Bab 7

750 33 3
                                    

Malam itu, entah kenapa semakin lama, semakin aku teringat kepada Amzar. Teringat kepada setiap kenangan yang kami lalui bersama. Paling aku ingat.. kenangan kali pertama kami berjumpa.

"Eyla, kami pergi daftar tiket dulu. Kau tunggu sini je, okey?"

Aku angguk. Malam ini aku keluar bersama Farahain seperti yang kami janjikan. Aku membiarkan saja Farahain dan teman lelakinya, Hisyam berlalu menghampiri kaunter tiket Jerudong Park. Kalau diorang ajak pun, memang aku tak nak ikut. Ni pun aku dah rasa menyesal. Cuma bak kata pepatah, terlajak perahu boleh diundur, terlajak perbuatan terima je lah akibatnya. Entah betul, entah tak peribahasa aku tu.

Lemah langkah kakiku mengekori pasangan sejoli itu. Dalam hati, berbakul amarahku terkumpul dek Farahain. Hari tu dah janji tak nak bagi perkara janggal berlaku. But what happened now? Aku pasti sangat benda ni akan jadi bila aku keluar dengan orang yang aku tak kenali.

Hisyam dan Farahain mula keluar bersama setelah berkenalan di universiti. Keduanya menghadiri kelas yang sama. Aku memang tak berapa nak kenal sangat dengan Hisyam ni kerana aku tidak mampu untuk membayar yuran untuk belajar di universiti.

"Eh bro, buat apa kat sini?" tegur Hisyam ketika kami sedang menuju ke arah sebuah permainan. Aku malas nak angkat kepala untuk tengok lelaki yang Hisyam sapa tu. Terang-terangan aku tak kenal. Mesti kawan satu kuliah dengan diorang juga. Telefon bimbit ku tekan tanpa tujuan. Saja buat-buat sibuk.

"Assalamualaikum Hisyam. Aku teman adik-adik aku je. Diorang nak datang sini. Kebetulan aku tak kerja ni, aku ikutkan je kehendak diorang. Bukan selalu pun, kan."

"Adik? Adik yang mana satu?" tanya Farahain pula.

"Adik mana lagi? Nak kata adik bungsu, korang tak kenal pun." Terdengar Farahain tertawa kecil.

"Korang berdua je ke?"

"Taklah. Aku ajak kawan aku sekali. Kami dapat tiga tiket free, tapi kena datang bertiga. Tu yang aku ajak dia ni sekali." Aku perasan sepasang mata itu mula memerhatikan aku tapi aku buat derk je. Makin laju aku menekan permukaan telefon Samsungku.

"Eyla, kenalkan ni kawan satu kuliah kami, Haikal Amzar. Panggil Am je. Amzar, ni Suhaila. Kawan aku dari sekolah rendah lagi."

Nak tak nak, aku terpaksa mendongakkan kepala bila Farahain memperkenalkan kami berdua. Ketika mata kami bertentangan, hatiku berdetik sesuatu. Aku membalas ala kadar senyuman yang diberikannya sebelum aku mengalihkan pandangan ke tempat lain. Membiarkan saja tiga sahabat itu bercerita.

"Jom lah ikut kami sekali. Kau tak buat apa pun, kan?"

Ayat yang keluar dari bibir Hisyam membuat aku kembali mengalihkan pandangan kepada mereka. Aduh, janganlah ajak dia tu. Kita bertiga ni pun aku dah rasa janggal. Sekarang nak tambah lagi seorang.

"Err.. tak apa ke?" Teragak-agak Amzar bertanya. Sesekali aku perasan dia melirik ke arahku. Mungkin dia tak nak aku rasa tak selesa.

"Kau okey kan Am ikut kita sekali?" Farahain menoleh kepadaku.

Aku senyum. "Boleh, ikutlah sekali." ajakku. Ajak-ajak ayam je sebenarnya.

Jujur, aku rasa macam nak cekik je Farahain masa tu. Bertuah punya kawan. Macam dia tak tahu aku tak selesa bergaul dengan lelaki yang baru aku kenali.

"Okey jom."  Hisyam menepuk bahu Amzar lantas meneruskan langkah menuju ke arah permainan 'bumper car'.

Bertambah berat langkah kaki hendak mengekori mereka. Dalam hati, aku rasa nak balik je. Tapi memandangkan tadi aku ke sini pun Hisyam dan Farahain yang ambil aku di rumah, aku terpaksa membatalkan niatku.

