Bas kuning bertulisan Shamisha Ekspress berlahan-lahan meninggalkan terminal bas sementara Butterworth. Terlihat ada tangan yang melambai-lambai dari dalam bas. Tiada siapa pon yang pedulikan lambaian itu, hinggalah, dua lelaki yang setia menanti di terminal membalas lambaian tu. Salah seorangnya berusaha untuk tidak melayan perasaan sedihnya. Akhirnya tumpas. Pedulikan mata-mata yang memerhati. Pedulikan.
"Ariff, jomlah. Bas pon dah lesap dah."
Ariff mengangguk. Lemah sekali langkahnya menuju ke kawasan parking. Mujur ada Ayie yang sentiasa sudi memberikan bantuan. Ya, selama dia kenal insan bernama Ayie ni, seolah-olah tiada perkataan tidak bila ada orang meminta pertolongan."Tiba-tiba mak dia sakit. Dan aku pulak, tiap kali hantar dia balik kampung, sure macam ni." Air matanya sudah berhenti mengalir. Tapi suaranya masih tenggelam timbul. Jiwanya masih dikuasai sebak barangkali.
"Normal la tu. Orang tua. Sekali sekala sakit juga dia. Tak payah nak risau lah. Semua ok tu." Ariff abaikan saja pujukan dari Ayie. Dia hanya melabuhkan pandangannya membelah pekat malam yang. Lampu-lampu jalan yang menghiasi malam terasa sayup. Sesayup hatinya yang tersimpan satu kerisauan dan kesedihan.
"Ariff dah takde mak. Seronokkan balik kampung kalau ada mak." Ariff teringat perbualannya dengan Joe dulu sewaktu dia mula-mula mengikut Joe balik kampung.
"Mestilah seronok. Boleh makan sedap-sedap. Boleh lepas rindu..?" Riang saja Joe berbicara.
"Takpe, anggap mak Joe macam mak Ariff. Lagipun, mak mertua kan.." sambung Joe lagi tika itu.
"Habis tu, nanti salam boleh la Ariff cakap, apa khabar bonda mertua ku..."
"Nak mampos?" Ketawa mereka pecah berderai. Bahagia.
Sunyi. Hanya bunyi dj radio yang kedengaran. Ayie membiarkan Ariff meneroka apa jua yang berada dalam fikirannya. Setahu Ayie, Ariff degil. Degil untuk menerima nasihat orang. Itu yang dia faham tentang Ariff selama dia mengenalinya.
"Hang macam mana, nak balik rumah ke nak tidoq rumah aku?" Ayie kejutkan Ariff dari lamunan bilamana keretanya membelok memasuki Bandar Perda.
"Eh, dah sampai ke. Cepat benar. Hang kata apa tadi.." Ariff sedikit terkejut.
"Aku tanya, nak balik rumah ke nak tidoq rumah aku. Baik tidoq rumah aku kot. Hang tak stabil ja nampak." Ayie ulang balik pertanyaannya.
"Eh, aku ok aje. Aku balik rumah aku la. Esok nak kerja kan. Susah hang nanti nak hantar aku." Ayie sudah menduga jawapan tu. Dia ikutkan saja. Perlahan-lahan kereta Wira Hijau memasuki kawasan parking Blok I Apartmen Permata.
"Ok Ayie. Thanks bebanyak na. Drive lek lok." Pintu kereta dibuka perlahan.
"Kalau ada apa-apa, jangan lupa bgtau aku. Rojer ja bila pun." Ayie sempat berpesan.
Ariff berdiri memerhatikan kereta wira itu hilang dari pandangannya. Kemudian, dengan cepat dia mendaki anak-anak tangga satu persatu menuju ke rumahnya.
Sebatang rokok dicapai dan dinyalakan. Disedutnya dalam-dalam dan kakinya melangkah membawa ke beranda. Dari situ, dia dapat melihat lampu-lampu yang menghiasi kawasan apartmen. Indah.
"Mampu ke aku hidup berjauhan dengan dia ni..." Bebelnya sendiri. Selama ini, dia belum pernah berjauhan dengan Joe. Dan mana-mana ex-bf nya juga semuanya di depan mata.
"Bagaimana kalau dia sambung belajar di tempat lain?" Dia tahu, Joe ada memohon untuk menyambung pengajiannya. Boleh dikatakan semuanya luar dari utara. Dia merangka sesuatu. Dia harus bantu Joe untuk terus berada disisinya.
Ariff sedar, kehadiran Joe banyak membantu dia dalam bangun dan meneruskan sisa hidupnya. Ariff hilang arah setelah ibunya dijemput ilahi setahun sebelum dia memiliki Joe. Setahun jugalah Ariff terkapai-kapai sendirian. Mujur Joe hadir. Joe menjadi sumber kekuatannya untuk bangkit dan menikmati kehidupan, walaupun tidak sesempurna dan semulia manusia lain, tetapi dia telah memiliki sebab untuk berjuang dan terus hidup.
