Kain batik bercorak merak,baju kebaya kuning.. sama seperti dalam gambar perkahwinan aku. Bau busuk menular keluar.Aku keluar untuk mengambil album kahwin bagi mencari persamaannya. Sama!Serupa! Dialah Fatimah..macamana dia boleh ada dalam gambar aku?
"Abang!! abang!! "
Abang menjengah dari dalam bilik.
"Kenapa pula tu sayang? "Aku menunjukkan gambar tersebut pada abang. Alangkah terkejutnya abang sama seperti aku.
"Macamana dia boleh ada dalam gambar kita? "
"Ni yang sayang pelik. Dia dah ikut kita dari awal lagi. "
Abang menggaru kepala. Aku menutup rapat pintu bilik yang menyembunyikan seribu rahsia. Esok aku akan cuba hubungi anak Fatimah bagi menyelesaikan segala persoalan.
"Jauh lagi ke abang?"
"Sekejap lagi kita sampai. "
Kami menemui Borhan,anak kepada Fatimah."Maafkan saya kerana sembunyikan perkara sebenar. Fatimah memang ibu kandung saya. Dia mati dibunuh. Ayah saya yang bunuh dan campakkan ke dalam lombong."
Kami melopong mendengar cerita Borhan.
"Kenapa dia dibunuh?"
"Ayah dapat tangkap ibu ada hubungan dengan lelaki lain dan....."
"Dan apa? Apa yang terjadi? "
"Ibu perempuan sihir.Rupa-rupanya ibu sihirkan ayah di sepanjang perkahwinan mereka. Ibu tamakkan harta ayah."
Setelah mendengar semua penjelasan Borhan kami pulang dengan senang hati kerana segala persoalan sudah terjawab. Abang nampak ceria tidak seperti selalu. Kami tiba dirumah agak lewat malam. Aku dan abang keletihan dan mengantuk. Aku hanya terbayangkan katil beradu.
Tetapi aku terpaksa melupakan keinginan untuk terus tidur. Keadaan dalam rumah berselerak. Kami tidak berani untuk terus masuk. Kami jalan mengelilingi rumah dan dapati tiada sebarang tanda pencerobohan. Abang masuk dahulu ke dalam rumah bagi memastikan tiada sesiapa yang tak diingini.
"Sayang, semua selamat."
Aku melangkah masuk dengan penuh debaran. Keadaan rumah seperti dilanggar badai terutama sekali di dalam bilik puaka. Yang peliknya tiada apa yang hilang. Semua barang berharga masih ada. Aku meneliti setiap penjuru rumah. Ada lumpur merata-rata di ruang dapur dan bilik belakang."Sayang, sebenarnya abang yang buka semua kertas pendinding Kat rumah ni. Maafkan abang. "
"Sudahlah abang. Kita ada masalah Besar sekarang ni. Kenapa dia ganggu kita? "
"Abang rasa dia mula ikut abang sejak abang melihat rumah ni masa abang nak beli rumah ni dulu. Abang ada tegur seorang perempuan yang lalu dibelakang rumah kita."
"Allahuakhbar! Patutlah dia ada dalam gambar kahwin kita."
Abang hanya menundukkan kepalanya. Fatimah benar-benar mahukan abang. Wajah abang mirip kekasih gelap Fatimah.
Kami tidak mengemas pada malam itu kerana terlalu penat. Kami letih melayan semua kejadian yang melanda. Kami meneruskan hajat untuk berehat dan tidur.
Panggghhh!!!! Dummmmmmm!!!!
Bunyi bising diluar bilik semakin jelas. Aku dan abang bangun tercengang-cengang. Apa lagi yang dia mahukan?
Kami mengintai disebalik pintu bilik. Aku melihat situasi yang sama seperti sebelum ini..
Kami bagai berada pada waktu Fatimah dibunuh.
"Fatimahhhhhh! Kau memang perempuan sial. Siapa jantan yang kau selalu bawa pulang?! Siapa kau Sebenarnya? "
"Haha! Kau memang bodoh Zainal.Aku tak pernah cintakan kau! Aku sudah tidak tahan duduk dalam rumah ni. "
Kami melihat sahaja kejadian yang berlaku depan mata. Semuanya dalam bayang-bayang tetapi masih jelas untuk dilihat. Fatimah memang cantik berkebaya kuning. Zainal merentap baju Fatimah serta mengheretnya ke dapur. Zainal seperti dirasuk. Kepala Fatimah dihentakkan ke dinding dapur. Kemudian dia diseret ke dalam bilik belakang dalam keadaan longlai dan berdarah penuh dimuka.
"Aku bersumpah kau takkan bahagia di rumah ni.Ini rumah aku!!!!" Fatimah meronta minta dilepaskan tetapi Zainal tidak mengendahkan.Zainal mengambil parang didalam almari usang dan mula menyembelih Fatimah sedikit demi sedikit.Fatimah meronta kesakitan. Kepalanya dibiarkan didalam almari bersama baju yang dipakainya. Kami kelu tanpa suara..peristiwa yang benar-benar menakutkan. Tiba-tiba terdengar suara kanak-kanak memanggil."Ibuuuuuu!!!" Itulah Borhan menangis memanggil Ibunya.Zainal membungkus badan Fatimah tanpa kepala dengan cadar putih dan keluar melalui pintu dapur. Darah memenuhi ruang dapur dan bilik belakang. Aku dan abang menutup pintu bilik dengan perlahan. Allah buka hijab mata kami. Suara tangisan Borhan benar-benar menyedihkan. Dia nampak segalanya dengan matanya sendiri. Sumpahan Fatimah menjadi nyata,kami mangsa Fatimah.
Kami mula faham apa yang berlaku. Fatimah perempuan yang mengamalkan sihir mati dibunuh suaminya sendiri. Keratan surat khabar yang aku jumpa dibilik belakang adalah cerita mengenai pembunuhan kejam Fatimah. Bayangan Fatimah akan selalu berada di rumah ini kerana sumpahannya. Aku dan abang tidak sanggup lagi menghadapi kejadian yang sama setiap masa. Rumahtangga kami hampir musnah dengan godaan Fatimah.Ika mati kerana murung diganggu Fatimah. Kami dihindari jiran tetangga kerana bimbang diganggu roh Fatimah. Aku dan abang nekad untuk keluar dari rumah itu untuk selamanya. Cukuplah derita yang kami lalui sepanjang 3 tahun dirumah puaka ini. Selesai mengemas kami duduk diluar rumah merenung puas rumah yang penuh misteri. Abang menggantung papan tanda 'RUMAH UNTUK DIJUAL ' di pagar rumah. Kami masuk ke dalam kereta dan tersenyum kerana penderitaan gangguan Fatimah sudah berakhir. Abang membuka radio dan kedengaran lagu "Oh Fatimahhhh gadis ayuuu.." aku berpaling keluar dan kelihatan Fatimah melambai.TAMMAT
YOU ARE READING
RUMAH UNTUK DIJUAL
TerrorKisah rumah lama milik penunggu berkebaya. Apabila nafsu dan amarah menguasai.