Ketika melintasi sekumpulan remaja yang sedang berehat, aku tersenyum. Apalagi bila nampak salah seorang daripada mereka sedang memegang kon aiskrim. Dah dapat idea untuk melarikan diri sekejap.

"Err.. Ain."

Panggilanku membuatkan ketiga-tiga mereka berpaling ke belakang. Terutama lelaki berbaju hitam itu. Haii.. sengaja buat hati aku main gendang.

"Kenapa?"

"Aku nak ke food court kejap. Haus. Korang jalan lah dulu eh. Nanti aku cari korang."

Tanpa menunggu jawapan dari Farahain, pantas aku bergerak menuju ke arah gerbang utama kerana food court terletak di luar kawasan taman permainan. Mujur aku berpakaian simple hari ni, senang aku nak melarikan diri.

Setelah pasti aku dah hilang dari pandangan mata mereka, kaki yang laju melangkah tadi mula bergerak perlahan. Satu keluhan lega terlepas dari bibir.

"Kenapa mengeluh?"

"Erk!" Hampir melompat aku dibuatnya bila suara itu menegurku dari sebelah kanan. Amzar! Bila masa pula dia ikut aku?

"Err.. buat apa kat sini? Bukan awak ikut diorang ke tadi?"

"Memang saya ikut diorang, tapi mak abah saya ajar, jangan biar anak orang jalan sorang diri. Apatah lagi anak orang tu anak dara. Terutama waktu Maghrib macam ni. Tak elok. Bahaya tau."

Tak terkata aku mendengar nasihat Amzar. "Err.. okey."

Aku membiarkan saja Amzar mengekoriku menuju ke arah sebuah gerai aiskrim. Perisa yam menjadi pilihan. Terus saja aku makan aiskrim setelah mengajak Amzar. Sudah menjadi tabiatku, andai mood aku tak okey, aiskrim adalah benda pertama aku cari.

Aiskrim yang ada di tangan ku jilat perlahan. Aku tak suka makan cepat sangat. Aku lebih suka menikmati rasa sejuk itu di dalam mulut selama yang boleh.

"Err.. awak."

Aku menoleh ke kanan. "Ya?"

Amzar tidak menjawab. Sebaliknya dia meletakkan jari telunjuk ke arah hidungnya sebelum menunjuk ke arahku. Cepat saja aku mengesat hidung menggunakan hujung bajuku.

"Terima kasih," ucapku sambil menundukkan sedikit kepala. Malunya!

Amzar membalas ucapan terima kasihku sambil menghulurkan sebuah senyuman yang manis. Selepas itu, kami berdua terus menikmati aiskrim masing-masing.

Dia menunggu aku selesai makan dengan penuh sabar walau sudah hampir 15 minit dia menghabiskan aiskrimnya. Semakin perlahan aku makan bila pandangan mata Amzar melekat tepat ke wajahku.

"Dah siap?"

Aku mengangguk saja. Malu pula nak bersuara.

Amzar tersenyum. "Comel," getusnya seraya meletakkan tangan kanannya di atas kepalaku. Aku apa lagi, kaku terus lah jawabnya. Tak pernah pernah lelaki lain buat aku macam tu kecuali ahli keluargaku. Itupun jarang.

"Eh, maaf maaf. Tindakan refleks." Menggelabah Amzar bila perasan aku sudah kaku bak patung setelah dia mengusap kepalaku.

Ketawa kecil aku mengingatkan peristiwa itu. Entah berapa lama dia cuba buat aku bersuara. Hingga aku beredar pulang bersama Farahain dan Hisyam pun, dia masih kelihatan gusar untuk melepaskan aku pergi. Lagaknya seolah dia telah lama mengenaliku. Sejak itu, Amzar selalu berhubungan dengan ku sejak dia berjaya meminta nombor telefonku setelah beberapa kali mencuba.

Dikesat airmata yang menitis di pipi. Entah bila masa aku menangis, aku pun tak sedar. Yang aku tahu, aku sangat rindukan dia.

Sejak aku kenal dengan Haikal, semakin kerap kenangan dulu bermain di layar ingatan. Termangu aku memikirkannya.

Adakah mungkin.. Haikal itu sebenarnya Amzar? Sungguh aku tak punya jawapan untuk itu.

*Do click vote, thank you*

A/N :
Wanna say thanks to SadiahMamud, ghinapuspa and FirdausHeartReader 💓💓💓
Sorry if cerita tak best.. 😢

Perpisahan Ini [VERY SLOW UPDATE]Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang