Joe:
Ada masa sendirian, Joe menjauhkan fikirannya dari nyata dunia. Dia seakan-akan memikirkan sesuatu yang dia sendiri susah untuk putuskan. Iyalah, usianya cuma baru 19 tahun, masakan biasa dengan keputusan-keputusan besar yang melibatkan hidupnya. Selama ni pun, pilihannya banyak dipengaruhi oleh adik beradiknya terutama kakak-kakaknya yang seramai 3 orang tu. Tapi, kali ni biarlah dia yang putuskan sendiri. Cari mati kalau nak diceritakan hal itu kepada kakaknya, apatah lagi kepada orang tuanya.
"Nak terima ke tak si Ariff ni.?" Hatinya berbisik.
"Tak hensem, tapi dia ni matang. Pastu, dah ada kerjaya walaupun baru bertapak." Betul lah tu, Ariff bukanlah lelaki yang tergolong dalan golongan yang hot. Jangankan hot, sedap mata memandang pon tak kot.
Joe masih ingat bagai mana Ariff melayannya sewaktu pertama kali mereka bersua muka di Bandar Tanah Merah. Ariff gentleman sekali, menghormatinya walaupun Ariff lebih dewasa. Sengaja dia bawa Ariff ke Kota Bharu memandangkan Ariff belum pernah menjejakkan kaki ke negeri Che Siti Wan Kembang tu.
Ariff bersifat defensive. Joe rasa selamat disisi Ariff.
Joe masih ingat, bagaimana sebaknya Ariff bila terpaksa pulang ke Penang petang tu. Bagaimana dia nampak Ariff menitiskan airmatanya kerana sukar sekali untuk berpisah. Tak henti-henti Arif berSMS sepanjang perjalanan. Rapuh sekali hati Ariff.
Itu dulu. Sebelum Joe secara rasmi menjadi milik Ariff. Kini, mereka adalah pasangan kekasih. Sedikit demi sedikit, perasaan cinta itu hadir dalam diri Joe. Cuma, dia amat takut, kalau-kalau hubungan itu membawa bencana kepadanya.
Dia sedar, Ariff bukanlah berharta. Ariff bukanlah berduit. Kedai yang masih baru itu perlukan perhatian dan jagaan rapi. Joe sendiri sukarela menghulurkan tenaga dalam urusan sehari-hari kedai tu. Kena pulak, jurusan di Politeknik sesuai benar dengan Cyber Centre. Ada juga pengalaman dan ilmu baru dia dapat. Dia rela.
Joe sedar, selain ke kelas, masanya banyak dihabiskan dengan Ariff. Dimana ada Ariff pastinya ada dia. Ariff menjaga dia dengan baik. Ariff menjadi tempat dia meluahkan masalah. Ariff menjadi penemannya jika hatinya berkocak kegelisahan. Makin lama, sayang itu makin kuat walaupun dia cuba untuk menahan. Hinggalah akhirnya Ariff dibawa ke rumahnya di kampung. Ariff dikenalkan dengan ibu dan ayahnya serta saudara maranya yang lain. Dia sendiri melanggar syaratnya yang pertama, yakni tidak mahu melibatkan keluarga.
*****
Ariff:
Surat berdaftar itu digenggam kemas. Hatinya gelisah. Jiwanya kacau bilau. Apa yang dia harus lakukan. Dengan keadaan kedainya yang cukup-cukup untuk bayar modal pusingan dan kos-kos hidupnya yang lain, dia berdepan dengan masalah ini. Ariff sendiri belum mendapat gaji dari perniagaannya sendiri. Ariff cuma memperuntukan sedikit amaun untuk bayaran rumah sewa dan makan minumnya.
"Macam mana nak buat ni. Bisnes baru nak naik, jadi macam ni pulak." Omelnya sendirian. Dengan siapa dia nak mengadu. Dia sendiri buntu.
"Nape ni. Joe nampak Ariff lain hari ni. Joe ada buat salah ke." Joe cuba mencari jawaban malam tu bila mereka berdua sedang menonton tv.
"Takde apa-apalah Joe. Maybe letih sangat kot." Ariff pandang ke balkoni. Pandangannya sayup membelah malam yang gelap. Rancangan tv sedikit pon tidak mendapat perhatiannya.
"Cakaplah. Takkan nak berahsia dengan Joe. Apa guna Joe jadi BF Ariff kalau nak berahsia. Kan..?" Ada sedikit rajuk di hati Joe ketika tu.
Aliff berpaling menatap Joe. Senyum tawar diberikan sambil tangannya merangkul tubuh Joe. Dipaksanya badan kecil tu agar berpaling menatapnya. Di cubitnya hidung Joe bila saja Joe berpaling menatap dia.

ANDA SEDANG MEMBACA
Dia Ku Panggil Sayang
RomanceCite ni berkisarkan kisah benar yang berlaku. However, watak dan lokasi telah ditukar bagi melindungi identiti sebenar empunya diri. Kisah ini berkisar kehidupan Aliff, pure gayboy yang hilang arah tuju hidup selepas ditinggalkan boifrennya, Joe. A...