11

1.3K 30 13
                                    

Bas Ekspress Perdana perlahan-lahan meninggalkan terminal bas Bandar Tanah Merah. Ariff yang duduk di kerusi memandang Joe yang berjalan lemah ke keretanya. Sebak sekali perasaan Ariff. Hinggakan tumpah jua air mata yang di tahan-tahan. Lemah sekali jiwanya waktu itu. Masakan tidak, Joe pernah hampir 10 tahun menjadi someone dihatinya.  Hampir 10 tahun mereka sama-sama bertahan, membina kehidupan mereka yang sering dihambat pelbagai ujian.

"Jadilah insan yang boleh dibanggakan, walaupun kita hadir dari kalangan yang dipandang hina.." kata-kata pesanan tu sering Ariff ucapkan. Dia tak mahu dirinya dan Joe hidup semata-mata menurut tuntutan nafsu semata-mata. Kalau sekadar menjadi hamba nafsu, tak perlulah mereka bersusah payah bercouple dan menjalinkan ikatan seperti suami isteri. Seks boleh didapati dimana-mana.

Ariff mahukan sebuah ikatan yang mirip seperti manusia normal. Bukankah itu lebih baik dari menjaja diri untuk kepuasan dari seorang lelaki kepada lelaki yang lain?

Pandangan Ariff dilempar jauh. Kosong. Cuma kesedihan yang bersarang sesekali dilepaskan dengan deraian air mata dan hembusan lelahan nafas. Pandangan itu semakin layu dan memori silam kembali menerpa....

*********

~JOE~

"We need to talk." Suara Ariff serius. Tajam sekali pandangan matanya merenung aku. Rimas aku bila diperlakukan sebegini.

Selalunya, pasti ada sesuatu yang berat jika Ariff bersikap demikian. Apa pula silap aku kali ni. Apa pula yang dapat dihidu oleh jantan yang sukar diramal ni. Aduhh...

"Ada apa. Nak cakap pasal apa"? Aku sedikit teragak-agak memulangkan kembali pertanyaan. Aku capai gelas tinggi berisi white coffe ais dan aku sedut seteguk dua menanti luahan Ariff seterusnya.

Route 69 Cafe agak lengang tika itu. Cuma ada dua atau tiga meja saja pelanggan yang lepak-lepak sambil bersembang. Termasuk mereka berdua.

Ariff menghidupkan api pada sebatang rokok.

"Is there anything wrong between you and me?" Habis dituturkan ayat tersebut, berkepul-kepul juga asap rokok berebut-rebut keluar dari rongga mulut Ariff. Tegang saja suaranya, ada sedikit getaran tanda ada kemarahan yang tertahan.

Itulah Ariff, setiap kali confront, tidak terus isu. Sebaliknya beralaskan soalan-soalan yang mengelirukan aku. Itu belum lagi termasuk soalan-soalan perangkap yang diajukan hinggakan aku sukar untuk beralasan.

"Rasanya tak dak apa-apa masalah. Kenapa..?" Aku sendiri keliru dengan apa yang membelenggu fikiran Ariff. Selalunya kalau ada perkara-perkara kecil yang mencolok di mata Ariff, dia cuma berdiam diri, enggan bersuara. Tapi kalau dia bersuara, bermakna perkara itu sudah pasti tidak dapat ditahan lagi.

"Sure ke. Atau, ada perasaan tak cukup lagi dengan Ariff. Atau sudah jemu?" Ariff memalingkan mukanya dari terus merenung aku. Suaranya cukup perlahan tapi masih jelas kedengaran. Keras sekali tonasinya.

Aku mula berpeluh. Iskkk, apa saja yang dia tahu ni. Macam mana dia tahu. Pelik. Nak jawab ke nak diam ni.

"Ermmm......" Aku makin serba salah. Nak jawab ke cukup sekadar diamkan diri.

"Joe, tahu tak. Bila kita bertanya, kita berkemungkinan sakit hati dengan jawaban yang kita dapat. Tapi kita lebih sakit hati kalau pertanyaan tu dibiarkan tergantung." Ariff tersenyum, sedikit sinis. Nada suara semakin meninggi tapi masih terkawal. Jangan la mamat ni mengamuk kat sini, malu wehh. Kena jawab ni. Dia sudah mula memaksa tu.

"I think, better kita balik bincang kat rumah kalau buat perangai macam ni." Aku cuba elakkan dari berlaku sesuatu yang buruk.

"Sini lebih ok." Pantas saja Arif memintas.

"Jawab je la. Tak susah pun nak jawab kan." Sambung Ariff lagi.

"Baiklah, semuanya ok. Cuma...." Aku tunduk. Aku serba salah. Aku tak tahu wajar atau tak untuk aku teruskan.

"Cuma apa? Cuma tak cukup dengan satu?" Macam petir suara tu menghentam aku. Kantoi. Mesti kisah aku dengan Ard ni. Isk, mana dia tau ni.

"Bukan, cuma.... Joe rasa sunyi. Ariff tak de masa dengan Joe. Ariff sibuk dengan CC." Aku cuba alihkan cerita dan aku luahkan juga apa yang aku rasa. Moga Ariff faham apa yang aku rasa. 

"Tu bukan jawaban yang tepat. Tapi, Joe kena nilaikan balik betul ke Ariff abaikan Joe." Alamak. Tembak tak tepat. 

"Tepat ke tak, tu yang Joe rasa." Aku masih bertegas dengan jawaban aku.

"Baiklah, sorry. Maybe Ariff terlalu sibuk dengan CC. Tapi, semua tu untuk kita juga." Ariff teguk air dari gelasnya. Beberapa kali sedut, Nescafe O Ais yang tadinya masih berbaki separuh telah hilang hingga ke dasarnya. Aku pun ikut je la habiskan baki air yang ada. Tahu dah, kejap lagi dia akan bangun dan ajak balik.

"Dah, jom balik. Owh lupa, Cikgu Ard kirim salam. Dia tanya, kek yang dia hantar hari tu sedap tak." Ariff terus bangun dan sempat melepaskan tembakannya sebelum melangkah ke kaunter.

Sentap. Seperti tangkai jantung direntap. Macam mana dia boleh tahu pasal Ard ni. Sial. Mampus aku. Apa pulak lepas ni tindakan Ariff. Hishh.... serabut.

Sepanjang perjalanan pulang, aku diam. Ariff pun diam. Sampai saja ke rumah, aku cepat-cepat masuk bilik dan tidur. Takut kalau-kalau kes di Route 69 bersambung kat rumah pulak. Jenuh aku nak menepis nanti. Biarlah dulu, nanti bila dia dah cool, aku akan sambung balik kes Cikgu Ard. 




You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Nov 15, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Dia Ku Panggil SayangWhere stories live. Discover now