6

1.6K 32 0
                                    

Sayup-sayup terdengar suara azan dari masjid berdekatan. Bersahut-sahutan. Ada yang penuh semangat. Ada yang sayu lagi menyedihkan. Suara azan mengejutkan Ariff untuk terjaga dari tidurnya pagi tu. Diperhatikan lelaki tanpa baju yang masih kemas dalam pelukannya. Dengan samar-samar cahaja dari luar, wajah lelaki itu ditenung dan direnungnya.

Tangannya melurut-lurut perlahan rambut ikal lelaki tu.

"Maaf, aku tak mampu nak mewahkan kau dengan harta benda. Aku hanya mampu berikan perhatian dan kasih sayang aku yang tak seberapa ni."Bisik hatinya. Diciumnya pipi lelaki tu, juga perlahan. Mungkin sebab terganggu, lelaki tu bergerak kecil. Masih belum terjaga. Nyenyak sungguh tidurnya.

Sesekali, terdengar dengkuran halus dari lelaki tu. Ariff tersenyum. Lucu barangkali. Dengan perlahan dia duduk disisi lelaki tu. Bimbang dia kalau-kalau buah hatinya tu terjaga semata-mata kerana pergerakkannya. Dicapainya selimut, dan diletakkan menutupi badan lelaki tu. Lagi sekali dia menghadiahkan ciuman hangat di pipi.

Subuh itu dia hanya berkumur-kumur ringkas, seterusnya dia ke dapur dan melihat kalau-kalau ada lebihan nasi semalam.

"Nasi ada, sambal belacan ada, ikan goreng ada. Cantik kalau buat nasi goreng ni." Sendirian dia berbicara. Tangannya tangkas menyiapkan bahan bahan yang diperlukan.

"Morning Ariff. Wah, masak apa tu.?" Ariff yang asyik memasak terkejut apabila terasa badannya dipeluk dari belakang.

Dia tahu, yang memelukknya adalah Joe. Mustahil Amir atau Shiro yang bertindak sebegitu kepadanya.

"Morning sayang. Masak nasi rendang je. Best kalo kena dengan kopi o panas ni." Ya, nasi rendang popular di Perlis, negeri kelahiran Ariff.

"Dah, gi kumur, basuh muka. Boleh sarapan sama-sama." Arah Ariff sambil tangannya tangkas menggaul nasi yang masih di dalam kuali.

Tiba-tiba, Joe dengan sengaja meramas senjata  Ariff yang masih tidur tu.

"Lembik." Terus saja Joe lari ke bilik air risau akan tindak balas Ariff yanh sedikit terkejut dengan perbuatannya.

Tanpa sempat berbuat apa-apa, Ariff hanya mampu tersenyum dengan gelagat Joe yang manja tu.

Sudah seminggu perniagaan Cyber Centre ditutup. Kerja-kerja memindahkan barang berjalan dengan lancar. Mujur, tuan kedai baru tu baik hati dengan membenarkan Ariff menangguh bayaran deposit. Sebulan yang pertama tiada sewa dikenakan. Lega hatinya. Hampir semua kerja-kerja ubah suai dan pendawaian elektrik dilakukan sendiri dengan bantuan kawan-kawan yang ada. Joe sendiri banyak memberi pendapat dalam susun atur dan hiasan dalaman.

Jika diikutkan plan, lagi seminggu bolehlah Cyber Centre itu memulakan operasinya ditempat baru.

"Hari ni nak running test elektrik dengan networking. Joe nak ikut?" Ariff yang baru sudah bersarapan mencapai kotak rokok Pall Mall biru.

"Mestilah. Hari ni kan cuti. Better ikut dari duduk je kat rumah. Kan." Joe masih berselera dengan sarapannya.

"Manalah tau, ada program dengan Fitri ke.. Kalau nak ikut, dalam pukul sepuluh macam tu kita gerak." Berkepul-kepul asap rokok dihembus keluar dari rongga mulutnya.

"Fitri balik kampung lah. Tiap minggu dia balik." Joe senyum mengenangkan sahabatnya tu yang ada saja alasan untuk balik ke kampung halaman. Dan sememangnya, tiap minggu Joe hanya habiskan masa dengan Ariff. Mereka berdua cuma lepak-lepak dirumah atau kedai saja. Kadang-kadang saja mereka meronda jika ada sesiapa yang mengajak.

Embun dah lama kering sewaktu mereka berdua berjalan meredah padang mainan kanak-kanak. Mereka cuma berjalan kaki memandangkan Ariff tika itu tidak mempunyai pengangkutan. Jarak antara rumah dengan kedai hanya kurang lebih 500 meter. Cuma seberang jalan utama saja.

Dia Ku Panggil SayangWhere stories live. Discover now