Bab 20

222 6 0
                                    

Haikal Amzar's pov

Rasa tenang menyelubungi hati bila si isteri sudah berada dalam pelukan. Aku tahu ini bukan selamanya namun aku tetap bersyukur bila dia memberi respon yang baik tidak seperti yang aku jangkakan.

Aku memeluk erat tubuh Suhaila untuk menyakinkan diri aku sendiri ini bukanlah satu mimpi.

"Eyla."

Senyap.

"Eyla.." seruku lagi.

Masih senyap.

Aku masih dahagakan kepanasan tubuhnya. Namun dek kerana aku risau akan kebisuan isteriku ini, aku mula menjarakkan sedikit jarak antara kami untuk melihat wajah Suhaila.

Ya, kami masih suami isteri memandangkan aku turut menyelitkan duit nafkah di dalam gaji yang Kak Hayati berikan pada Suhaila.

"Ya?"

"Eyla fikir apa tu?"

"Emm.. takde apa."

Suhaila menatap wajahku lama sebelum meletakkan tangan kanannya di pipi kiriku.

"Kenapa pipi Am ni nampak cengkung sikit? Badan pun kurus kering je." Suhaila membelek-belek badanku.

Aku hanya mampu tersenyum. Bahagia bila dia perasan perubahan tubuhku.

"Ish, orang tanya ni, jawablah."

"Takde selera nak makan," ujarku ringkas. Ingin saja aku katakan padanya aku tidak lalu makan kerana aku risau bila dia tidak ada di hadapanku. Namun oleh kerana aku tidak mahu mood baiknya rosak, biarlah aku memilih jalan yang selamat. "Jangan risau, Am okey."

"Iye lah tu okey," Sebuah jelingan manja dihadiahkan padaku membuat hatiku berbunga-bunga. Sememangnya itu sesuatu yang selalu dia lakukan tanpa sedar bila dia bersamaku. Janganlah hendaknya Suhaila buat macam tu depan lelaki lain. Sesak nafas memikirkannya.

"Nak makan aiskrim tak?" soalku sengaja menukar topik. Takut terbuka pulak topik yang sensitif mengusik hati. Aku juga hanya mahu menikmati saat ini bersama dia, untuk mengubat hati yang sarat dengan rindu pada si dia.

"Hmm.. boleh jugak."

"Okey, jom."

Aku bingkas bangun dari duduk lantas menarik tangan Suhaila.

"Eh? Nak pergi mana?" Terpinga-pinga Suhaila bila aku menarik tangannya menuju ke keretaku.

"Makan aiskrim," jawabku sepatah. Tubuhnya ku tolak masuk ke dalam perut kereta sebelum aku sendiri berlari anak menuju ke tempat duduk pemandu dan masuk ke dalam kereta.

"Habis tu kereta Eyla?"

"Jangan nak mengada. Awak tu tak ada lesen memandu pun lagi." Aku mencubit kuat hidungnya. "Suka sangat menjawab kan.."

"Huh, tak nak kawan Am.." Dia berpeluk tubuh dan melemparkan pandangan ke luar. Aku hanya tersenyum. Sekurangnya sekarang ni aku dapat bermanja sedikit dengannya.

Perpisahan Ini [VERY SLOW UPDATE]Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang