4

2K 35 6
                                    

Arif sugul. Kerjanya pagi tu serba tak menjadi. Buat apa pun serba tak kena. Pelanggan tak ramai memandangkan hari kerja sebegini selalunya kurang pengunjung pada waktu pagi. Students sibuk ke kelas, dan yang dah bekerja pula sibuk dengan kerja masing-masing.

Di seluknya poket seluar, ditarik beg kulit berwarna hitam. Lusuh. Di selaknya poket tengah dan muncul sekeping kertas hijau.

"Ada 5 ringgit saja. Campur yang dalam poket, ada 7 ringgit setengah" Getus dia perlahan. Walletnya yang tebal semalam telah menipis setelah dia membuat pelbagai bayaran wajib bagi perniagaannya setiap bulan.

"Cukup untuk Joe makan sat lagi. Untuk aku lepas sebatang Dunhill dengan nescafe ais." Arif bangun dan keluar ke kedai sebelah.

"Makngah, mai Dunhill sebatang, nescafe satu." Awek yang dipanggil Makngah tu tersedar yang dia ada pelanggan. Dia senyum mesra.

"Hai Che Ariff, tak lunch ke?" Gadis itu memulakan bicaranya sambil tangannya mengambil kotak Dunhill dan diserahnya kepada Ariff. Kemudian, gadis tu menuju ke peti ais dan diambilnya Nescafe Classic se tin.

"On diet. Badan dah makin membengkak ni." Ariff Gelak.

"Boleh ke?" Memek muka gadis itu sedikit curious.

"Boleh je. Dari dulu saya buat macam ni kalo nak diet. Kenyang je rasa." Ya. Ariff selalu ikat perut dengan nescafe ais dan rokok Dunhill. Bagi dia, dua ramuan itu amat berkesan menahan dari perutnya merasa lapar.

"Berapa?" Sambung Ariff lagi.

"RM 2.50 saja. Takkan nak balik dah. Sembang la dulu. Bosan ni." Sedikit mengharap gadis itu untuk ditemani. Ya, sememangnya waktu sebelah pagi ni lengang terutamanya pada hari bekerja biasa. Melainkan, jika pelajar-pelajar perlu menghantar tugasan yang diberikan, barulah terasa suasana meriah.

"Kedai tak dak sapa jaga tu, tak boleh nak tinggal lama-lama." Ariff menghulurkan duit cukup-cukup. Berbaki lagi RM 5 untuk Joe makan tengah hari kejap lagi. Dia tahu, Joe sendiri tidak berwang. Duit belanjanya dah habis dan ayah Joe sendiri belum dapat memasukkan duit kepadanya.

Ariff melangkah perlahan. Disedutnya, rokok Dunhill dalam-dalam. Dibiarkan beberapa ketika asap bersarang di rongga peparunya sebelum dihembus keluar. Berebut-rebut asap itu menerobos keluar dari rongga mulut dan hidung Ariff. Lalu, tangan kiri diangkat dan dirapatkan kemulutnya. Seteguk nescafe classic ditelan membasahi tekak. Manis, kelat dan lemak. Rasa itu amat dirindui Ariff setiap hari. Keroncong yang berirama dari dalam perutnya terdiam. Sedikit demi sedikit rasa lapar hilang dan terasa sesikit kenyang.

"Harap adalah rezeki petang ni." Dia bersandar di tiang roman di depan kedainya. Pandangannya jauh membelah bangunan batu yang bertentang. Sesekali dia teringat pesan ayah dan ibu Joe tempoh hari sewaktu dia bertandang ke Kelantan.

"Ariff tolong jago Joe molek deh. Pokcik nge mokcik jauh nok perati dio." Sayu sekali mata kedua orang tua tu. Maklumlah. Anak bongsu yanh jauh dari kaum keluarga.

"Semestinya jaga baik-baik. Dia kan cinta hati saya." Nak mampos jawab macam tu. Semua tu hanya getusan hati Ariff semata-mata.

