Ris yang sedang asyik menjalankan tugasannya disergah oleh Azim. Nasiblah Ris bukan jenis yang mudah melatah. Jika tidak, pasti tebal mukanya menahan malu. Dadanya dilurutkan sedikit bagi melegakan rasa terkejutnya itu.
"Apa masalah kau ni, Zim? Tiba-tiba saja sergah orang. Kau tak ada kerja ke hah?" panas pula hatinya dengan sikap Azim yang seperti kebudak-budakan itu.
"Alah Ris. Relaxlah. Aku gurau ja. Takkan itu pun hang nak angin satu badan. Ka hang datang bulan?" Azim masih lagi dengan selorohnya. Bibirnya mengukirkan senyuman sumbing.
"Tengkorak kau datang bulan. Ada apa kau datang ni? Aku dahlah tengah banyak kerja. Ni mesti datang nak bergossip ni kan?" tebak Ris. Adakalanya dia sendiri bosan mahu mendengar celoteh Azim yang tidak pernah habis. Mahu dihalau tidak sampai hati. Dengarkan sajalah."Pandailah hang ni Ris. Cepat ja hang dapat tangkap. Ni aku nak habaq, hang tau dak budak si Ayu tu? Alah yang kerja bahagian processing tu," Ris menganggukkan kepalanya tanpa memandang wajah Azim yang sedang bertenggek di bangku sebelah kanan Ris. Ris masih tekun melakukan kerjanya.
"Semalam aku dengaq cerita, ada satu mamat kaya ni dok lamar dia. Teruih dia letak jawatan hang tau. Yalah dah nak kahwin dengan anak orang kaya lah katakan. Buat apa lagi nak susah-susah kerja macam kita ni hah. Untung si Ayu tu kan. Hang tak teringin ka nak kahwin Ris? Ka hang minat sama jenis?" Ris menjegilkan matanya saat mendengar perucapan Azim yang terakhir itu. Minta simpanglah. Tidak ingin Ris bernafsu songsang.
"Kau ni kan Zim. Cakap tu kasi elok sikit boleh tak. Kejap lagi kang ada yang kena tanam dengan aku ni. Gila ke aku nakkan sesama jenis," Ris menggeleng-gelengkan kepalanya. Azim sudah tergelak besar melihat reaksi Ris.
"Adui, sakit perut aku dok gelak. Aku gurau ja. Yalah, kau tu pun aku tengok tak ada boyfriend. Kot-kotlah kau tu minat ngan sama jenis. Sapa yang tahu kan. Adoi," seraya itu Ris menghentak kepala Azim dengan kotak kosong yang dipegangnya. Geram sungguh dengan mulut tidak berinsuran milik Azim. Azim menggosok-gosok bahagian atas kepalanya yang dipukul oleh Ris sambil mengerutkan wajah.
"Tulah, padan muka kau. Lain kali mulut tu jaga. Lainlah kalau kau rasa hidup kau tu dah cukup lama kat bumi ni. Aku ni memanglah tak ada boyfriend tu semua. Tapi kau jangan sangka aku ni tak laku tau. Esok kalau aku kahwin dengan orang kaya, baru kau tahu langit tu tinggi ke rendah. Setakat budak hingusan macam kau ni tak mainlah. Paling koman pun CEO tau," terus meletus tawa di antara mereka berdua namun terhenti tatkalau satu suara garau menyapa gegendang telinga mereka.
"Kalau supervisor saja boleh tak?" kelihatan Encik Fadlie sedang berjalan ke arah mereka berdua. Tergamam Ris apabila mendengar perucapan Encik Fadlie. Tidak pasti sama ada ia hanya perucapan atau pertanyaan. Ris dan Azim segera mengucapkan salam apabila Encik Fadlie sudah pun berada di hadapan mereka.
"Rancak kamu berdua berbual. Siapa yang nak kahwin?" Encik Fadlie masih lagi dengan senyumannya yang tidak pernah lekang dari bibirnya.
"Tak ada sesiapa pun Encik Fadlie. Saja berbual kosong," Ris segera menjawab. Takut jika Encik Fadlie menyangka mereka mencuri tulang.
"Ha'ah encik. Kami saja ja berbual sambil buat kerja, nak hilangkan rasa bosan," Azim mengiakan kata-kata Ris. Wajah kedua-duanya kelihatan tidak berdarah gara-gara terkejut dengan lawatan Encik Fadlie yang tidak dirancang itu.
"Ingatkan Airissa yang nak kahwin tadi. Melepaslah saya kalau betul. Nampaknya saya ada chancelah lagi. Betul tak Airissa?" Encik Fadlie menghadiahkan satu kenyitan mata yang cukup membuatkan jantung Ris berdegup kencang. Apa jenis gurauan yang jejaka ini cuba sampaikan? Desis hati kecil Ris. Tiada kata-kata yang mampu Ris ucapkan. Hanya sengihan di bibirnya. Apa jawapan yang sesuai untuk diberi bagi pertanyaan Encik Fadlie itu? Tersalah cakap buruk padahnya. Wajahnya yang pucat sedari tadi sudah mula merona merah. Segan barangkali dengan gurauan Encik Fadlie itu.
YOU ARE READING
Bimbing Aku (ON HOLD)
RomanceMembesar di rumah anak yatim bersama telah membuatkan hubungan mereka begitu akrab. Meskipun berlainan jantina, itu bukanlah penghalang untuk mereka menjalin persahabatan. Satu tragedi telah mendorong kepada dendam. Masa memisahkan mereka. Masa juga...