"Aliff, ooo Aliff.." Entah berapa kali suara serak-serak itu memecah kebeningan petang. Aliff yang baru pulang dari kerja tersedar.
"Ya, ada apa ayah?" Sengaja dikuatkan tonasi suaranya setelah dia bangkit dari lamunannya tadi. Entah kenapa, hari ini satu persatu ingatannya akan kisah-kisah silam hidupnya menerjah ruangan mindanya. Dengan suara serah dari bibir gelap tua ayahnya itulah dia tersedar dari lamunan.
Sesungguhnya terlalu sakit rasa hatinya ketika itu.
"Tak dak apa. Tu, nasi aku masak dah. Sat lagi hang makan la." Keringat tua itu walaupun uzur tetap cuba untuk meringankan tangan. Mungkin dia sedar, Aliff sudah kepenatan seharian bertugas di Pusat Warga Emas. Bermakna sudah seharian juga Ariff memerahkan tenaga dan keringat dalam mencari nafkah untuk kelangsungan hidup.
"Ayah dah makan ke. Kalo belum, Ariff nak panaskan lauk. Kalau dah makan, sat gi la kita makan skali." Keletihan masih terasa. Memang begitulah rutin harian Ariff sejak pulang dan tinggal bersama-sama dengan ayahnya. Kerja 8-5 sebagai Tukang Masak. Bila pulang, tugas memasak diteruskan untuk makan malam.
"Aku makan dah tadi. Dodi balik perangat lauk semalam. Cukup la untuk kenyangkan perut." Adakala, patah-patah kata yang lahir dari bibir ayahnya itu ikhlas sekali, namun, terselit cuitan yang bisa membuatkan mata berkaca.
Aku selalu mengerti kamu..
Tapi kamu tidak mengerti aku..Aku selalu sayang pada mu..Tapi kamu selalu sakiti aku..Aku tak bisa...
Ringtone dari korus lagu Tak Bisa bersama tu menghentikan perbualan Ariff tika itu. Lemah dicapainya telefon yang tak jemu-jemu menyanyi tu.
Jelas tertera Joe yang membuat panggilan tu. Rasa pelik terbit di benak Ariff. Setahunya, sejak tiga tahun lepas, tiada satu pun panggilan dari Joe. Cepat-cepat diangkatnya panggilan tu.
"Hye Joe..." Ada rasa gembira, tertanya-tanya, blur dan semestinya mengalir rasa sedih. Semuanya bercampur aduk.
"Hye. Assalamualaikum. Sorry la kacau Ariff time ni. Tapi Joe just nak inform yang ayah Joe dah meninggal 30 minit lepas. Ni Joe on the way nak ambik akak and then terus balik Kelantan." Ya, teka-teki yang berlegar-legar dibenak Ariff sudah terungkai dengan jawabannya.
"OMG. Sebab sakit hari tu ke. Ish, macam mana nie. Nak pi tapi gaji tak dapat lagi ni." Jujur sekali jawaban Ariff berikan.
"Itsokey. Kalau Ariff boleh datang, bagitau la nanti. Joe boleh jemput kat stesen.Tapi, kalau tak boleh tu, tak pe lah. Nak buat macam manakan..." Ada sedikit nada mengharap disitu.
Even Joe tidak mengharapkan kehadiran Ariff, tapi atas rasa kemanusiaan dan hubungan yang sedia ada, meronta-ronta jiwa Ariff untuk melihat bekas ayah mertuanya itu untuk kali terakhir. Sungguh. Cuma, kewanganlah yang menjadi penghalang. Duit yang ada cuma cukup-cukup untuk belanjanya.
"Untuk tambang tu ada. Tapi semata-mata tambanglah. Ariff cuba cari. Tapi Ariff tak janji. Kalau ada rezeki, Ariff sampai nanti. Apa-apa pun, awak bersabarlah. Maybe itu yang terbaik untuk dia dari terus terlantar macam tu." Ariff sebak. Terasa mahu meraung ketika itu, bila teringatkan betapa akrab hubungan dia dengan ayah Joe.
Setiap kali bertandang ke rumah Joe dulu, Ayah Joe lah yang paling sibuk mencari nasi kerabu daging bakar tanpa budu untuk Ariff. Bukan sebungkus dibelinya, malah lebih. Sebab dia tahu, Ariff memang berahi dengan nasi kerabu.
YOU ARE READING
Dia Ku Panggil Sayang
RomanceCite ni berkisarkan kisah benar yang berlaku. However, watak dan lokasi telah ditukar bagi melindungi identiti sebenar empunya diri. Kisah ini berkisar kehidupan Aliff, pure gayboy yang hilang arah tuju hidup selepas ditinggalkan boifrennya, Joe. A...