Sudah seminggu sejak kejadian itu berlaku.. Mira pulak bulan depan baru pulang ke Madrid.. Nampak gayanya.. Sebulan lagi la aku tinggal kat bilik ne. 😪
"Jom keluar jalan².. " ajak Adam.. Dia ajak aku keluar..
"Err.. Berdua je ke? Kalau berdua je tak nak la. Nanti apa pulak kata orang.." Ajakannya ku tolak lembut.. Biar pun aku ne sedikit kasar dan tak lemah lembut.. Tapi aku masih tau menjaga maruah n nama baik suami aku yang tersayang tu..
"Eh! Tak la.. Saya ajak Mira sekali.. Kita pegi tasik nak? Tasik permaisuri ada.. Tasik titiwangsa pun ada.. Kalau nak kita pegi putrajaya sekali.. Sana pun best juga.." Terangnya penuh ceria dan gembira.
"Oo.. Ok. Saya ikut je.." Aku akhirnya membuat keputusan untuk mengikuti Adam dan Mira. Arahan Encik Suami tak ku hiraukan.. Lantak la. Aku bukanya buat apa² yang salah pun kan? Betul tak? 😁
Kami akhirnya memutuskan untuk ke putrajaya.. Adam kata banyak aktiviti yang boleh di lakukan di sana nanti.. Wah.. Tak sabarnya..
~~
Setiba di putrajaya.."Kak kita naik tu.." Jari telunjuk Mira terarah kepada belon udara panas yang besar itu . Macam² bentuk ada. Cantik semuanya.. Wah... Kalau naik benda tu best juga kan.. Bila lagi nak rasa.
"Akak ok je.. Mira tak takut ke" tanyaku ingin kepastian..
"Mira pun ok je. Tak tau la kalau abang Adam takut.." Kata Mira sambil tersenggeh. Aku dan Adam saling berpandangan..
"Awak takut ke Adam?" Tanya ku pula. Tak kn la badan sado penakut? 😂
"Eh tak ada la.. Pandai je Mira ne. Abang tak takut la Mira.. Ok je kalau nak naik jom la.. Kejap abang booking dulu ea.. " pinta Adam terus berlalu.
Beberapa minit kemudian..
"Dah.. Saya dah booking.. Jom la.. Tak sabar ne.." Kata Adam teruja.
Aku pun turut sama teruja.. Al maklum la pertama kali.. Dug dag dug dag my heart u know.😅
~~~
"Wah.. Best nya.. Cantik je pemandangan dari atas ne..
Sempat lagi aku amik gambar buat kenangan.. Cantik sangat. Rasa tenang je. Banyak tempat yang boleh di lihat dari atas ne tau..
~~~
Selepas menaiki belon udara panas tu kami naik bot pulak.. Round² air masin tu. 😅 lepas tu main bola besar.. Tak padan dengan tua.. Semuanya dah macam budak².. Happy sangat.
Lepas penat beriadah.. Kami pun duduk di pondok rehat. Setelah Penat bermain dn berseronok..
"Abang, akak.. Mira nak pegi beli air dan makanan jap.. Nak apa² tak.." Tanya Mira.
"Mira beli je la apa².. Akak tak kesah.." Kataku.. Adam pulak.
"Abang nak coke je.. Haus.." Kata Adam sambil memegang tekaknya.
Lepas tu Mira pun berlalu pergi meninggalkan aku dan Adam. Tapi bukan berdua je tau. Banyak lagi manusia kat situ.
Setelah lama berdiam.. Adam memecah kesunyian.
"Awak.. Nak tanya sikit boleh?"
Dia yang tadinya memandang orang lalu lalang kini memandangku. Serius.."Ye.. Tanyala.. Kalau saya boleh jawap saya jawap.." Senyumanku kelat ketika itu.
"Apa sebenarnya yang berlaku dengan hubungan awak dan Mizan? Perempuan hari tu siapa? Kenapa dia pangil awak orang gaji? Apa sebenarnya yang telah berlaku??" Tanya Adam berbakul bakul..
Zziiippp!! Seakan ada kilat menyambarku kala ini.. Mak.. Tolong Dy. Nak jawap apa ne. Banyak nau soalan nya. Ingat ne peperiksaan akhir tahun ke apa.
😱😱😱😱😱😱😱😱😱😱😱😱
So,, macam mana nak jawap ne.. 😂😂 Dy... Lu pikiq la sndri .. Haha..
Oke! Part15 ..
Enjoy reading..😉
Tq. 😘