Bab 22

13 1 0
                                    

"Sayang."

"Ya?" jawabku pendek. Menikmati haba panas yang terhasil dari tubuh badan Amzar.

"Sayang ingat tak apa yang buat kita berdua jadi rapat?"

"Maksud abang, kejadian yang mula-mula buat kita dua rapat?" Mata yang terpejam rapat tadi ku buka. Wajah Amzar ku tatap.

Amzar angguk.

"Tak ingat pun. Kenapa?" Perlahan saja aku bertutur. Baju yang membaluti tubuh Amzar ku pintal-pintal. Sebenarnya aku ingat, cuma aku malu untuk membicarakan hal itu. Membahang rasanya kulit wajahku bila mengingatkan peristiwa yang pernah berlaku dulu antara kami berdua.

"Sebab apa eh..?"

Spontan aku mencubit perut Amzar setelah aku perasan senyuman nakal terselit di sebalik riak wajah yang tenang itu. Saja je dia nak usik aku. Meletus gelak ketawanya. Memecah keheningan dalam ruang tamu kami.

"Am jangan nak mengada eh. Cubit karang."

Semakin kuat gelak Amzar bila aku mengugut untuk mencubitnya. Bertuah betul suami aku ni.

Aku ingat lagi, waktu itu Farahain dan Hisyam mengajak aku beriadah di taman. Aku ikut je memandangkan tiada ada apa pun hendak aku lakukan di rumah. Tapi tak sangka pula, Amzar turut hadir sama. Farahain buat muka tak ada perasaan bila aku menjeling tajam ke arahnya.

Tidak pula mereka memaklumkan kepadaku bahawa riadah kali ni termasuk menyertai pertandingan kecil yang memerlukan kami untuk membuat satu kumpulan.

Janggal rasanya hendak bergaul dengan lelaki. Hisyam tu tak kira lah. Bukan dia ajak aku bercerita pun. Begitu juga dengan Amzar. Aku ada juga cuba bawa dua jejaka ni berbual. Tapi bila hendak membuka mulut, semua idea yang muncul dalam fikiran, semua terbang melayang. Memang janggal sangat-sangat. Akhirnya aku lebih suka mendiamkan diri.

Bermacam aktiviti aku ikuti bersama mereka. Mendaki bukit, berlari, marathon, berbasikal, semua aku lakukan dengan perasaan terpaksa. Rasa letih menguasai seluruh tubuhku. Aku sangat tak suka bersenam apatah lagi mengikuti aktiviti yang melibatkan fizikal seperti berlari.

Cuma semua itu tak terasa, kerana dalam fikiranku hanya mahu cepat menghabiskan aktiviti berkumpulan untuk hari itu. Rasanya banyak-banyak aktiviti yang aku ikuti, hanya aktiviti berbasikal dan flying fox yang membuat aku teruja.

Bila hendak berinteraksi dengan Amzar atau Hisyam, aku biarkan saja Farahain yang bersuara.

Ketika tiba waktu rehat, rasa dahaga menguasai hingga habis satu cawan besar itu ku minum. Air ribena bercampur limau ku teguk rakus. Sedapnya!

Setelah minum, sengaja aku tinggalkan cawanku di atas meja. Dalam fikiran sudah terbayang air ribena dan limau dapat dinikmati sekali lagi. Namun bila aku datang semula bersama jug berisi air ribena, cawan tadi sudah hilang.

"Mana pula cawan ni? Tadi elok je aku letak kat sini," omelku sambil mengetuk-ngetuk meja perlahan.

Memang ada orang lain di sana tapi setiap kumpulan telah disediakan cawan mengikut warna kumpulan masing-masing. Bahkan telah ditulis nama singkatan untuk setiap pemilik cawan. Pada cawanku tertulis huruf N yang mewakili namaku. Nur Suhaila.

Farahain dan Hisyam sudah pergi ke dewan makan terlebih dahulu. Jadi tak mungkin diorang terambil cawan aku pula. Amzar pula sedang rancak berborak bersama salah seorang peserta lelaki dari kumpulan lain di sudut khemah. Kawan Amzar agaknya.. Tak kelihatan wajah lelaki itu kerana dia membelakangiku.