"Insyaallah. Saya jagakan. Dia pon dah macam keluarga saya sendiri. Makan saya, makanlah dia. Lapar saya, saya usahakan untuk dia tak lapar." Ariff senyum.  Kedua-dua orang tua tu turut tersenyum kelegaan dengan jawaban Ariff.

Perniagaan Ariff masih setahun jagung. Perniagaan kecil yang diperoleh tanpa disangka-sangka dan tanpa sebarang modal. Bagaimana? Nanti akan diselitkan bagaimana Ariff dapat memiliki sebuah perniagaan.

Sayup terdengar bunyi motor. Makin lama makin dekat motor tu menghampiri Ariff. Akhirnya, motor kriss hitam berhenti tepat-tepat di depan Ariff.

Ariff tersedar dari lamunan dengan kehadiran motor tu. Rupanya Fitri dan Joe dah balik dari kelas.

"Awal balik. Dah habis kelas ke." Tanya Ariff pada Fitri walaupun Ariff tahu, cuma satu kelas saja hari tu.

"Dah abang. Hari ni satu kelas ja. Boleh la buat assignment petang ni. Minggu depan nak hantar dah." Fitri sikit malu-malu. Mungkin masih belum biasa dengan lelaki bernama Ariff.

"Fitri, singgah la dulu. Awal lagi nak balik." Ajak Joe yang dah menanggalkan helmetnya dan diserahkan kepada Fitri. Tanpa banyak soal, Fitri mengikut saja ajakan Joe. Sofa yang ada di dalam kedai menjadi tempat mereka melepaskan lelah. Ariff masih diluar menghabiskan Dunhill yang masih berbara.

"Joe, mai sat." Ariff di pintu memanggil Joe. Pekat sekali slanga utaranya. Joe bangun dan mendapatkan Ariff yang masih di depan kedai.

"Ada apa Ariff?" Joe confuse. Mengapa agaknya Ariff memanggilnya. Direnungnya anak mata Ariff yang masih belum menjawab pertanyaannya.

"Nah, ambik ni. Pi makan. Nanti malam, kita makan sedap sama-sama." Ariff senyum. Matanya memandang tepat kewajah Joe. Tangannya mencapai tangan Joe dan dalam genggamannya, sekeping duit RM 5 diberikan kepada Joe.

"Ariff tau, duit Joe dah habis kan. So, pi la makan." Ariff sebenarnya tak sanggup melihat insan yang dia sayang kelaparan. Biar dia ikat perut sendiri. Lagipun itu janji dia pada kedua orang tua Joe hari tu.

"Ariff tak makan skali ke. Kita share nak.?" Joe serba salah.

"Ariff baru sudah. Joe pi la makan. Ajak Fitri temankan." Tipu. (Sampai hari ni Joe tak tau yang Ariff tipu. Hehehe..)

Ariff mengiring langkah demi langkah Joe dan Fitri aturkan. Tak lain lah tu. Nashmir Nasi Kandar. Tu je la kedai makan yang buka kat deretan komersial. Kena pulak waktu-waktu siang ni. Sayu.

"Bodohkah aku berkorban demi Joe. Ya, aku cinta dia. Tapi berbaloi ke kerana cinta yang entah sampai ke mana." Bisik hati kecil Ariff. Ya, cinta Ariff dan Joe bukanlah cinta biasa. Cinta itu adalah cinta haram yang terpaksa mereka terima. Masakan mudah menafikan naluri sendiri.

Walaupun hubungan mereka masih baru, tapi Ariff amat-amat menyayangi Joe. Sepenuh hati, lagi tulus. Ariff tidak pernah sekali-kali berlaku curanh walaupun peluang untuk lakukan itu senantiasa terbentang didepan mata setiap hari. Baginya, cukup satu. Untuk apa menambah kehinaan pada sesuatu yang dah dipandang hina... Itu salah satu pegangan Ariff sejak dulu. Dan dia sentiasa berpegang pada kata-kata tu.

Dia Ku Panggil SayangWhere stories live. Discover now