2003, November.
Sebuah teksi berhenti betul-betul di depan Unique Way Cyber Centre. Seorang remaja lelaki keluar dari bahagian penumpang depan, dan bonet belakang teksi hitam kuning terbuka. Dia bersusah payah mengeluarkan beg-beg besar dan kecil. Bila dah habis, tangkas dia menghulurkan beberapa keping duit kepada pakcik driver.
Arif tersenyum melihat siapa yang turun dari teksi hitam tu. Dari tadi lagi dia menanti kehadiran lelaki tersebut. Dia ligat berjalan ke pintu dan keluar lalu menghulurkan salam buat lelaki tu. Kedua-dua mereka saling berbalas senyuman.
"Awak, masuklah dulu. Bawak beg-beg awak tu ke dalam. Jap gi kita balik ke rumah kita." Arif berkata sambil mencapai dua beg di tangan kiri dan kanannya.
Ini adalah kali ketiga Arif bertemu dengan lelaki itu.
Yang pertama, di Pekan Tanah Merah, Kelantan pada bulan puasa yang lepas. Kire first date la tu. Masa tu Arif mengikut adik angkatnya balik kampung untuk mengambil kereta. Alang-alang dah dekat, dia jumpa remaja lelaki itu dan habiskan masa seharian bersama. Sesi suai kenal katanya.
Sejak itu hubungan mereka menjadi lebih akrab. Setiap hari pasti berbalas sms atau chatting di mIRC dan terus membawa kepada pertemuan ke dua.
Bulan lepas, lelaki itu datang ke bilik sewa Arif. Selain dari untuk bertemu dengab Arif dan membuktikan setiap kata-kata rindu yang berbelas kali dalam sms, dia juga perlu menguruskan kemasukan ke semester akhir di Politeknik Seberang Perai. Pertemuan ke dua inilah menjadi permulaan kepada perhubungan intim mereka berdua. Dari perhubungan zahir, membawa kepada hubungan batin yang menjadi gelora bagi kebanyakan lelaki seusia mereka, walaupun, mereka juga masih belum memiliki sebarang ikatan dalam dunia yang berlawanan dengan fitrah hakiki itu.
Lelaki itu dipanggil Joe, Tajul Ikhsan bin Hamzah. Berusia 19 tahun dan berasal dari Tanah Merah Kelantan. Anak bongsu dari enam adik beradik, yakni tiga lelaki dan tiga perempuan. Ibunya suri rumah sepenuh masa dan ayahnya adalah seorang pemandu teksi yang cuma memandu pada masa terluang.
"Rumah kita?" Ringkas saja balasan lelaki itu, Joe yang membontoti Arif masuk ke dalam kafe siber tu.
"Joe duduk la dulu di sofa tu. Rest. Jap gi bile Shiro sampai, kite balik ye." Shiro tu staff part time kat kafe siber tu. Bukan watak anjing dalam kartun Shin Chan ye. Dia ni manusia.
Arif terus ke kaunter dan tinggalkan Joe yang melepaskan lelah di sofa. Joe membelek-belek majalah Ujang yang kemas tersusun dan dicapainya sebuah.
"Joe, nah minum ni." Setin air bertukar tangan. Senyum.
"Thanks. Awak tak minum?" Joe sedut sedikit. Kekeringan tekaknya sedikit hilang. Bahang panas diluar tadi memang memeritkan.
"Awak minumlah. Saya dah minum nescafe ais tadi." Ya, Arif bagaikan kembar dengan nescafe. Adalah mustahil baginya jika tidak menikmati keharuman dan kelazatan nescafe setiap hari. Mesti.
Anak tangga demi anak tangga Blok F Apartmen Permata didaki perlahan. Terasa lambat benar untuk sampai ke tingkat tiga. Terlihat mereka tak jemu-jemu bersembang sambil kaki terus melangkah.
"Jom masuk. Jangan malu-malu. Lepas ni akan jadi rumah awak juga." Arif melangkah masuk dan terus menuju ke bilik utama.
"Kena biasakan diri ni." Joe senyum. Sedaya upaya dia sembunyikan perasaannya yang sedikit gementar.
"Ni lah bilik saya. Merangkap bilik kita. Maaf lah kalau tak selesa." Ya, bilik utama itu cuma beralaskan tikar getah biru bercorak geometri. Satu almari baju sederhana besar, satu tilam queen size dan dialas dengan toto coklat. Pada satu sudut, ada satu kotak kayu yang dijadikan meja kecil. Ada komputer dan set telefon wireless disitu.
"Alhamdulillah, ada juga tempat berteduh. Dah ok lah ni." Joe nampak happy sedikit masa tu.
Sebenarnya, rumah itu baru disewa oleh Arif. Sebabnya cuma kerana Joe tidak mendapat hostel di politeknik dan rumah sewa rakan-rakannya semua penuh. Sebelum ni, Arif cuma menyewa bilik di sebuah kondo berdekatan. Hanya rumah di apartmen itu yang dia mampu memandangkan perniagaannya baru mula bertapak.
Kini, penghuni rumah itu ada empat. Arif, Joe, Shiro yang juga staff part time Arif dan Amer, rakan baik Arif. Bermaknya, Arif kini dikelilingi oleh insan-insan yang banyak memberi erti dalam kehidupannya.
