BAB 4

42 7 0
                                    

Aqim melepaskan keluhan sambil melabuhkan punggungnya ke atas sofa yang empuk. Sungguh dia merasa letih. Baru beberapa minggu memulakan tugas, sudah bertimbun kerjanya. Badannya juga terasa sakit-sakit. Aqim memandang kondominiumnya yang terasa kosong. Rindunya dia pada seseorang. Bibirnya mulai mengukirkan senyuman tatkala kotak fikirannya memainkan bayangan orang yang dirinduinya. Namun, bayangan Ris mematikan senyuman di bibirnya. Dia berasa serba salah kerana menipu rakan karibnya itu. Selama ini dia tidak pernah berahsia dengan Ris. Dia tahu Ris sudah dapat menghidu rahsianya yang disimpan kemas. Perlukah dia dedahkan aibnya sendiri? Ah, kusut fikirannya!

Nada dering dari telefon pintarnya menarik perhatian Aqim. Siapa pula yang mengganggu pada waktu-waktu fikirannya sedang kacau. Dalam keadaan malas, Aqim mencapai iPhone 7nya yang terletak di atas meja kopi di hadapannya. Tertera nama insan yang dirinduinya. Sengihan Aqim hingga ke telinga. Lantas jarinya menekan butang berwarna hijau.

"Hello bie. How are you? Do you miss me?", kedengaran suara seseorang yang amat dikenali Aqim. 

"I'm fine but I'm just missing you so much babe. How's your works going on? Is everything alright?", tanya Aqim dengan penuh prihatin. Risau sungguh dengan keadaan insan 'istimewanya' itu.

"Yeah, everything was going smoothly. Sabar okay? I akan balik dalam 2 hari lagi. Nanti bolehlah kita lepaskan rindu. I pun rindu sangat kat you, bie. Damn much.", suara jejaka di hujung talian itu mulai kedengaran gedik tetapi tidak di telinga Aqim. Rindu benar dia pada suara 'kekasihnya' itu.

"Okay. I'll wait for you, Jay. Take care of yourself. Love you. Bye.", Aqim tersenyum gembira setelah menamatkan panggilannya. Jay. Itulah insan yang bertakhta di hatinya. Pedulilah jika mereka sama jantina sekalipun. Aqim sudah tidak peduli akan hukum agama mahupun hukum alam. Hatinya sudah mati untuk yang bergelar kaum Hawa. Ya, dia begitu kecewa dengan golongan Hawa yang padanya hanya tahu menilai luaran tanpa menilik hatinya. Kaum Hawa yang hanya tahu mempermainkan hatinya tanpa memikirkan perasaannya. Apabila dia teringat semula kenangan dahulu yang begitu menghiris hati lelakinya, terasa ingin saja dia menjerit bagi melepaskan semua amarahnya. Dia marah pada dirinya sendiri yang terlalu lurus dan bodoh. Bodoh kerana mempercayai sang Hawa.

Ris? Ya, Ris juga kaum Hawa tetapi Ris berbeza. Dia tahu Ris bukanlah seperti mana-mana wanita lain. Buktinya, persahabatan mereka masih utuh meskipun mereka telah berpisah 5 tahun lamanya. Ris tidak pernah mengkhianati dirinya apatah lagi menyakitinya. Aqim tidak akan mampu mencari sahabat lain yang sebaik Ris. Rasa serba-salahnya kembali menerjah diri. Bagaimana mungkin dia mahu menceritakan kepada Ris perihal rahsianya itu. Apa reaksi yang Ris akan berikan nanti? Mungkinkah Ris akan mengejinya dan menjauhinya? Aqim tidak sanggup dipinggirkan sahabatnya sendiri. Dia tidak kisah jika dirinya dikeji oleh satu dunia sekalipun tetapi tidak Ris. Ris satu-satunya insan yang memahaminya dan mempercayainya. Dari kecil hinggalah dewasa, Ris satu-satunya teman karibnya. Tidak tegar dia untuk kehilangan sahabatnya itu.

Aqim berjalan menuju ke arah balkoni. Dia menghirup udara petang yang begitu nyaman. Suasana ibu kota yang sibuk tidak dihiraukan Aqim. Fikirannya lebih tertumpu pada permasalahan yang sedang dihadapinya kini. Dia tahu tindakannya itu salah. Mencintai seseorang yang sama jantina dengannya. Apa yang mampu dia lakukan jika hatinya sudah tertutup untuk mereka yang berlawanan jantina dengannya? Adakalanya dia sendiri merasa tidak senang dengan tindakannya itu. Wajarkah dia menukar nafsunya gara-gara seorang wanita? Apa pilihan yang dia ada bagi melupakan luka di hatinya? Segala persoalan mula bermain di fikirannya.

Pada awalnya, Aqim membawa diri ke luar negara bagi meredakan kekecewaan di hatinya. Setelah dia dimalukan dengan teruk, tidak mungkin dia mahu menayangkan wajahnya lagi. Dia fikir dia mampu menyelesaikan masalahnya dengan membawa diri. Namun, sebaliknya yang berlaku. Masalah baru pula yang muncul. Kini, dia pulang ke tanah airnya dengan 1001 masalah. Kusut. Satu saja perkataan yang mampu diungkapkan oleh Aqim. Kakinya pantas menuju ke arah kabinet dapurnya. Satu botol dicapai dari rak di kabinet itu. Setelah penutupnya dibuka, Aqim meneguk air dari botol itu dengan rakus. Dia sudah tidak mengira halal mahupun haram akan sesuatu perkara itu. Aqim hanya mahu melupakan masalahnya untuk sementara waktu saja. Arak menjadi pilihannya.

Bimbing Aku (ON HOLD)Where stories live. Discover now