebab suara serak takkan perempuan kot.
Husna mencengkam lengan aku, aku melihat lengan aku yang dicengkam merah wei. Aku pandang Husna dengan pandangan kau-kenapa?-nak berak?
Husna menunjuk ke arah pelajar baru okey mamat jambu. Husna mengigit bibirnya geram kot pantang tengok laki putih sikit dah meroyan.
'Mix korean wei. Kau ape tau? Aku dah cop dia hak aku. Kau jangan ngada nak ambik eh' Husna dah bagi warning awal2 lagi kepada Marhaini, Marhaini menjeling hah elok sangat lah tu. Aku menggeleng kepala tak faham aku dengan kehidupan diorang tu pelik benor.
•••
'Wei Dhia jom rehat' ajak Asya.
'Tak pe lah. Kau sendiri punya tahu aku hidup macam mana kan. Hidup kena berjimat walaupun mak bapak aku pangkat dato' datin' Aku tersenyum kelat harap diorang faham aku dah keabisan duit nampaknya kena balik jalan kaki lah. Rumah aku tak de lah jauh sangat dalam 5 km sampai lah
'Tak pe aku dengan Asya boleh tolong bayarkan' pujuk Husna
'Tak pe aku tak nak susahkan korang lagipun aku dah makan pagi tadi'
Asya dan Husna mengangguk faham aku mengeluarkan buku Bm sebab kejap lagi sub bm. Aku check kerja rumah buat kali ke2 takot2 ada yang tertinggal tak pasal2 kena marah dengan Cikgu Maroslina. Cikgu paling garang dalam abad ni
Tasya masuk dalam kelas aku dan hampiri aku. Aku mengangkat muka aku untuk melihat Tasya.
'Dhia, kasi duit kau weh aku nak lanje kawan aku' Tasya menghulurkan tangan meminta duit.
'Maaf Sya kakak dah tak de duit. Duit ni pun cukup nak tambang bas tu pun separuh jalan' Aku memohon maaf dengan Tasya kena cakap elok elok kang tak pasal2 mama makin benci dekat aku.
'Alah kau balik jalan kaki je lah. Macam tak pernah buat' Duit aku keluarkan dari poket Tasya terus menyambar duit ditangan aku tanpa mengucapkan terima kasih dia keluar dari kelas aku. Aku mengeluh lagi.
'Nah guna duit aku dulu. Nanti kau ganti' Budak baru tu menghulurkan duit RM10 dekat aku. Masyaallah banyaknya duit dia bawak pergi sekolah.
'Tak pe awak simpan lah duit awak tu. Kalau saya ambik saya tak mampu nak bayar hidup saya tak semewah awak' Aku tersenyum pada budak baru tu dia nampak macam terkejut aku terus keluar dari kelas nak elakkan daripada fitnah.
863 words
Alhamdulillah selesai jugak bab2. Dhia berbezakan dekat rumah dengan dekat sekolah. HAPPY HOLIDAY!!! Bahagioo weh. XD
YOU ARE READING
Dhia Adrianna
RomanceSeorang gadis yang kekurangan kasih sayang daripada keluarga kerana dituduh dia lah punca adik lelakinya meninggal dunia. Mamanya yang dulu seorang penyayang, lemah lembut dan dulu orang yang sentiasa ambil berat pasal anak-anaknya tanpa berbelah b...