Ris duduk di atas motosikalnya sambil mendengar lagu melalui telefon pintarnya sementara menanti kedatangan Aqim. Di sisinya terdapat sebuah beg galas berwarna hitam. Segala barangan telah pun disiapkan pada malam sebelumnya. Jam tangan dikerling. Sudah 20 minit berlalu. Masa yang dijanjikan adalah pada jam 3 petang. Khuatir pula jika Aqim membatalkan perancangan mereka pada saat-saat akhir. Tiba-tiba, kedengaran bunyi hon kereta. Ris segera menoleh. Kereta Range Rover milik Aqim telah pun berada di hadapan pagar rumah sewanya. Aqim menayangkan muka minta simpatinya. Ris hanya menggelengkan kepalanya sebelum mencapai beg galasnya.
"Sorry Ris. Sorry sangat-sangat. Tadi aku ada hal sikit. Last-last minutelah baru nak ada hal. Sorry eh?", Aqim mengangkat kedua belah tangannya sambil membuat gaya meminta ampun. Sungguh dia berasa serba salah.
"No problemlah Qim. Janji kau sampai dahlah. Aku ingatkan tadi kau tak jadi nak pergi. Cuak juga aku."
"Nasib kau tak marah. Tadi aku dah imaginekan yang kau akan mengamuk. Seram aku. Kau kan bekas pemegang black belt Taekwando. Masuk ICU kot kalau kena belasah dengan kau. Itu yang aku gelabah.", Aqim terus ketawa berdekah-dekah memikirkan betapa kalutnya dia sewaktu memandu ke rumah sewa Ris.
"Kau fikir aku ni Incredible Hulk ke nak mengamuk suka-suka hati? Chilllah. Benda boleh settlekan. Aku kalau nak mengamuk ada tempat dia.", Ris turut tertawa memikirkan gelagat Aqim itu.
Aqim pernah menjadi saksi ketika Ris terlibat dengan satu pergaduhan sewaktu di sekolah menengah. Teruk juga keadaan pelajar lelaki yang dibelasah oleh Ris. Nasibnya baik kerana kecederaan yang dialami tidak serius. Semuanya berlaku gara-gara penghinaan yang dilemparkan kepada Ris dan Aqim. Masih segar lagi kata-kaat yang dilontarkan oleh pelajar lelaki itu bersama rakan-rakannya yang lain.
"Kau tu anak haram kau tahu tak? Jijik aku tengok kau ni. Eloknya kau ni mampus. Tak layak pun nak hidup. Samalah kau orang berdua ni. Yang satu bapanya kaki judi, satu lagi anak haram. Hahaha"
Entah apalah masalah manusia ini. Ada sahaja yang tidak kena di mata mereka. Mereka berkelakuan seolah-olah insan lain di sekeliling mereka terlalu jelik untuk hidup di muka bumi walhal diri sendiri tidak sesempurna mana. Mereka mengeji, menghina dan mengutuk sesuka hati sehingga terlupa siapa pencipta yang sebenarnya. Akibat tidak tahan dengan kejian yang dilemparkan berkenaan status Aqim yang tidak beribu dan berbapa, Ris bertindak menghadiahkan sebiji dua penumbuk bersama beberapa tendangan.
Situasi ketika itu sungguh mencemaskan. Ris yang kelihatan seolah-olah tidak mahu berhenti terus-terusan menumbuk wajah pelajar itu. Darah mulai meleleh dari pipi serta bibirnya. Amarah yang disimpan selama ini dihamburkan sepuas-puasnya. Bukan sahaja Aqim dihina, malahan Aqim turut dibelasah dan dibuli. Pelbagai surat ancaman juga pernah diterima oleh Aqim sehinggakan pernah ada yang manghantar surat yang menyuruh Aqim mati. Aqim yang tercegat di situ kerana masih lagi terkejut segera bertindak menahan Ris dari terus memukul pelajar itu apabila tersedar akan keadaan pelajar itu yang semakin lemah. Dia tidak mahu Ris dihantar ke sekolah juvenil gara-gara peristiwa itu. Ris tidak begitu peduli apabila dirinya dikeji mahupun bapanya sendiri dikeji. Namun, apabila melihat Aqim yang menjadi mangsa, tidak semena-mena amarahnya terus merasuk. Mungkin dia mewarisi sikap panas baran bapanya.
Selepas peristiwa itu, Ris telah didenda gantung sekolah selama dua minggu. Umi Wida menasihati Ris agar lebih bijak mengawal emosinya. Peristiwa itu juga telah menyebabkan tiada lagi yang berani mengganggu Aqim apatah lagi Ris. Aqim tidak pernah melupakan kejadian itu. Oleh sebab itu, dia begitu berhati-hati apabila berbicara dengan Ris. Takut benar Ris mengamuk. Walhal, dia tahu bahawa Ris tidak akan melakukan perkara itu terhadapnya.
Sepanjang perjalanan, Aqim dan Ris tidak banyak berbual. Masing-masing masih letih kerana bekerja pada waktu paginya. Ris sudah pun berlayar ke alam mimpi. Penat benar dia. Aqim masih fokus dengan pemanduannya. Peristiwa yang berlaku sebelum dia bertolak sebentar tadi mula menerjah fikirannya.
YOU ARE READING
Bimbing Aku (ON HOLD)
RomanceMembesar di rumah anak yatim bersama telah membuatkan hubungan mereka begitu akrab. Meskipun berlainan jantina, itu bukanlah penghalang untuk mereka menjalin persahabatan. Satu tragedi telah mendorong kepada dendam. Masa memisahkan mereka. Masa juga...