"Joe, rest la dulu. Kalau nak mandi, toilet kat luar. Arif nak masak sikit untuk dinner." Perlahan suaranya. Seakan-akan berbisik ditelinga Joe yang sedang baring.
Joe hanya mengangguk sedikit. Agak pendiam Joe. Penat barangkali. Ya lah. Perjalanan dari Tanah Merah ke Butterworth mengambil masa lebih lima jam.
Nasi putih, masak lemak sawi, ayam goreng dan sambal belacan. Cuma itulah yang sempat Arif masak.
"Wow, banyaknye Arif masak." Entah bila Joe keluar dari bilik dan ke dapur. Arif yang asyik dengan sudip dan senduknya, sedikit terkejut.
"Eh, mana ada banyak. Cukup la ni untuk kita berempat." Arif senyum lagi. Tangannya lincah memindahkan makanan ke mangkuk-mangkuk dan pinggan. Lalu dihidangkan di lantai yang telah dialas dengan tikar mengkuang kecil.
"Sorrylah, takde meja. Duduk jap. Arif cedokkan nasi." Sambung dia lagi.
Joe duduk menanti.
"Mana Amer ngan Row. Diorang tak makan sekali ke?"
"Amer lepak dengan coursemate dia. Row nanti selepas dia habis kerja dia makan lah." Arif hulurkan nasi dan turut duduk disebelah Joe.
Joe makan dengan penuh selera. Katanya, dia cuma sarapan tadi pagi sebelum menaiki bas. Masa bas berhenti rehat di Puncak Titiwangsa, dia masih kenyang untuk menjamah makanan.
Dalam hati Arif, terselit rasa bangga bila makanan yang dimasaknya mendapat reaksi positif dari Joe. Kembang.
Malam itu, Arif dan Joe masuk tidur awal. Tiada rancangan TV yang mampu menambat mereka untuk setia menonton malam itu.
Sunyi lagi gelap. Cuma deruan kipas angin menjadi muzik latar mengisi kesunyian malam.
Kedua-dua mereka terlentang tidurnya. Tiada adegan-adegan hangat melainkan masing masing melayan perasaan barangkali.
"Joe. Macam mana dengan lamaran Arif hari tu. Joe cakap nak bagi jawapan bila Joe balik sini". Arif memecah kebuntuan. Seraya dia mengiring menghadap Joe. Kini kepalanya bertungkatkan siku.
"Lah, ingatkan Arif dah lupa". Joe ketawa kecil.
"Joe boleh terima Arif, asalkan Arif setuju dengan empat syarat dari Joe".
Syarat pertama Joe, jangan libatkan keluarga. Mengapa? Joe takut jika banyak persoalan yang datang jika keluarga dilibatkan. Malah, lebih teruk lagi jika berlaku sesuatu masalah dikemudian hari. Arif angguk setuju.
Syarat ke dua. Jangan libatkan wang. Joe tak mahu terhutang budi. Joe tak mahu hidup dengan sponsorship. Dia nak berdikari katanya. Arif juga angguk setuju.
Yang ke tiga. Jujur. Joe mahu Arif jujut dalam segala hal. Terutamanya hal melibatkan hubungan. Joe tidak menghalang jika Arif tiba-tiba ada insan lain, cuma, ia perlulah dengan pengetahuan Joe. Arif senyum dan setuju.
Dan yang terakhir. Berakhir sebagai kawan. Andainya hubungan mereka terputus nanti, biarlah menjadi kawan. Kawan yang boleh bersembang tanpa ada sebarang rasa kekok. Bukan berakhir sebagai musuh saling berdendam.
Empat syarat itu Arif setuju. Malah, ia bagus sekali pada amatan Arif.
"Jadi, kita dah sah couple ke ni." Arif seolah-olah terpinga-pinga.
"Ya lah. Tak nak ke.?"
"Ehh....!" Joe terjerit sedikit bila tangan Arif tiba-tiba erat merangkul dadanya.
Kini, mulut Arif mula menggeledah pelusuk muka dan dada Joe. Bermula pergelutan yang bakal mengendurkan ketegangan nafsu dua insan yang mula membina cinta.
Erangan demi erangan menggantikan deruan kipas angin. Habis lidah mereka berperang hinggalah kepada Arif meneroka lubang larangan milik Joe. Erangan keenakkan dan esakkan kepedihan bercampur baur. Masakan tidak, lohong remaja 19 tahun diisi dengan ketulan daging menjulur panjang milik jejaka 26 tahun. Padat dan sendat bak kata Janna Nick. Semuanya berakhir bila masing-masing memuntahkan cairan putih yang telah tersimpan rapi selama berhari-hari.
Mereka pun terdampar kepuasan....
![](https://img.wattpad.com/cover/94274072-288-k742357.jpg)
YOU ARE READING
Dia Ku Panggil Sayang
RomanceCite ni berkisarkan kisah benar yang berlaku. However, watak dan lokasi telah ditukar bagi melindungi identiti sebenar empunya diri. Kisah ini berkisar kehidupan Aliff, pure gayboy yang hilang arah tuju hidup selepas ditinggalkan boifrennya, Joe. A...