8

1.5K 32 22
                                    

Seandainya, dapat kau selam
Sambil mentafsir tasik hati ku
Cuma tenang dipermukaan
Dan didasarnya, bergelora

Hari demi hari, perhubungan Ariff dan Joe makin erat. Jika diperhatikan, sesiapa saja akan mengatakan mustahil untuk mereka berdua dipisahkan.

Ariff juga sedar akan itu. Dia sedar betapa dia amat menyayangi Joe, dan dia juga sedar, akan Joe juga begitu mendambakan Ariff. Namun, Ariff merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan hubungan mereka, yakni, Ariff dapat merasakan ada satu aura yang negatif di pihak Joe. Ariff sering terfikir akan hal itu. Makin difikir, makin jauh dari persimpangan jawaban.

Joe kini sudah berminggu-minggu menjadi siswa di Cosmopoint. Setiap hari juga Joe berulang alik ke Georgetown untuk mengikuti kuliahnya. Untung, hajat Ariff untuk membeli sebuah kereta walaupun kecil tercapai. Dapat juga Joe gunakan untuk ke kuliahnya.

Kini, Ariff jarang masak dirumah. Penat dengan kerja katanya. Semenjak perniagaannya mendapat perhatian, dia semakin sibuk dengan pelbagai urusan. Nasib baik, ada Shiro yang setia mencurah tenaga. Dan Joe sendiri sudah menjadi sebahagian dari jantung perniagaannya.

"Joe, Ariff ada berita tak berapa baik nak cite ngan Joe." Ariff memecah kesunyian antara mereka berdua. Ariff menguis-nguis kepingan sotong dalam nasi goreng yang dipesannya tadi.

Seperti selalu, mereka berdua akan makan sebelum balik ke rumah. Dan malam ini, selera Ariff sedikit merudum dengan masalah yang menyerbunya hari itu.

Joe berhenti dari terus menyuap makanan pilihannya. Tertanya-tanya barangkali akan apa ayat seterusnya yang mengganggu emosi boyfriendnya tu. Dia renung Ariff menantikan ayat seterusnya.

"Kita ada masa seminggu untuk pindah. Owner nak ambek balik rumah tu." Ariff tunduk. Serabut dia memikirkan akan hal tu.

"Lah, ingatkan apa tadi. Hal kecik je tu. Nanti kita cari rumah baru sama-sama yer." Joe senyum. Tak dinafikan, Joe lebih optimis dari Ariff. Mungkin itu sifatnya semula jadi.

Kalaulah semuanya semudah tu... Omel Ariff dalam hati. Dia sangsi, mahu diluahkan apa persoalan yang bermastautin dibenaknya atau disimpan saja. Akhirnya, dia...

"Cari rumah baru tu boleh, tapi untuk mula menyewa tu, budget tak clear." Disedutnya nescafe ais yang menjadi menu tetapnya.

"Deposit dua bulan. Air api RM 200. Dah seribu tu. Tak masuk sewa bulan pertama lagi." Joe masih lagi tenang. Optimis betul.

"Ariff, apa susah. Kat kedai kan ada satu bilik kosong kat belakang tu. Masuk situ je la. Tak payah bazir duit sewa rumah." Joe ketawa kecil. Bukan ketawa perli tetapi ketawa dengan keletah Ariff yang cepat gabra.

"Are you sure. Boleh ke stay situ. Selesa ke Joe nanti." Ariff masih tak percaya dengan idea yang Joe lontarkan.

"Why not my dear. Ke mana pon Ariff pergi, Joe akan follow. Tu janji Joe dulu kan." Lega sikit hati Ariff. Walaupun kurang yakin dengan idea tu, tapi sekurang-kurangnya, ada juga plan kecemasan yang berguna.

Akhirnya, bilik yang kosong tidak digunakan berubah wajah. Ada katil, almari baju dan sofa single. Jauh dari keselesaan yang diingini tapi cukup untuk berteduh dan melepaskan lelah.

Shirow pula mendapat bilik sewa yang lain, dan Amer pula memilih untuk tinggal dengan rakan-rakannya.

Semakin hari, perasaan serba tak kena yang hadir di hati Ariff belum menampakkan keredaan, malah semakin segar dan membiak. Dipendam sendiri sambil mencari-cari jawaban. Hinggalah, satu petang di penghujunh Ramadhan...

"Berbuka kat luar je la yer. Boleh ajak Abah dengan Bob sama." Lagi dua hari Syawal akan muncul. Joe akan balik ke Tanah Merah setelah beberapa lama berjauhan dengan keluarga.

Dia Ku Panggil SayangWhere stories live. Discover now