BAB 8

40 5 0
                                    

Gaya rambut Ris (saja nak bagi kemudahan untuk korang bayangkan gaya rambut tomboi Ris)

Wajah Aqim kelihatan begitu berseri-seri pada pagi itu. Meskipun pada malam sebelumnya dia tidak dapat tidur dengan lena dek kerana memikirkan gadis yang telah berjaya mencuri hatinya, namun digagahkan dirinya untuk ke tempat kerja. Demi Miraz, Aqim sanggup berkorban. Pertama kali mempunyai perasaan sebegitu rupa membuatkan Aqim begitu teruja. Lupa segala penat lelahnya. Hari demi hari bertambah ceria buat Aqim dengan hadirnya Miraz.

Ris perasan akan perubahan Aqim semenjak Aqim berkenalan dengan Miraz. Aqim sememangnya seorang yang ceria tetapi kehadiran Miraz telah membuatkan Aqim bertambah ceria. Dia dapat merasakan yang Aqim punya perasaan terhadap Miraz. Perasaan yang istimewa. Ris yakin dengan firasatnya itu. Dia bukanlah ahli nujum mahupun tukang tilik, namun dia mempunyai gerak hati yang kuat. Tambahan pula, hubungannya dengan Aqim yang begitu rapat membuatkan Ris begitu mudah membaca isi hati jejaka itu.

Pada Ris, dia tidak mempunyai masalah jika Aqim mahu menjalinkan hubungan istimewa dengan mana-mana gadis kerana dia sendiri tidak punya hak untuk menghalang. Cuma Ris agak risau dengan gadis pilihan Aqim itu. Miraz tidaklah selembut dan sesopan yang Aqim sangkakan. Walaupun Ris tidak begitu rapat dengan Miraz tetapi jauh di sudut hatinya dia dapat merasakan Miraz bukanlah seperti yang dijangkakan. Dia takut jika Aqim bakal dipermainkan.

Setiap hari, Aqim akan mencari topik untuk dibualkan dengan Miraz. Reaksi Miraz yang hanya melayan membuatkan Aqim merasakan bahawa peluangnya begitu cerah. Aqim akan menceritakan segala perbualannya bersama Miraz pada Ris. Aqim percaya akan Ris. Dia tahu hanya Ris sahaja yang boleh dipercayai. Ris pula hanya mendengar setiap cerita yang disampaikan oleh Aqim. Adakalanya dia merasa bosan dengan celoteh Aqim. Tidak habis-habis Miraz. Pagi Miraz, petang Miraz, malam juga Miraz. Jika tidak dilayan risau ada yang tersentap. Ikutkan sajalah nampaknya.

Aqim bukan sahaja menceritakan pada Ris berkenaan Miraz, malahan dia meminta nasihat dari Ris berkenaan cara untuk mendekati gadis itu. Ris tetap seorang gadis seperti Miraz. Sudah pasti Ris memahami perkara yang digemari oleh wanita dan yang tidak digemari. Walaupun penampilannya tidak serupa dengan gadis-gadis lain yang seusianya, Ris tetap perempuan. Hakikat yang tidak dapat diubah. 

"Ris, macam mana aku nak buat ya supaya aku dapat rapat dengan Miraz tu?" Aqim bertanya kepada Ris pada suatu petang. Ris sudah mula membuat muka menyampahnya.

"Manalah aku tahu. Pergi tegur dia dahlah," Ris menjawab acuh tak acuh. Dia tidak peduli langsung berkenaan Miraz.

"Kau kan perempuan. Mestilah kau tahu apa yang perempuan suka dan tak suka. Walaupun, kau ni tak adalah rupa perempuan sangat kan," ayat terakhir itu Aqim lontarkan dengan nada suara yang direndahkan sambil kepalanya berpaling ke arah lain.

"Oh, mengutuk aku eh. Memanglah aku perempuan. Tak perlulah aku nak tayang sangat keperempuanan aku tu. Ini diri aku so, suka hati akulah nak pakai macam jantan ke apa. Janji aku tak hipokrit," ada nada geram sewaktu Ris bersuara. Dia rasa tercabar apabila Aqim seolah-olah memperlekehkan dirinya dan cuba membandingkan dirinya dengan Miraz.

"Relaxlah Ris. Aku gurau saja. Janganlah marah. Aku tak ada niat nak sakitkan hati kau. Sorry ah," Aqim mulai menyesal dengan kata-kata yang dilontarkannya. Buruk padahnya bila terlajak kata. Tidak boleh ditarik dan diundur.

"Aku tak marahlah. Geram saja. Dahlah, kau nak tanya apa tadi?" Ris segera mengubah topik. Dia sendiri tidak gemar bertegang urat dengan Aqim. Lupakan saja apa yang diucapkan oleh Aqim itu. Mungkin dia sendiri tidak berniat untuk berkata begitu. Ris tidak mahu menjadi seseorang yang terlalu sensitif.

"Aku tanya, macam mana caranya nak tarik perhatian perempuan. Aku rasakan Ris, aku dah jatuh cintalah dengan Miraz. Kau jangan bagitahu sesiapa. Umi pun jangan. Malulah aku. Setiap kali aku pandang dia, aku rasa macam jantung aku ni berdegup laju gila. Aku asyik terbayang muka dia saja. Dah gila bayang dah aku ni," Aqim berkata sambil membuang pandangannya ke arah lain. Pipinya mual merona merah dek kerana rasa malu.

Bimbing Aku (ON HOLD)Where stories live. Discover now