Aku memanggil suamiku untuk melihat sendiri tanah basah tersebut. Abang cuma mengatakan mungkin tikus yang membawanya masuk. Dari awal lagi abang tak percayakan aku. Aku membersihkan kesan tanah dan menyiapkan sarapan. Aku berhenti kerja atas permintaan abang katanya dia mampu menyara keluarga. Aku terima dengan hati yang terbuka. Lagipun seronok duduk dirumah tak stress dengan masalah kerja. Selepas melambai abang pergi kerja aku pun mulakan rutin harian mengemas rumah, membasuh dan memasak. Aku buka peti sejuk hanya ada hanya ikan parang. Aku bersiap-siap untuk ke pasar.Aku menyarung T-shirt lengan panjang berwarna hitam dan seluar track. "Eh mana tudung?" aku mencari tudung bawal kekaboo kegemaranku di dalam bilik. Aku beralih ke bilik bacaan pula. "Kat sini rupanya!" aku menarik tudung dari atas kerusi malas. Tudung tersangkut di celah kerusi malas. Aku rapatkan badan ke kerusi untuk menarik tudung yang terselit. Beberapa langkah aku hendak keluar dari situ kerusi malas bergerak sendiri.Aku yang terkejut terus memakai tudung dan mencapai beg tangan di atas kabinet. Aku kunci pintu rumah dan bergegas keluar. Disaat itu aku ternampak satu lembaga ditingkap rumah memerhatikan aku. Aku menangis tak keruan di dalam kereta. Aku menelefon Ika "Hehello Ika, kau kat mana? Tolong aku!Tunggu aku." Aku memandu laju ke restoran yang dikatakan Ika. Hanya dia saja yang percayakan aku. Sampai saja di destinasi aku terus memeluk Ika serta menangis dibahunya. "Kenapa ni Sara?"
YOU ARE READING
RUMAH UNTUK DIJUAL
HorrorKisah rumah lama milik penunggu berkebaya. Apabila nafsu dan amarah menguasai.