Bab 6

4.4K 160 5
                                    

      "Rumah aku.. ada sesuatu kat rumah aku. Aku dapat rasa benda tu. Aku takut Ika.. dia selalu tengok aku." aku menjelaskan dengan juraian air mata. "Relaks Sara..ceritakan perlahan-lahan." Ika cuba menenangkan aku.
"Kau tak bagitahu Muiz ke? "
"Aku dah bagitahu tapi dia tak percaya. Dia kata itu semua mainan perasaan sebab aku terlalu penat. Aku ni dah macam orang gila."
"Macam ni lah Sara, apa kata kau ikut aku balik rumah, nanti aku call Muiz bagitahu kau dengan aku."
Aku menganggukkan lesu. Setibanya dirumah Ika aku tidur sepuas-puasnya tanpa sebarang gangguan. "Sayang... sayang.. Jom kita balik." aku terjaga apabila terdengar suara abang memanggil.
"Abang? Bila abang sampai? Sayang takut nak balik. Sayang tak masak lagi."
"Baru je sayang, tak apa sayang,malam ni kita makan luar." abang cuba memujukku. 
Selepas makan malam di restoran kesukaan aku, kami terus pulang ke rumah. Gelap gelita dan menyeramkan. Aku biarkan abang untuk masuk dahulu dan membuka suis lampu. "Jom sayang, semua okay." Pintu kereta aku dibuka. Aku melangkah masuk dengan perasaan gementar.Aku perhatikan tingkap dan terbayang kelibat lembaga yang aku nampak siang tadi. Aku menekup mukaku ke dinding. "Sayang, jangan macam ni, tak ada apa-apa kat situ. Jangan takutkan abang." abang menarik aku kedakapannya. Aku dibawa masuk ke bilik, mandi, ambil wuduk serta solat isyak. Malam yang sunyi sepi.Sreettttt!! bunyi kerusi dapur ditarik sekali lagi. Pangg!!!! pinggan terhempas.  Malapetaka apakah ini?!
"Abang bangun,dengar tak tu? Macam ada orang kat dapur. Bangunlah." Abang membatukan diri. Pangg!!!Dummmmmmm!!  aku tersentak mendengar bunyi bising dari dapur. Pintu dapur dihempas,pinggan dicampakkan ke lantai, bunyi kerusi diseret dan bunyi orang sedang bertengkar. Aku yang ketakutan bersembunyi dibawah comforter, aircond yang terpasang terasa hangat. Bau hanyir dan busuk terasa dekat didepan aku. Bunyi orang jalan melekit dilantai bilik.. Aku pejam kuat mata. Tiba-tiba.. "Saraaaaa..... Saraaaaa."sesuatu berbisik ditelinga aku. Allahuakhbar.. tiada apa yang dapat aku lakukan.Bau hanyir menusuk ke lubang hidungku. Abang terus lena dibuai mimpi. Peluh mencurah-curah, aku makin gelisah di balik comforter.Aku sendiri tak tahu berapa lama aku berkeadaan begitu. Badan aku terasa lebih hangat apabila 'dia' menghimpit.Allah..Allah keluhku dalam hati. Semua anggota tubuh aku seakan tidak berfungsi. Kenapa aku? Apa salah aku? Nafasnya berbunyi rakus dan kasar. Lama kelamaan bunyinya semakin menjauh.. dummmmmmm!!  Pintu dapur dihempas dengan kuat. Aku tidak pasti samada mimpi atau kenyataan. Aku masih berada dibawah persembunyian..beberapa saat kemudian barulah aku mendengar dengkuran suamiku. Aku tidak dapat melelapkan mata ekoran gangguan dari makhluk tak diundang. Keesokan pagi suamiku terkejut melihat keadaanku yang lesu dan pucat.Bawah mataku kehitaman dan mataku berkaca.  "Sayang tak sihat ke?Sayang tak tidur ke malam tadi? " aku tidak menjawab malah merenung tepat kewajahnya.
      "Malam tadi sayang kejut abang macam orang gila. Abang tak dengar ke!?" aku betul-betul jadi gila dengan menempik suamiku. Abang terkedu mendengar jeritan aku. "Apa yang dah jadi? Ceritakan pada abang."Abang menggongcang bahuku. "Ada benda dalam rumah kita.. sayang dapat rasa benda tu selalu perhatikan sayang. Bau busuk, hanyir, rupa menakutkan. Tolonglah abang! Kita keluar dari rumah ni." aku merayu dan menangis. "Kita takkan keluar dari sini, abang belikan rumah ni untuk sayang. Sayang suka kan? Rumah ni atas nama sayang." abang memujukku. Aku minta abang menemani aku ke dapur. Tanah basah di tempat yang sama! Aku membersihkan tanah dan membuka pintu dapur. Yang ada hanya tembok tinggi yang menghalang pandangan luar. Tiada sekangkang kera tanah pun diluar. Aku menutup pintu dan ke sinki. "Allah!!!" terdapat lendir kekuningan di dalam sinki. Bau yang kurang enak membuatkan aku menjadi mual dan loya. Abang datang dari bilik stor apabila mendengar aku seakan-akan mahu muntah."Kenapa ni sayang?" abang menggosok belakang badanku. Ada sekeping gambar ditangannya. "Gambar siapa ni abang?"
"Abang baru nak tanya sayang.. sayang dapat kat mana gambar ni? Cantiklah."
"Sayang tak pernah tengok pun, bukan sayang punya."
"Mungkin hadiah masa perkahwinan kita. Tak apalah nanti abang framekan."
"Abang tak bau busuk ke? Sinki kita berbau."aku menunjukkan lendir di sinki. "Abang bau juga, mungkin dari paip yang tersumbat. Nanti abang tengokkan." abang selalu berfikiran positif.

RUMAH UNTUK DIJUAL Where stories live. Discover now