Abang bawa gambar yang dijumpainya ke kedai gambar untuk membeli frame. Aku duduk menunggu di dalam kereta sambil makan kerepek ubi pedas. Tangan aku meraba-raba tempat duduk belakang untuk mengambil botol air mineral. Tabb!! bunyi botol air terjatuh.Aku merangkak ke belakang.. ada secebis kain putih yang sudah agak lama.Tok! Tok! Tok! Cermin tingkap diketuk. Abang menunjukkan gambar yang telah dibingkaikan. Aku akui ia sangat cantik bersama frame warna keemasan. Gambar lama seorang wanita dihadapan rumah usang.. ia kelihatan klasik. Abang memang suka benda-benda yang nampak vintage. Abang masuk ke dalam kereta dengan senyuman bangga. Aku masih menggenggam cebisan kain tadi.. entah kenapa aku tak dapat bagitahu abang. "Alah kalau aku bagitahu pun abang takkan percaya." kata hati aku. Kami singgah kedai hardware untuk membeli peralatan paip.
"Pandai ke abang repair paip dan sinki ni? "
"Sayang jangan pandang abang sebelah mata tau." abang mengenyit mata dan meneruskan perjalanan pulang. Setibanya dirumah abang mengetuk paku didinding ruang tamu untuk menggantung gambar tadi. "Sayang kain apa ni?" abang menunjukkan cebisan kain putih dalam salur paip.
Aku mengeluarkan cebisan kain yang aku jumpa dari poket seluar. Abang meletakkan cebisan kain di atas meja. "Sama!" kami menjerit serentak.
"Sayang jumpa Kat mana? "
"Dalam kereta abang kat bawah kerusi. "
Kami terduduk memikirkannya.. Siapa yang letak?
"Abang, sayang tak sedap hati. Kain apa yang ada pada kita ni? Abang Ada bau hanyir tak?" Abang cuma menganggukkan kepala. "Mungkin semua ni kebetulan.Sayang jangan bimbang tak ada apa-apa akan berlaku."
"Abang, dah jelas kain yang kita Jumpa ni cebisan kain kapan.Kelibat yang sayang nampak Kat tingkap depan tu pocong!Yang datang ganggu sayang setiap malam tu benda yang sama! Abang tak nampak ke semua tu? Jomlah kita pindah.. sayang tak tahan lagi." aku teruskan merayu. Abang bangun dan berlalu pergi. Keras betul hati abang. Abang duduk diruang tamu dan merenung gambar misteri yang baru dibingkaikan.Abang tersenyum ke arah gambar.
"Abang.. sayang minta maaf.Kita pergi berubat nak? "
"Tak perlu sayang. Kita buat sendiri kat rumah ni."
Aku hanya dapat mengiakan tanpa sebarang bantahan kerana bimbang akan bertengkar dengan abang.
Angin agak kuat di luar rumah. Aku keluar untuk mengangkat baju diampaian. Kelihatan beberapa orang jiran seperti mengintai aku. Sudah setahun aku menetap disini dan aku akui hanya auntie Kim saja yang menegur kami.. jiran yang lain cuma mengangkat tangan saja.
Dari ekor mata aku ternampak lembaga berdiri ditepi tingkap rumah. Aku teruskan juga mengangkat baju dan meletakkan ke dalam bakul. Abang diruang tamu menonton tv dengan khusyuk. Angin bertiup kencang sehinggakan ampaian baju berganjak dari kedudukan asal. Dong!Dong!Dong!Dong!Dong!Dong!Dong! Jam antik menunjukkan pukul 7 malam. "Sayanggggggg.. sayang kat sini." suara abang berbisik.
"Kejap abang..sayang datang." aku meluru ke bilik stor. Setelah aku menolak pintu bau busuk dan hanyir berlumba-lumba masuk ke lubang hidungku. "Abang Kat mana? Janganlah main-main dalam gelap." Klik!! lampu bilik bernyala."Sayang cakap dengan siapa? Abang kat dapur tadi nampak sayang meluru je masuk bilik ni. "Abang berdiri di muka pintu. Aku melangkah keluar bilik dengan keliru. Aku memang dengar suara abang yang memanggil tadi. Jelas! Aku tak pekak, aku masih waras.
"Sayang dengar abang panggil sayang tadi.Tu yang sayang terus masuk bilik ni. "
"Abang tak panggil pun. Sayang ni merepek jelah. Dah jom ikut abang pergi rumah mak."
Aku akur dengan arahan suamiku. Sewaktu aku hendak menutup pintu bilik aku dengar ketawa kecil seseorang. Ketawanya benar-benar membuatkan bulu romaku meremang. "Celaka!" bentak hatiku. Klikkk! Pintu bilik yang baru ditutup terbuka. "Saraaaaa.. Sara." Jelas suaranya dari situ... aku tidak berpaling dan terus ke bilik untuk bersiap-siap. Perjalanan ke rumah mertua lebih kurang 30 minit. Sepanjang masa itu kami hanya berdiam sahaja. Aku mengambil handphone di dalam handbag. Terselit cebisan kain putih didalamnya. Aku tunjukkan pada abang. "Kenapa sayang bawa?"
"Demi Allah sayang tak bawa..ada dalam ni."
"Sayang simpan.. jangan cerita dengan sesiapapun kat rumah mak nanti."
"Baik abang."
Aku bagai lembu dicucuk hidung cuma ikut saja kata-kata abang. Sampai dirumah mertua kami disambut riang.
"Sara, kamu bawa kawan sekali ye. Ajak masuk."
Aku paling ke belakang. "Tak mak, kami berdua je." aku merangkul lengan abang. "Tu siapa, pakai baju kuning."
"Mak,dah Maghrib ni mungkin makhluk halus melintas.Jom masuk mak." Abang menarik tangan mak. Bapa mertua aku sudah pun ke surau. Kami tak lama disana kerana abang kerja pagi esok. Selepas makan malam kami pulang ke rumah. 30 minit perjalanan ku rasakan seperti amat jauh. Hati aku tak keruan, macam-macam bermain dikotak fikiranku. Siapa pulak perempuan berbaju kuning yang mak katakan tadi? Abang pula lebih banyak mendiamkan diri. Setibanya diselekoh jalan masuk kerumah aku perhatikan lampu rumah aku menyala sedangkan aku tidak membuka mana-mana lampu pun. "Abang, ada orang ke kat dalam rumah kita? Lampu terbuka tu."
Setelah abang pakir kereta diluar rumah, "Sayang tunggu, abang pergi tengok. "
"Hati-hati abang. "
Beberapa minit kemudian abang keluar dengan cebisan kain putih yang lain. Semuanya membuatkan aku jadi gila.
"Abang jumpa kat kabinet kunci." abang menghulurkan kain tersebut. Aku keluar dari kereta dan terus masuk ke dalam rumah. "Kau nak apa ha?!! Kenapa ganggu kami? Cakaplah! " aku menjerit-jerit seperti dirasuk. Abang menenangkan aku dengan memelukku.
Tiada apa-apa bunyi atau gangguan. Aku berjalan melintasi gambar yang abang gantung dan kulihat perempuan dalam gambar berbaju kuning. Adakah dia yang mak maksudkan? Senyuman sinisnya membuatkan aku marah dan rasa ingin tahu aku memuncak.Abang meletakkan cebisan kain-kain tadi ke dalam tin kecil.
Tin bercorak bunga ros merah itu abang letakkan di dalam laci kabinet kayu diluar bilik aku. Letih melayan semua kejadian menyebabkan aku mengambil pil tidur tanpa pengetahuan abang. Aku kirakan dapat tidur lena malam tu. Krukkkkkk...bunyi tin dibuka.
"Sayang, jangan bangun. Diam je."
"Abang dengar tak? "
kami berbisik. "Abang dengar, sayang baring je. "
Krukkkkkk.. sreettttt... bunyi tin diseret di atas kabinet. Bau hanyir menerpa masuk ke bilik. Aku menutup hidungku dengan tangan. Klikklikkklik.. Pintu bilik kami cuba dibuka. Mujur sebelum tidur aku sempat kunci. Dumdummm.. bunyi hantukan didinding. Abang membacakan ayat-ayat suci Al-Quran.Namun benda itu tetap mengganggu. "Pergi!!" abang menjerit. Dummmmmmm!! Pintu dapur dihempas kuat diikuti dengan suara perempuan menangis. "Abang.. sayang takut. Apa yang berlaku Kat rumah ni? "
"Entahlah sayang.Abang dah check rumah ni, semua okay. "
"Kita berubat ye.. sampai bila nak macam ni. Sayang minta ustaz datang ye." aku memujuk abang. "Okay sayang."
Selepas abang pergi kerja aku memeberanikan diri dengan membuka laci untuk memeriksa cebisan kain putih didalam tin. Tin masih ada namun kesan calar diatas kabinet dapat aku rasa dengan jari.Kesannya dalam seperti ditekan. Aku masuk ke bilik belakang , aku tak hiraukan bau busuk dari dalam bilik. Aku buka tingkap bilik dan mula mengemas. Aku keluarkan barang -barang yang tidak digunakan. Aku terpijak sesuatu yang melekit dan berlendir...warna kekuningan dan busuk.
Yewww!! Menjijikkan.. "Sara! " seseorang menempik aku dari belakang langsir bilik. Aku tergelicik jatuh apabila mahu berlari keluar.. ketika itulah aku ternampak sehelai lagi cebisan kain putih terselit dicelah almari lama. Almari milik tuan rumah yang asal. Almari yang nampak uzur itu membuatkan aku rasa seram kerana ada cecair menitik dari dalamnya. Aku bergegas keluar dan terus mengunci bilik dari luar. Aku basuh kaki yang terkena lendir tadi di bilik air berhampiran dapur. Baunya busuk seperti bangkai. Air yang berwarna kuning tadi mengalir kedalam lubang air dilantai bersama dengan helaian rambut yang panjang. Rambut!? rambut aku pendek! Aku tergesa-gesa membasuh kaki untuk menelefon suamiku. Tanpa aku sedari terdapat sesuatu yang melintang diluar tandas dan aku tersadung lalu terhantuk ke dinding. Perkara terakhir yang aku ingat adalah darah yang mengalir didahi serta hilai tawa seorang perempuan. "Sara! Sara! bangun.. bangun Sara!" Suara Mama mengejutkan aku.
"Mama?Sara kat mana ni?"
"Sabar sayang, Sara Kat hospital.Muiz jumpa Sara Pengsan."
"Mana abang?"
"Muiz ada jumpa doktor.Tenang Sara"
Mama cuba menenangkan aku yang tak keruan.
"Sara nampak mama. Dia selalu ikut Sara. Busuk mama."
"Sabar Sara. Jangan macam ni."
"Sara nak abang.. Abanggggg!!! "
"Abang ada ni.Sara rehat ye. Bertenang. Abang teman Sara."
"Sara tak gila. Sara nampak dia, ada Kat rumah kita. Halau dia abang."
Aku meracau-racau memaksa doktor memberikan ubat penenang. "Tolong Sara!tolong."
YOU ARE READING
RUMAH UNTUK DIJUAL
HorrorKisah rumah lama milik penunggu berkebaya. Apabila nafsu dan amarah menguasai.