"Keluar dari rumah aku!! Jangan ganggu keluarga aku! Iblis!" aku pula bagai dirasuk dengan jeritan mengalahkan warden asrama. Perempuan Iblis itu terus tertawa mengilai-ngilai. Aku terus berlari untuk membakar gambar puaka tersebut. "Hahh?!! Mana perginya perempuan dalam gambar ni?Heyyy perempuan keluar kau!" aku jadi keliru dan seakan-akan meroyan. Tiba-tiba semua pintu dirumah aku berbunyi ketukan. Tok! Tok! Tok! Aku terduduk menekup telinga. Keadaan dirumah hingar bingar. Semakin kuat ketukan diselangi dengan hilaian perempuan puaka. Allah!! Aku tak berdaya untuk bangun dan larikan diri. Allahuakhbar! Allahuakhbar! kedengaran seseorang melaungkan azan. Suara ustaz Bakhtiar! "Sara!! Lawan Sara.. Jangan mengalah!"
Ustaz Bakhtiar? Macamana dia tahu aku dalam kesusahan? "Tolong saya ustaz!" aku merayu. Ustaz Bakhtiar dan rakan-rakannya menjalankan aktiviti menghalau makhluk halus. Setelah beberapa ketika rumah aku kembali tenang. "Macamana ustaz tahu?"
"Sebenarnya saya minta jiran depan ni Kak Zainon untuk telefon saya jika Sara dan Muiz diganggu." Aku lihat Kak Zainon melambai dari jauh. Aku sering mengatakan jiran disini sombong-sombong. "Mana Muiz?" ustaz Bakhtiar mencari abang. "Abang keluar tak tahu kemana. Ustaz saya nak bakar gambar tu,semua berpunca dari dia! " aku meraung."Sabar Sara, jangan bertindak melulu. Kita cari Muiz dulu."Aku mencari abang dengan menggunakan GPS yang ada pada kereta abang. Abang tak jauh dari rumah. Kami mencari abang beramai-ramai.
Kami menjumpai kereta abang tak jauh dari lombong terbiar. Tak ada jalan masuk pun untuk kesana. Berbekalkan lampu handphone dan lampu suluh kami menyusuri semak samun yang bakal menjadi belukar. "Muiz! Muiz! " "Abang! abang! abang kat mana!?!!"
Jeritan kami tidak berjawab. Puas kami berpusing-pusing di tempat yang sama. Kami pula yang tidak menjumpai jalan keluar. Abang masih belum kami temui walaupun jam menunjukkan pukul 4 pagi. Ustaz Bakhtiar melaungkan azan meminta pertolongan dari yang Esa. Kami masih terus mencari dengan diiringi doa-doa. Kami temui jalan buntu apabila kesan-kesan jejak abang tidak dijumpai. Aku pulang dengan hampa tanpa abang disisi. Setibanya dirumah aku menangis meraung-raung. Aku cuba untuk menelefon ayah. "Hello! Ayah! "
Tangisanku menjadi-jadi bila ayah menjawab panggilan.
"Kenapa Sara? Jangan nangis, ceritakan pada ayah. "
"Abang hilang,Kami tak jumpa abang"
"Tunggu Sana, ayah datang sekarang."
Rumah ayah cuma 4 km dari rumah aku.
10 minit kemudian ayah sampai bersama ummi. Ummi berlari menerpa aku yang kesedihan.
"Sabar sayang, ummi dan ayah ada.Kita sama-sama berdoa agar Muiz selamat dan dilindungi Allah."
"Sara tak jumpa abang.Sara cari tapi tak jumpa."
Ummi memeluk erat tubuhku, tudung ummi basah dibanjiri air mataku.
Waktu Subuh menjadi saksi kami bersolat subuh dan hajat mohon agar abang dijumpai dengan selamat. Usai solat kami teruskan lagi usaha untuk mencari abang sama ada hidup ataupun mati.. sempurna atau sebaliknya.Allah!
"Abanggggg!!! Abang keluarlah!"
"Muizzz! Muizzz!! " masih tiada jawapan. Agak lama kami mencari akhirnya kami temui petunjuk.
"Selipar abang!!!"