Malas ambil pusing tentang Amzar, aku kembali memerhatikan kawasan khemah. Melilau mataku mencari cawan yang ku gunakan tadi dan bila aku melirik kembali ke arah tempat duduk Amzar, membulat mataku saat aku perasan Amzar sedang memegang cawanku. Dan dengan selambanya, dia meneguk air yang baru di isinya dalam cawanku.

Merah padam rasanya muka bila melihat dia menggunakan cawanku. Bibir ku tekup dengan tangan kanan. Bekas bibirku sudah bertemu dengan bibirnya. Aduh..malunya!

Mulai hari itu, berbagai jenis aktiviti yang menghasilkan pelbagai memori antara aku dan Amzar. Dari sana, dia semakin mudah  berkomunikasi denganku walaupun hanya berkisarkan pertandingan kami itu saja. Dan dari sana, baru aku tahu Amzar mempunyai seorang adik kembar. Katanya adiknya turut mengikuti pertandingan yang sama.

Setelah kami berkahwin, baru dia tahu akan kejadian cawan itu.

"Patutlah rasa manis je minum guna cawan tu." Amzar mengenyitkan sebelah matanya ke arahku.

"Amzar!" Ku tepuk kuat dada bidangnya. Dia mengaduh sambil meneruskan ketawanya.

"Macam mana Am boleh salah ambil cawan Eyla?"

"Sebab ni." Amzar bangun dari kerusi dan menuju ke arah sinki dapur. Bila dia kembali semula, ada dua cawan berwarna biru di tangannya. Diletakkan kedua-duanya di hadapanku.

"What can you see there?" Ditolak salah satu cawan ke arahku.

"My initial name. The letter N. Kenapa?"

Amzar tersenyum. Di ambil semula cawan itu dari tanganku sebelum dia menyengetkan cawan tersebut dan menghulurkannya semula kepadaku. "Cuba tengok betul-betul."

"Huruf Z. So?"

Kali ini, kedua-dua cawan diberikan kepadaku. Jari dihalakan pada cawan yang bertulis huruf Z.

"That's my name."

Bingung aku dibuatnya. "Kan nama Am, Haikal Amzar. Kenapa tak guna huruf H je?"

"Ingat tak masa tu, Am ada bercerita dengan sorang lelaki?"

Aku angguk. "Yeah. Ingat tapi Eyla tak dapat tengok muka lelaki tu. I was facing his back. Tapi apa kaitan dia dengan cawan tu?"

"Ingat tak baju dia warna apa?"

Aku menggumam. "Rasanya biru muda, hampir sama dengan warna baju kita. Kenapa?"

"That's my twin brother, Haikal Amsyar."

"Amsyar?"

"Yeah. Masa tu Am ingatkan cawan ni Am yang punya. Dah nama pun haus, Am ambik je cawan yang ada. Kan N dan Z tu hampir serupa. Kalau taruh huruf H nanti, Amsyar pun Haikal jugak. Sebab tu Am pilih huruf Z. Tambah kering tekak borak dengan Amsyar, mana nak ada masa perhatikan huruf tu betul ke tak."

"Hmm.. ye lah encik suami."

Tiba-tiba..

Ting!

Bunyi pesanan mesej berbunyi dari telefon bimbitku. Amzar lebih pantas mengambilnya dari atas meja memandangkan dia lebih hampir. Aku hanya membiarkan dia membacanya.

"Sayang?"

"Yes?"

"Who is this?" Raut wajah dan suara Amzar berubah serius sambil dia melihatkan aku mesej yang terpampang di skrin telefon.

- So you've crawled back to him huh.. I guess I underestimated you, Suhaila

p/s : I'm back guys!! 🤭

Kamu telah mencapai bab terakhir yang dipublikasikan.

⏰ Terakhir diperbarui: Jul 27 ⏰

Tambahkan cerita ini ke Perpustakaan untuk mendapatkan notifikasi saat ada bab baru!

Perpisahan Ini [VERY SLOW UPDATE]Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang