Bab 11

3.9K 130 1
                                    

      Ustaz Bakhtiar datang tergesa-gesa ke hospital.Dia sendiri dapat rasa benda itu takkan melepaskan aku dan abang. Dia buat apa yang termampu. "Jangan biarkan Muiz bersendirian, awak kena selalu bacakan ayat suci.Hanya pada Allah kita berserah.Saya dah tolong Setakat mana yang boleh. Jika ada apa-apa hubungi saya segera. Abang dibenarkan pulang ke rumah setelah dia beransur sihat.
"Sayang... sayang.. apa yang ditenung gambar tu?"
Aku terjaga dari lamunan yang panjang.
"Tak ada apalah abang, sayang teringat majlis kahwin kita dulu. Meriahkan?"
Aku menutup album perkahwinan kami. Memang benar perempuan yang berada dalam gambar perkahwinan aku adalah perempuan yang sama. Berbaju kebaya kuning serta bersanggul. Hampir tiga tahun perkahwinan aku.. selama itulah kami diganggu. Beberapa hari kebelakangan ni kami tidak diganggu. Tapi abang seperti kehilangan sesuatu. Dia diberikan cuti oleh majikan kerana tidak dapat menumpukan perhatikan terhadap kerjanya. Aku sentiasa melayan kerenah abang dengan sabar.
"Sayang sayangggg abang tau. Abang jangan pergi mana-mana lagi ye."
"Sayang, abang laparlah. "
"Okay abang, sayang masak ye. Abang tak makan apa?"
"Sayang tutup mata, abang hulurkan."
Aku menutup mata dan menadah tangan. Aku rasakan lembut ditangan,apa yang abang bagi?
"Okay Sayang dah boleh buka mata."
Aku terkejut bukan kepalang, abang berikan aku sepotong kain kapan yang lusuh dan berlumpur.
"Hahahahahaha!!!!"
Ketawa garau abang menyeramkan aku.
      Aku lihat kaki abang diikat dengan cebisan kain putih. Abang pandang aku tepat pada mata.
"Ni kain Fatimah..cantik kan sayang?"
Abang letakkan kain tersebut di bahu aku. Bau busuk meloyakan aku.
"Fatimah kata sayang cantik pakai kain ni. Abang pakaikan ye."
Aku menepis tangan abang dengan kasar dan terus berlari masuk ke bilik bacaan serta menguncinya dari dalam. Aku bersembunyi dibawah timbunan kotak buku. Aku mengeluarkan handphone untuk menelefon Kak Zainon. "Hello, Kak Zainon. Sara ni. Akak tolong saya, abang nak bungkus saya dengan kain kapan. " aku berbisik. Selang beberapa minit, "Assalamualaikum!Muiz!" suara garau seorang lelaki.Apa yang kau pegang tu? Kau dah gila ke? "
"Memang aku gila!!! Aku gilakan Fatimah! Kau semua jangan ganggu aku! "
Paanngggg!! Bunyi sesuatu jatuh ke lantai. Aku keluar dari persembunyian. Abang terjatuh bersama-sama gambar puaka tersebut. Aku cuba merampas gambar dari abang tetapi ia membuatkan genggamannya semakin kuat. Suami Kak Zainon juga turut sama menarik gambar dan akhirnya kami berjaya merampas. Kami terpaksa mengikat abang kerana abang mengganas dan kelihatan hilang akal.
Ramai jiran tetangga yang datang menonton sinetron pada petang itu.
"Fatimah!! Fatimah!! "
Pangg!! Satu tamparan padu hinggap dipipi abang yang sudah mula ditumbuhi jambang.
"Siapa Fatimah?!!! Apa yang abang dah buat?!! " aku menggongcang badan abang. Abang hanya tersenyum kambing bagai orang gila.
      Aku sudah tidak sanggup melihat abang begitu. Gambar yang berada ditangan aku benar-benar hidup. Pergerakannya berubah serta terdapat orang lain di dalam gambar tersebut. Aku amati dengan teliti. Allahuakhbar! Gambar kekasih hatiku dunia dan akhirat. Jelas gambar abang!! Aku memeluk abang yang telah diikat. Kak Zainon dan suaminya melihat gambar itu serta berkata, "Tiada apa yang berkuasa dimuka bumi dan alam semesta melainkan Allah SWT. Jangan mudah percayakan pada makhluk ciptaanNya.Jangan putus asa. Pandang akak ni Sara! Jangan putus asa! "  Aku bingkas bangun dan menelefon Ustaz. Mujur ustaz Bakhtiar dapat datang pada petang itu juga. Rumah aku di ruqyah.. abang seperti cacing kepanasan. "Keluar!!! keluar!!! "
"Biarkan dia. Sebenarnya itu bukan Muiz. Benda tu menumpang di badannya. Kita kena halau benda tu keluar."
"Buatlah apa saja ustaz, saya dah tak mampu." aku serahkan semuanya pada ustaz.
Ikatan dibadan abang masih belum dibuka. Ustaz Bakhtiar sedaya upaya membantu abang. Abang yang kesakitan meraung dan merayu. "Kematian ditangan Allah, bukan milik iblis laknatullah!" ayat yang bermain difikiran aku sepanjang proses abang dibantu.
"Hahaha!! Aku tak nak keluar!"
Abang menjerit, suaranya bukan suara abang. Suara garau dan kasar.
"Fatimahhhhhh!! "
Hanya Fatimah yang abang sebutkan.
"Aku ni isteri kau!!  Sara ni isteri abang!! "
aku sudah hilang kewarasan.
"Sara.. ni bukan Muiz. Sara tunggu diluar dulu. Bagi saya selesaikan."
Aku turut permintaan ustaz.
      Aku terdengar bisik-bisik jiran tetangga tentang malapetaka yang melanda kami. Ada yang tak enak didengar. Aku mendekati mereka untuk bertanya. Mereka senyap dengan serta merta.

RUMAH UNTUK DIJUAL Where stories live. Discover now