Semua orang bergegas ke arah aku.. aku memeluk selipar biru abang. Berlari kehulu kehilir bagai orang kurang waras. Kemudian petunjuk yang lain menyusu, dompet abang. Jelas dalam Kad pengenalan 'Muhammad Muiz Mukhlis bin Muzaffar.' Abang dimanakah abang.. "Kami Jumpa! kami dah Jumpa! "
Abang berada dibawah rimbunan pokok buluh. Masih lengkap berpakaian dan bernyawa. Abang dikejarkan ke hospital kerana pengsan. Kaki abang berlumpur dan diikat kain. Cebisan kain putih yang sama dengan yang aku jumpa sebelum ni. Siapa punya angkara sanggup buat abang begini? Hati aku terluka melihat keadaan suami yang aku cintai setengah mati. Abang diletakkan dibawah pengawasan doktor. Keadaan abang lemah dan membimbangkan aku. Abang mula sedarkan diri setelah 2 hari dihospital. Sedar sahaja abang meracau memanggil nama Fatimah. Adakah perempuan misteri bernama Fatimah? Abang diberikan suntikan penenang kerana abang semakin mengganas untuk mencari Fatimah. Aku yang kesedihan pulang ke rumah dengan Ummi dan ayah. "Semua sebab perempuan dalam gambar ni! Ayah tolong Sara bakar gambar ni. "
Ayah menurut permintaan aku dengan membakarnya diluar rumah. Baru puas hati aku! Aku mengambil rakaman ketika api mula menjilat gambar berpuaka dengan tersenyum puas.Aku benar-benar mengharap agar ingatan abang pada Fatimah atau perempuan puaka tu terpadam.
Ummi dan ayah menemani aku pada malam tu. Klik!Klik!Klik! telinga aku menangkap bunyi tombol pintu dipulas. Aku bangun dari katil untuk mengintai. Alangkah terkejutnya aku apabila pintu bilik puaka itu terbuka dan gambar masih berada didinding. Aku masuk kedalam bilik untuk melihat semula rakaman yang aku buat petang tadi. Aku tersandar dikepala katil..kelihatan kelibat perempuan berbaju kebaya nyonya kuning dibelakang api yang membakar gambar puaka itu. Aku menutup telefon dan berbaring semula. Aku biarkan saja semua bunyi-bunyi yang mengganggu pada malam itu. Keesokan harinya ayah terperanjat apabila gambar yang dibakarnya masih utuh ditempat asal.
"Sara kena usir benda yang ada dalam rumah ni. Jangan dibiarkan lagi. Suami kamu pun sudah diganggu.Kamu kenal ke siapa Fatimah tu?"
Aku menggelengkan kepala sambil mengemas baju-baju abang. Kami mahu melawat abang pagi itu. Aku biarkan gambar puaka disitu dan memandangnya dengan rasa benci. Aku, ummi dan ayah tiba dihospital dengan membawa bekal ayam masak merah kesukaan abang. Aku lihat abang duduk termenung ditingkap hospital. "Abang,Sara datang ni. Sara bawa lauk kegemaran abang.. ayam masak merah. Jom abang Sara suapkan." Abang menoleh ke arah aku dan berkata "Fatimah, sudah lama abang menunggumu." kami berpandangan. Siapa Fatimah yang dimaksudkan abang. Abang ada scandal ditempat kerja ke? Abang seorang yang segak dan tampan. Tak mustahil abang digilai ramai. "Abang, bawa mengucap.Ni Sara.. sayang isteri abang!"
"Isteri aku Fatimah!"
"Ya Allah! Muiz kau dah kawin dengan anak aku Sara. Sara yang kau tergila-gilakan dulu." Ummi bersuara lantang. Abang terpinga-pinga macam orang bodoh. Aku dekatkan diri pada abang Dan tunjukkan gambar perkahwinan kami di wallpaper handphone. Abang amati gambar kami.
"Kalau kau isteri aku siapa Fatimah? "
"Abang, Fatimah tak wujud.Semua Tu mainan perasaan abang.Mari kita makan, abang laparkan? "
Abang menganga mulut minta disuapkan. Aku rindu abang yang manja, tanpa kusedar air mataku menitis di pipi. Ayah dan ummi pulang kerumah kerana ada urusan penting. Aku menemani abang di hospital. Aku menyewa kerusi malas dan aku letakkan disebelah katil abang. Pada malam itu abang tidur lena cuma aku saja yang asyik terjaga mungkin kerana tidak selesa tidur di atas kerusi malas. "Sara.. Sara.." suara diluar tingkap wad.Aku pejamkan mata rapat-rapat. Aku dapat rasa kehadiran angin disebelahku. Bau busuk hanyir menerpa ke lubang hidung. "Aku datang Sara.Aku datang"
Suara itu semakin hampir denganku. Dia mengekori aku sampai di hospital. "Diammm!!!! Jangan ganggu aku! Jangan ganggu Muiz!! Dia suami aku!!"
Aku menjerit ketakutan.
"Dia milik aku!! "Suara garau menerjah ke telingaku. "Allahuakhbar!! "Seorang jururawat bertugas menjerit kalimah Allah apabila dia sendiri melihat kehadiran perempuan Iblis di dalam bilik. Lebih ramai petugas hospital yang datang selepas itu. Pada malam itu juga aku menelefon Ustaz Bakhtiar. Aku memeluk abang dengan hiba.
YOU ARE READING
RUMAH UNTUK DIJUAL
HorrorKisah rumah lama milik penunggu berkebaya. Apabila nafsu dan amarah menguasai.