Apa akan jadi pada Ariff jika satu-satunya insan yang menjadi tongkatnya berjauhan? Andainya sibuta, sudah pasti akan teraba-raba tanpa tujuan. Jika si capik, pasti terkial-kial menuju haluan. Begitu juga Ariff, dia pasti kembali lemah jika Joe tiada didepan matanya. Kerana hati Ariff, telah memahat Joe sebagai salah satu figura terpenting dalam jiwa dan juga nuraninya.
Keheningan malam terganggu dengan deringan handphone SE T20. Ariff melangkah perlahan dan mencapai hand phonenya yang diletakkan disebelah tv. Dia terus memerhati dan membuka pesanan yang baru masuk.
Joe: Baru sampai Baling. Lambat la nak sampai TM. Ariff buat apa. Rindu lah...
Ariff: Biar lambat. TM x lari kemana. Sama la, rindu juga. Ariff kat rumah je. Malas nak g kdai. Mata sembab.
Joe: Jangan la sedih. Joe balik kejap je. Ni pon sebab mek sakit.
Ariff: Faham. Tapi sedih gak. Insyaallah, semua ok nnti tu. Ariff doakan supaya mek sembuh cpt.
Joe: Risau gak. Ok la, Joe nak tido. Ariff jaga dri bebaik tau. No notti2x. Muah. Love you.
Ariff: Sure not. You 2. Jangan nakal2. Miss U.. Love U... Muahh.
Terubat sikit kesedihan yang bersarang. Ariff senyum sendirian walaupun sesikit hambar.
Ariff sendirian dirumah tika itu. Mungkin sebentar lagi Amir balik. Sejak dua menjak ni, Amir jarang berada dirumah. Sibuk dengan studylah, sibuk dengan jantan lah. Macam-macam.
Malam itu terasa lambat sekali berlalu. Terkebil-kebil mata Ariff yang celik dalam kelam. Susah untuk dia lelapkan mata. Terlalu banyak benda yang berlegar-legar dalam mindanya. Serabut. Mungkin sama serabutnya seperti shopping mall yang dipenuhi dengan manusia tatkala sales hari raya puasa. Susah untuk mengatur langkah dan susah juga untuk membeli dan belah.
Satu sms diterimanya tepat pada jam 4.00 pagi. Dicapai Telefonnya dan terpapar jelas sms tu dari Joe. Ariff tahu, Joe baru sampai. Lewat dalam 20 minit dari jangkaannya.
Baru sampai ni. Dah tidoq ke? Tepat sekali jangkaan Ariff.
Belom lg. X boleh pejam. Selalu berdua, malam ni sorang. :(
Laju saja Ariff membalas sms dari cinta hatinya.Ala, jgn mcm tu. Nnti Joe balik sana gak. Tdo la, esok keje.
Mak mcm mana? U too, tido. Penat tu... Ya, Ariff juga risau dengan kondisi ibu Joe. Apa guna jadi bf kalau dia tidak berkongsi rasa hiba seperti yang Joe rasa.
Mek tido. Tak nak kejut dia. Esok je jumpa dia. :(. I miss you.. k la. Nak tido. Bubbye. Muah
Miss U too. Kim salam smoa. Balik cepat tau...
Krik... Krik... Krik...
Sms tu terakhir untuk malam itu. Ariff biarkan. Dia tahu, Joe penat. Joe risau. Dia juga...
Ariff mengiring ke kanan. Dicapainya bantal yang Joe selalu guna lalu diciumnya lama-lama. Akhirnya kesedaran Ariff hilang dibawa bersama-sama bau Joe yang melekat kemas di bantal tu. Ariff hilang bersama-sama beribu persoalan yang berterbangan sarat dibenaknya.
Ringgggggg.....!!!! Bunyi loceng yang panjang mengejutkan Ariff dari tidurnya. Berat sekali matanya untuk celik. Dalam separa sedar, dia tahu, dia ada tugas yang perlu diselesaikan segera... Tugas untuk dapatkan Joe tempat belajar yang dekat dengannya.
Ariff berkumur-kumur dan basuh muka saja sebelum dia capai handphone maroonnya. Didailnya nombor yang dia cari semalam. Selang beberapa ketika...
"Hello, good morning. Cosmopoint, I am Sarini. How may I assist you." Lembut dan lancar saja suara wanita yang menjawab panggilan Ariff. Dari slanga yang dipakai, wanita India barangkali.
Ariff terdiam, dia terfikir, adakah betul tindakannya ini.....
Bersambung....
Nota:
Cerita ni membosankan? Ya, ramai hidupan dalam dunia ini membosankan.

ANDA SEDANG MEMBACA
Dia Ku Panggil Sayang
RomanceCite ni berkisarkan kisah benar yang berlaku. However, watak dan lokasi telah ditukar bagi melindungi identiti sebenar empunya diri. Kisah ini berkisar kehidupan Aliff, pure gayboy yang hilang arah tuju hidup selepas ditinggalkan boifrennya, Joe. A...