Tiba-tiba bunyi ringtone telefon memecah kesunyian. Ariff tahu, bunyi tu dari telefon Joe. Digagahnya bangun dan tercari-cari akan dia dimana lokasi telefon tu.
Akhirnya, bunyi itu senyap. Dan diikuti dengan bunyi beep pendek menandakan ada mesej yang masuk.
Seronok la dia bercuti dgn sepupu. Yang dgn kita ni mlm pertama pun belum lagi. Hehe. Take care, love u! ~Cikgu Ard
"Sepupu"? Tersentak jiwa dan perasaan Arif bila saja dia menghabiskan patah-patah kata yang jelas terpampang di skrin telefon.
"Malam pertama?" Satu persatu persoalan mula menerjah.
Kepala Ariff terasa perit. Otaknya giat memikirkan apa tindakan seterusnya yang perlu dia ambil.
Disalinnya nombor telefon Cikgu Ard. Dan, dipadam sms yang baru dibaca tadi.
Dia duduk dibirai katil. Tanggannya mencapai sebatang rokok dan dinyalakan bara. Disedut sedalam mungkin. Pabila asap rokok mula memenuhi rongga-rongga dada, dihembusnya perlahan-lahan. Bertempiaran asap rokok itu keluar sama ada dari hidung mahupun dari celahan dua bibir yang masih samar-samar kemerahan.
Hatinya sakit. Perit apabila mengetahui dia dikhianati dan dibohongi. Pedih rasanya bila dia dicurangi.
Terus ingatan Ariff mengungkit kembali peristiwa balik raya beberapa bulan lepas. Bagaimana Joe gelisah menunggu bas, betapa Joe berkisahkan tiket sudah dikoyak lalu dibuang. Dan bagaimana mereka balik dengan tiada sepatah kata dari mulut mereka. Dan akhirnya demi kerana sayang, Ariff berusaha menghantar Joe ke kampung. Ya, Ariff mengajak beberapa rakannya menghantar Joe pulang. Kerana sayang dan kerana cinta.
Tapi, segala apa yang Ariff lakukan itu sama sekali tidak mendapat sebarang nilai di mata Joe. Itu yang Ariff rasakan.
*********
Sejak peristiwa di Langkawi, Ariff berdiam diri. Dia sedikit dingin dengan Joe. Sms itu amat meruntun jiwanya. Joe perasan perubahan itu. Ada dua tiga kali Joe cuba mendapatkan jawaban, tetapi semuanya dibalas sepi.
Hampir seminggu masa berlalu. Dalam diam, Ariff mengumpul bukti. Bermula dengan sms-sms Ariff dengan Cikgu Ard yang mengajar di Sungai Ara, gambar-gambar bogel antara si Cikgu dan Joe, juga, ayat-ayat cinta yang saling diluahkan.
Akhirnya, satu pertemuan antara Cikgu Ard dan Ariff pun dirancang tanpa pengetahuan Joe. Hari Jumaat, hari dimana Ariff cuti dan Joe pula ke kelas sepanjang hari.
10.00 pagi, Cikgu Ard datang.
"Bukan salah dia ni. Be cool." Pujuk hati Ariff sendiri. Digagahi menyusun langkah menghampiri kereta Wira maroon yang sedia menunggu di parking. Di sisi kereta kelihatan seorang lelaki, berkulit hitam manis, kurus, tinggi dan terserlah sifat lembut pada lelaki tu.
"Hai, Ard ke ni?" Ariff memulakan bicara apabila menghampiri lelaki yang berdiri disisi kereta maroon tu. Ariff melemparkan senyuman yang sedikit tawar. Namun, masih jelas akan kedua-dua lesung pipit yang terbentuk kemas dipipinya.
"Hai, ye saya. Ni Ariff kan." Lelaki tu membalas sapaan Ariff sambil menghulurkan tangan untuk bersalam.
"Jom naik atas. Sembang kat atas ok sikit." Pelawaan itu diturut. Mereka jalan beriringan menuju ke lif.
"Lama dah ke stay sini?" Ard peramah. Mungkin tu salah satu sifat cikgu kot.
"Baru lagi. Sebulan sebelum pi Langkawi hari tu pindah masuk sini. Sebelum ni stay kat kedai je." Ariff sedikit kekok. Manakan tidak, orang baru kenal. Dah la ada cerita pahit yang menjadi permulaan perkenalan tu.
ANDA SEDANG MEMBACA
Dia Ku Panggil Sayang
RomansCite ni berkisarkan kisah benar yang berlaku. However, watak dan lokasi telah ditukar bagi melindungi identiti sebenar empunya diri. Kisah ini berkisar kehidupan Aliff, pure gayboy yang hilang arah tuju hidup selepas ditinggalkan boifrennya, Joe. A...
