Bab 1

9.6K 298 11
                                    

"Sayanggggggg!"

Tersentak aku dari lamunan. "Sorry abang, sayang tak perasan." Muiz yang merajuk menghulurkan handphone nya. Tertera laman web 'Rumah untuk dijual' "Abang nak beli untuk kita tinggal lepas kawin nanti. Sayang Suka?" aku mengangguk senyum.

Dummmmmmm!!!!
Bunyi hentaman pintu dapur mematikan ingatan aku. Abang tak macam 3 tahun yang lepas. Abang suka mengasingkan diri, bila mood dia okay barulah dia layan aku. Aku membelek album kahwin kami. Semua gambar perkahwinan kami cantik-cantik. Mata aku tertumpu pada gambar seorang wanita berbaju kuning. Aku tak pernah lihat atau kenal dia. "Arghhhhhhhhh!!" aku menekup bantal.
Aku memandang kipas yang sedang berputar lalu aku teringat saat-saat indah kami.
-----------------------------------------------------------
Selamat Pengantin Baru

Semoga bahagia hingga ke syurga.

Musuh ketat,
Zulaika
-----------------------------------------------------------
Ada-ada saja Ika ni, kawan baik aku dari  kecil. Aku buka kotak hadiah berbalut kertas berwarna emas. "Wahh!!! Oven!" Dia memang tahu apa aku nak. "Amboi sayang,senyum sampai ke telinga." Muiz menepuk pipi aku. "Abang ada hadiah untuk sayang. Pejam mata cepat." Aku pejamkan mata dan Muiz meletakkan sesuatu ditapak tangan aku. "Dah boleh buka mata." Kunci di tangan aku. Terdapat key chain yang bertulis 'Home Sweet Home'.
"Betul ke ni abang?"
"Ya sayang. Ingat lagi tak rumah yang abang tunjukkan dalam internet dulu? Abang dah beli untuk sayang."
"Thank you abang." aku mencium tangan suamiku.

Beberapa hari selepas majlis perkahwinan, kami berpindah masuk ke rumah baru. Rumah setingkat yang ada 4 bilik cukup untuk kami bina kehidupan baru. Hampir seminggu juga kami mengemas dan susun atur perabot yang ada. Terdapat satu bilik belakang yang agak suram walaupun sudah di hias. Aku sendiri tidak tahu apa yang kurang disitu. Lalu aku biarkan bilik itu bertutup dan lama kelamaan dijadikan stor. Beruntung aku kerana dapat suami yang penyayang, setiap hari merupakan hari yang sangat membahagiakan. Sehinggalah suatu malam segala-galanya berubah.

WhatsApp dari abang:

'Assalamualaikum sayang, abang balik lambat tau, ada meeting last minute. Sayang makan dulu, jangan tunggu abang. Love you so much.'

Aku simpan semua makanan yang telah dihidangkan atas meja. Jam menunjukkan pukul 9 malam. Kedengaran bunyi pinggan dan sudu berlaga serta bunyi kerusi ditarik. Aku bingkas bangun dan menuju ke dapur. "Abang... bila abang balik? Abang makan makanan sejuk tu." aku menjerit kecil dari tepi bilik. Sampai saja di dapur semuanya dalam keadaan asal dan gelap. Aku berdiri didinding luar dapur merenung ke arah pintu belakang. Ianya berkunci dan selak dari dalam. Aku menuju ke ruang depan pintunya juga berselak dari dalam. Apa yang aku dengar tadi? Perasan aku agaknya. Mungkin sebab aku terlalu penat. Aku menepuk-nepuk bantal kemudian terdengar sekali lagi kerusi dapur ditarik dan bunyi pinggan.Aku tak berani untuk pergi ke dapur. Tinngggg!

RUMAH UNTUK DIJUAL Where stories live. Discover now