3

2.7K 36 0
                                        

Hari berganti minggu. Hidup Arif terasa lebih bersemangat kini. Kesunyian yang dia tempuhi bertahun lama telah terubat. Semuanya dengan kejadiran Joe. Jika sebelum ini, hidupnya bagaikan direntap kuat dengan pemergian bondanya mengadap Sang Pencipta lebih setahun lepas. Sejak itu dia hilang pedoman hidup. Tanpa tempat mengadu, hilang segala semangat diri. Dia cuma melakukan apa yang terdaya demi tuntutan untuk hidup. Cuma sekadar itu.

Sejak dia mengenali Joe, dia cuba bangkit. Dan, dia berjaya memiliki sebuah perniagaan kecil dengan tanpa disangka-sangka.

Setiap siang, hidupnya dihabiskan di cyber centre miliknya. Pada masa yang sama, Joe akan hadiri kelas-kelasnya di Politeknik. Malam hari, dia habiskan masanya di rumah bersama-sama dengan Joe.

Hubungannya dengan Joe semakin erat. Walaupun hubungan itu dirantai dengan empat syarat, Arif patuh dengan janji-janjinya.

Bila ada masa terluang, Joe akan bersama-sama dengan Arif di cyber centre. Dia juga tersenarai antara insan yang sama-sama menaikkan UniqueWay Cyber Centre hingga menjadi atara cyber centre pilihan.

Hubungan mereka erat. Jika Arif susah, dan ia dalam pengetahuan Joe, bermakna Joe juga sanggup susah bersama. Walaupun usia Joe cuma 19 tahun, tapi dia seolah-olah lebih dewasa dalam memahami siapa Arif ketika itu.

"Arif, Joe ingat nak balik kampung la sehari dua ni." Luah Joe pada satu malam sebelun mereka memejamkan mata.

"Kenapa, Joe rindu mak eh." Balas Arif sambil jarinya mencuit hidung Joe. Sesekali Arif menghadiahkan ciuman mesra di pipi Joe.

"Ye. Rindu sangat. Dah berbulan dah Joe tak balik kampung." Ya, sejak kemasukan semester baru, Joe tidak pernah pulang ke kampungnya di Kelantan. "Kalau boleh, Joe nak bawak Arif sekali..." Sambung Joe lagi.

"Sure ke ni, nak bawak Arif sama. Langgar syarat ni..." Arif sedikit terkejut. Walaupun dia rasa seronok memandangkan Negeri Cik Siti Wan Kembang tu antara negeri yang kurang dia lawati.

Joe mengambil sedikit masa sebelum bersuara.

"Tak sudi ke lawat kampung kita. Almaklumlah, rumah buruk. Tak selesa macam kat sini." Nadanya sedikit berubah. Merajuk. Ya, Joe cepat mudah merajuk. Kena pulak dengan Arif yang fail dalam bab-bab memujuk ni.

Arif memeluk Joe. Kuat sangat hingga Joe mengaduh kecil. Arif lepaskan sedikit pelukan tu.

"Bukan tak sudi la sayang. Cuma terkejut je." Arif berbisik di telinga Joe. Perlahan sekali.

"Kalau macam tu, Arif arrange la CC. Esok Joe ajak Fitri gi beli tiket." Fitri tu classmate Joe, merangkap BFFnya. Arif sendiri telah Joe kenalkan dengan Fitri. Tiap hari, Fitrilah yang datang menjemput Joe ke kelas.

"Ai-ai sir." Ringkas saja Arif membalas. Dia merangka-rangka dalam fikirannya, apa yang dia perlu lakukan dengan CC miliknya tu. Terus dia mengambil handphone nya dan mendail.. 04-6212246..

"Hello, Row. Tolong saya buat notis cc close on this coming Saturday. And then, Row masuk macam biasa pada hari Ahad.." Itu saja jalan yang ada.

Tepat jam 9.30 malam, bas express ke Kota Baru bergerak perlahan-lahan meninggalkan stesen bas Butterworth. Dua jejak, Arif dan Joe turut sama berada dalam bas tu.

"Famili tak cakap apa ke Joe bawak Arif balik rumah ni. Risaulah.." Arif sedikit cuak. Mengalahkan perempuan yang pertama kali nak mengadap mak mertua.

"Mak ayah Joe okay je la. Dah cakap dengan diorang dah. Nanti ayah jemput kita kat Tanah Merah." Dalam samar-samar, nampak Joe melirikkan senyumannya yang manis tu.

Sepanjang perjalanan, Joe banyak bercerita. Dari perihal keluarga, kisah perjalanan hidupnya pada zaman sekolah dulu, hinggalah kepada planning dia sepanjang berada di kampung. Arif lebih banyak mendengar dan mengiakan sahaja apa yang Joe sampaikan.

Selepas beberapa jam perjalanan, mereka sampai di Bandar Tanah Merah. Terasa lelah sedikit.

Tak lama kemudian, sebuah Saga hitam merapati mereka. Rupanya ayah Joe yang sampai untuk menjemput mereka.

"Lamo doh ko sapa nih." Serak-serak sikit suara ayah Joe. Baru bangun barang kali.

"Baru ja. Ni saim Joe. Arif namo dio. Ore Perlis ni." Joe senyum sambil memandang Arif di tempat duduk belakang. Arif menghulurkan tangan dan bersalam dengan "bapa mertua" yang baru dikenalinya tu.

"Apa khabar pakcik." Nak je Arif panggil ayah. Tapi, cari nahas la kalau dia cakap macam tu.

"Alhamdulillah. Pernah mari sini ko?" Walaupun ayah Joe cuba bertanya sebaku mungkin, loghat Kelantannya masih kuat.

" Dah tiga kali dah. Masa study dulu sekali. Bulan Mei hari tu sekali." Walaupun dah dua kali secara rasminya Arif ke Kelantan, tapi, dia belum pernah explore tempat-tempat yang ada di sana.

"Esok boleh la ajak Joe ni jalan-jalan. Pakai kereta ni. Kereta lama pakcik dah rosak dah." Makin jelas suara Pak Hamzah memecah kesunyian.

"Ore nok tido dulu. Esok la ore pikir lain nok bowok dio gi mano." Ya. Arif juga amat setuju dengan apa yang Joe katakan. Walaupun dia tidak bersuara sepatah pun, tapi tika itu dia hanya terbayang bantal dan tidur.

Rumah Joe cuma mengambil masa 10 minit dari hentian bas Tanah Merah. Rumah separuh kayu dan separuh bata itu di cat warna kuning. Disekeliling rumahnya ada banyak pokok-pokok rendang yang menghidupkan suasana kampung. Jalan raya di depan rumahnya sunyi amat. Tiada kenderaan lalu lalang. Barang kali semua penduduk kampung tu sedang enak di buai mimpi.

"Masuk la Arif. Jangan malu, buat macam rumah sendiri. Pokcik nok sambung tido. Subuh kek gi nok gi sejik." Baru jelas bagaimana rupanya ayah si Joe. Nampak muda, rendah orangnya sama macam Joe, bermisai tebal dan berkulit cerah.

"Baiklah, terima kasih pakcik." Arif senyum. Dia rasa lebih tenang kini berbanding ketika di dalam bas.

Tak disangka-sangka, Joe memegang tangan Arif. Ditariknya menuju ke satu bilik. Satu ciuman dibibir Arif diberikan selepas pintu bilik ditutup. Walaupun ciuman itu tidak lah selama ketika dirumah mereka, tapi ciuman itu amat membahagiakan.

Dia Ku Panggil SayangTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang