Bab 4

4.7K 180 6
                                    

      Akhirnya aku tertidur dengan lenanya. "Flushhhhhhhh! " bunyi pam tandas mengejutkan aku. "Abang.. abang." Terbeliak biji mata aku apabila abang menjengah dari pintu bilik. "Ya sayang. Kenapa ni?Abang tengok TV kejap." Siapa dalam tandas? Aku memang dengar bunyi tandas dipam. "Abang, tunggu kejap sayang nak ikut abang."aku bingkas bangun keluar dari bilik. Aku baring diatas sofa berbantalkan peha suamiku. Kaki ku berjuntai ke bawah. Sebenarnya aku cuma mahu bersama dengan abang. Ketika aku baru nak terlelap terasa sesuatu menyentuh kaki aku dengan kasar. Aku tersentak dan menjerit. "Arghhhhhhhhh!" Abang terkejut lalu merangkul aku. Aku menangis ketakutan, terdapat kesan calar dikaki. "Kenapa ni sayang?" abang bertanya kehairanan. Aku menceritakan satu persatu. Abang cuma diam dan memegang erat tanganku. "Semua ni cuma perasaan sayang je.Abang tak nampak dan tak dengar apa-apa pun. Dah, jom kita tidur." abang memimpin aku masuk bilik semula. Malam tu aku tidur dalam pelukan abang namun fikiran ku merewang entah kemana. "Sayang bangun,jom solat subuh sama." lembut suara abang memanggil aku. Pedih kaki aku apabila terkena air sewaktu mengambil wuduk. Aku tunjukkan calar dikaki pada abang tapi dia cuma kata mungkin aku garu masa tidur. Usai solat subuh aku ke dapur untuk membuat sarapan. Aku terpandang kesan tanah di pintu dapur. Aku ambil penyapu tapi tanah itu basah.  Dari mana datangnya?

RUMAH UNTUK DIJUAL Where stories live. Discover now