Suasana di Kolej Harun Aminurasyid itu sedikit lengang. Memandangkan kebanyakkan pelajar-pelajar di kolej tersebut kuliahnya hanya di pagi hari. Paling tidak pun hingga ke pukul 5 petang, jarang pensyarah mengadakan kuliah sehingga malam. Amir duduk seorang diri di sebuah kerusi di taman kecil berhampiran blok lima. Amir ringkas mengenakan baju-T dan jeans lusuh berwarna kelabu bersama kasut berjenama Converse berwarna coklat cair lusuh membaluti kakinya. Sambil membelek-belek telefon bimbit ditangan, melayan dan membuka akaun instagramnya pada masa lapang adalah kegemarannya.
“woi, kenapa tak masuk kelas tadi? Selalu je kau hilang kan?” seseorang telah mencuitnya dari belakang. Min sahabat karibnya. Dengan bergaya kasual Min mngenakan kemeja santai dan berseluar jeans.
“aku bukannya tak nak datang kelas lah, apabila malas menguasai diri. Campur pulak tak minat. Memang tak lah aku nak datang kelas Dr. Maimon tu, dah la garang. Memang tak la aku nak dengar dia berleter.” Sambil menunjukkan riaksi selamba, Amir menjawab.
“kau ni Amir, tak takut ke kalau kau kena buang kolej? Kalau kau kena buang, kau kena hadap bapak kau tu tau. Kau tak takut ke?” sambil melabuhkan pungguh di sebelah Amir, Min memberi amaran kepada Amir.
“aku memang dah kena buang dah pun, tadi aku kena panggil dengan jabatan Hal Ehwal Pelajar. Diorang cakap aku kena buat surat rayuan kalau aku terus nak belajar dekat sini.” Raut wajah Amir resah sambil men scroll telefon bimbitnya yang dipegang tadi. Media social Instagram terus berada di dada skrin telefon bimbitnya. Matanya masih tertumpu di gambar-gambar kereta yang di ‘like’ nya itu.
“seriously Mir? Kau dah kena buang? Mak ai! Tak kan kau baru tak datang kelas berapa hari dah kena buang?” Min mengangkat tangannya tanda protest, seperti Karam Singh Walia pengacara tv3. Dia sungguh tidak puas hati dengan pihak kolej memperlakukan Amir sebegitu.
“relaks ah weh. Kau nak marah-marah ni apa hal? Aku yang kena buang, bukannye kau. Lagi pon aku memang selalu skip kelas. Memang patut pun aku kena. Padan muka aku.”Amir tersenyum pahit, Min sekali lagi tidak berpuas hati.
“kita bayar yuran mahal-mahal, dia senang-senang je nak buang.” Min mendengus kasar. Dia yang paling marah di saat Amir perlu berhenti dari kolej tempat mereka belajar.
“alah, tak payah fikir la Min. Benda kecik je. Kau ade kelas tak lepas ni?” sambil mengangkat kening Amir memasukkan telefon bimbitnya ke dalam poket belakang jeans lusuhnya.
“tak ade, kenape?” Amir tersenyum selepas mendengar jawapan Min.
“jom ikut aku pergi beli kasut. Aku nak beli Converse baru la. Converse aku ni dah koyak. Tengok ni..” Amir memandang ke bawah melihat kasut nya yang sudah koyak ditepi kiri dan kanan. Min menggelengkan kepala disaat melihat kasut Amir yang cedera teruk itu.
“kau buat apa dengan kasut kau ni Amir? Kau makan ke ape? Ganas betul sampai terkoyak kiri kanan pulak tu, kalau ye pon lapar tak yah sampai makan kasutnye der.” Min ketawa kecil disaat Amir menjengkek membuka ikatan tali kasutnya.
“kau nak buat ape nih?”
“kau nak rasa tak kasut saiz 7 aku ni, sedap kot.. aku dah try. Kau nak?” Amir melemparkan kasutnya kepada Min, Min mengelak dan berlari ke arah kereta mereka yang diletak tidak jauh dari blok tersebut.
“sorry Amir. Aku tak makan kasut-kasut ni, kau lain lah suke buat benda tak senonoh, haih.. makan kasut. Kesian.. kesian…” tak habis-habis Min menyakat Amir yang mengambil semula kasutnya dan dipakai di tengah-tengh jalan raya yang sunyi dan lengang itu.
“eh, kau nak pergi mana tu.?” Amir memanggil Min sebaik sahaja Min membuka kunci kereta myvinya itu.
“hari ni naik kereta lawa aku ni, tak yah naik kereta buruk kau. Kereta kau tinggal kat sini. Malam ni boleh ambil. Hari ni aku yang drive. Amacam?” Min tersenyum mendengar Amir mahu dia menaiki keretanya sendiri.
