"Dhia, kau sabar en buat masa ni aku tak boleh tolong kau.Sorry'' Lengan Dhia Asya gosok dan berlari mengejar Husna yang ntah hendak kemana. Dhia mengangguk fahamTasya memerhati pertengkaran antara Dhia dan Husna disebalik pintu belakang kelas Dhia. Dia tak tahu yang Afeef dari tadi perhatikannya.
'Na, kau percaya ke Dee buat semua tu?hm?' Tanya Asya yang sebenarnya tidak percaya yang Dhia akan melakukan perkara terkutuk seperti itu walaupun dia terdesak.
'Dee still manusia Sya sapa tak suka duit Sya' Matanya sebak dia tidak percaya yang Dee akan mencuri wangnya.
'habis kalau Dee yang buat pun sampai bila kau nak berkurun dalam tandas tu at least keluar lah berbau kot dekat sini. Tempat syaitan jugak kau nak meluah perasan?' Asya mengetuk pintu tandas dia cuba memujuk Husna walupun dia tahu Husna ni seorang yang agak kepala orangnya.
Husna membuka pintu tandas sinki yang tersedia di toilet sekolah itu menjadi sasaran. Keluhan kuat dilepaskan.
'Kau maafkan je lah Si Dee tu kau tak kesiankan dia ke?dah lah ada problem dengan parents takkan kita nak menambahkan problem dia' Wajah Asya Husna pandang dengan pandangan tajam
'Kau nak aku maafkan dia lepas dia curi duit aku?hm Asya? Kau cakap sedap lah tak kene dekat kau cuba kena dekat kau mau muka Si Dhia tu lebam2 macam mana aku nak cakap dengan papa aku nanti” Keluhan kuat dilepaskan rambutnya dikusutkan.
“ Suka hati kau lah Husna habiskan air liur aku je pujuk kau, ego terlampau tinggi kau buat salah selama ni ada Dhia marah kau tak ada kan?” Asya berlalu meninggalkan Husna keseorangan di tandas. Husna menghantar Asya dengan ekor matanya. Tak ada niat Asya nak marah sebenarnya dia nak Husna sedar kesilapan itu hanya kecil
Husna masuk ke kelas tengok ramai orang berkumpul ditempat Dhia. Dhia terus berlari ke tempat Dhia tetapi Dhia tiada. Dia mencari kelibat Asya tapi tidak ada jugak terus dia berlari ke aras Daniel selaku ketua kelasnya
“Dani, kenapa ramai berkumpul dekat tempat Dee?” Husna menunjukkan jarinya ke arah tempat Dhia. Daniel melihat ke arah jari Husna
“Ouh Dhia pengsan tadi, dia ada dekat bilik rawatan sekarang” Tanpa berkata apa2 Husna terus pergi ke bilik rawatan sekolah yang yang berada di tingkat 2
“Dee..uh uh kau okay?’’ Tersekat Husna hendak menguturkan percakapan kerana berlari tadi.
“Dee okay je doc cakap dia penat sangat and kekurangan air dalam badan dia” Husna mengangguk faham dab duduk di sebelah Asya melihat keadaan buat dia rasa bersalah.
Dhia bangun dari pembaringannya dan bersila menghadap Husna dan Asya
“Hus, aku minta maaf tapi sumpah aku cakap aku tak ambil duit kau aku pergi tandas kejap then bila aku masuk kau cakap duit kau hilang. Kau percaya aku kan Hus?” Husna mengangguk dia bangun dari tempat duduknya dan memeluk Dhia.
“Aku tahu kau tak buat benda macam tu, aku yang salah sebab tuduh kau bukan2. Maafkan aku ye Dee?” Dhia meletakkan tangannya di dahi acah2 tabik hormat kepada Husna, kerenah Dhia membuatkan kedua-dua sahabatnya tergelak.
“Dah lah korang pegi lah masuk kelas dah lewat dah ni” Dhia menolak lembut bahu Husna dan Asya keluar dari bilik rawatan sekolah
“Sure ni kau nak duduk sorang2?” Soal Asya mahukan kepastian Dhia hanya menggangguk
Setelah Asya dan Husna pergi dari situ Dhia terus ke katilnya.
“Uhuk! uhuk!” Dhia batuk dengan kuat dia tangan seolah-olah ada cecair dka ingatkan itu hanya kahak biasa rupanya darah memenuhi tapak tangannya.
“Ya Allah” Terkejut Dhia melihat darah ditangannya cepat dia ke sinki membasuh tangannya hatinya rasa tidak sedap hati.
“Dee serius kau tak nak kitorang teman kau balik?” tanya Husna sebelum masuk ke dalam kereta papanya
“Ye balik lah aku okay dah sihat dah pun” Balas Dhia seperti tiada apa2 yang berlaku malah dia melambaikan tangan kepada Husna dan Asya sebelum kereta itu pergi .
‘Aku mesti pergi hospital sebelum apa-apa terjadi’ Bisik kata hati Dhia dan dia terus meluru ke arah perhentian bas
“Macam mana doc? Saya tak apa-apa kan?” Soal Dhia ingin tahu tentang kesihatannya wajah doktor Syila ditenung
“Maaf Dhia, kamu menghidap kanser paru-paru dan ia sudah merebak ke tahap 4” Kata Doktor Syila tangan Dhia diraih Dhia seolah-olah di dalam mimpi sejak akhir-akhir ini emosinya tidak stabil dan dia selalu menangis. Terlampau banyak dugaan yang perlu dia tempuhi dengan sabar
“ Ada tak cara nak sembuhkan penyakit ni dok?” Air mata dikesat dengan belakang tangannya
726 words
Alhamdulillah sempat update malam ni hee maaf tak ada bab yang menyedihkan harini. Actually saya baru sampai di Putrajaya besok ada pertandingan robotik doakan kumpulan kami berjaya. 🙌🌟
YOU ARE READING
Dhia Adrianna
RomanceSeorang gadis yang kekurangan kasih sayang daripada keluarga kerana dituduh dia lah punca adik lelakinya meninggal dunia. Mamanya yang dulu seorang penyayang, lemah lembut dan dulu orang yang sentiasa ambil berat pasal anak-anaknya tanpa berbelah b...