Bab 4

986 36 0
                                    

p/s : Wanna say thanks to aidyatul_xxx, LindaIna5, XieBabypinkcez and Btswifue. Thanks a lot for supporting me.

"I'm her boyfriend."

Bergema suara garau Haikal di pendengaranku. Waktu itu, fikiranku kosong. Sekosong hatiku. Tidak berkedip mataku memandang ke arah jejaka yang sedang membalas renungan mataku. Betul ke dia yang ku kenali selama empat tahun ini merupakan teman lelaki Farahain?

Setelah beberapa saat bertentangan mata..

"Hahaha! Aduh.."

Terkedu aku dibuatnya bila Haikal yang tadinya berwajah serius mula ketawa terbahak-bahak. Wajahnya yang keputihan mula nampak kemerahan, terutama di bahagian telinganya.

"You should have seen your face, Su. Lawak giler tengok gadis yang selalunya tiada reaksi boleh buat muka macam tu. Pucat betul pulak tu." ujar Haikal sambil tersengih.

"That's not funny, Encik Haikal Amzar."

Aku sudah mula membuat muka. Geram bila aku tertipu. Dan penipuan itu ternyata menyentuh titik luka dalam hatiku. Walau aku tahu dia tidak sengaja, Haikal telah pun membuka sedikit sejarah silam yang hingga kini masih sukar untuk aku lupakan walau sudah empat tahun berlalu.

"What?"

"You know well enough about that, Haikal." Tegasku.

"Ya, memang saya tahu. Tapi dah empat tahun kita berkenalan. Not one, not two but four years, Su. Four freaking years! And we've been through thick and thin together. Side by side. You and me. And I know well enough, kalau awak dah mula sebut nama penuh saya, you are mad at me. But, why? Just tell me, why do you mad at me just because of that name?"

"I hate that name.. and yours"  bisikku perlahan sebelum aku mencapai beg tangan lantas bangkit dari tempat duduk dan pergi meninggalkan Haikal seorang diri. Mujur waktu itu, sudah habis waktu bekerja. Semua rakan sekerja kami pun sudah balik ke rumah masing-masing. Tak perlulah untuk mereka menyaksikan pertelingkahan pertama antara aku dan Haikal.

Aku menapak perlahan menuju ke stesen bas. Satu rutin harian yang selalu aku buat bila Kak Hayati tidak dapat menghantar aku pulang ke rumah. Selalunya kalau aku tak dapat ikut Kak Hayati, aku tumpang kereta Haikal tapi memandangkan kami baru saja bertengkar, aku ambil keputusan untuk naik bas saja walaupun kena tunggu lama sikit. Punggung ku labuhkan sebaik saja tiba di tempat menunggu bas berjauhan sedikit dari seorang gadis berpakaian sekolah.

Farahain. Haikal Amzar.

Dua nama dan dua insan yang aku sedaya upaya hapuskan dari sejarah hidupku. Bukan bererti aku benci. Tak. Tak sama sekali. Cuma keadaan yang memaksa aku untuk pergi dari hidup mereka dan berpura-pura mereka tidak pernah wujud pun dalam hidupku.

"Adik, boleh tolong abang tak?"

Kedengaran suara seorang lelaki menegur gadis yang mengenakan pakaian sekolah itu.

"Boleh. Tolong apa tu bang?" sahut gadis itu.

"Boleh tak tolong beri aiskrim ni kat kakak yang duk sebelah adik tu? Abang takutlah nak hampir dengan dia waktu kakak tu tengah marah."

'Hmm.. lama pula bas ni nak sampai,' bisik hatiku. Sebab ni lah aku tak suka tunggu bas.

"Kak."

"Ya?" Aku menoleh ke kanan.

"Ni.. ada orang bagi." Dia menghulurkan satu aiskrim yang masih lagi berbalut dengan pembalutnya kepadaku. Aku tergelak kecil sebaik saja melihat aiskrim itu.

"Mana orang yang bagi tu?" tanyaku.

"Tu." Gadis tersebut memunjungkan mulutnya ke arah tempat duduknya tadi. Seorang lelaki menapak perlahan ke arah kami berdua sambil tersenyum. Aku hanya membalas seadanya senyuman darinya.

"Tak marah dah?" ujarnya.

Aku geleng. "Tak marah dah."

Haikal menoleh ke arah gadis tersebut. "Terima kasih tau dik sebab sudi tolong abang. Kalau tak, abang tak tahu dah nak buat apa."

Gadis itu tersenyum manis. "Abang gaduh eh dengan isteri abang ni?"

Isteri?

Belum sempat aku membetulkan ayat gadis itu, Haikal terlebih dahulu menyampuk. "A'ah dik, kitaorang gaduh tadi. Tu yang isteri abang ni merajuk sampai nak naik bas."

Aku menjeling geram ke arah Haikal. Ewah, sedap je dia mengaku kami suami isteri.

"Tapi sweet jugak abang ni kan. Sanggup berlari ke sini hanya untuk pujuk isteri abang. Sampai berpeluh-peluh. Siap beli aiskrim lagi."

Setelah beberapa minit berborak, gadis itu meminta diri setelah kelibat sebuah bas mula mendekat. Sempat dia menjerit meminta kami agar tidak bergaduh lagi sebelum dia menaiki bas.

Kami berdiam diri dalam perjalanan menuju semula ke tempat kerja. Aku pula sudah mula makan aiskrim yang Haikal berikan tadi. Sayang pula kalau dah cair nanti.

"Sorry.."

Aku memandang ke arah Haikal sebelum aku kembali menumpukan perhatian kepada aiskrim di tanganku. "Su pun nak minta maaf pasal tadi."

"Boleh tak saya tahu, Farahain tu siapa?"

Aku berjeda. "Boleh.. sebelum tu, mana Haikal tahu nama tu?"

Satu senyuman kecil terukir di bibirnya. "Awak mungkin tak sedar tapi sepanjang kita kenal ni, there will be times when you doodled weird stuffs such as cartoon and ice cream. Tapi yang paling selalu awak tulis.. is that name. Farahain. Curious pula dibuatnya."

Keluhan terlepas dari bibirku. Tapi mungkin sudah masa aku luahkan pada seseorang. Tak mungkin aku mampu selesaikan masalah seorang diri. "She's a friend."

"Friend as in normal friend?"

Aku geleng. "Friend as in best friend.."

"Jadi dia kat mana sekarang ni?"

Aku geleng lagi. Tak mahu meneruskan topik perbualan kami.

"Kalau macam tu, how about Haikal Amzar? You said you hate that name too. How could you hate such a masculine name!"

Tergelak aku dibuatnya mendengar Haikal memuji namanya sendiri. "Taklah. Saya tak benci pun nama tu. In fact, I miss the owner of that name the most.."

"I miss us too.."

"Umm.. I'm sorry, what? "

"Eh, takde apa. Jom lah, lewat sangat dah ni. Marah pula mama awak nanti."

Emm.. pendengaran aku agaknya. Cepat saja aku membuntuti Haikal masuk ke dalam perut keretanya.

*Do click vote please. Thank you*

Perpisahan Ini [VERY SLOW UPDATE]Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang