Bab 8

770 34 2
                                    

Hari ini, aku keluar seorang diri. Saja ambil angin. Sepatutnya ada kerja yang perlu diuruskan tapi aku rasa agak terganggu dengan kehadiran kenangan lalu sekaligus mengganggu prestasi pekerjaanku. Kak Hayati bagaikan memahami lantas dia memberikan aku kebenaran untuk bercuti selama tiga hari. Aku berjanji akan membuat kerjaku dari rumah kerana aku tahu kami kekurangan pekerja di syarikat kecil kami.

Deringan telefon memaksa aku membaca aplikasi Whatsapp.

- Where are you? How dare you leave me all alone here 😭

Tersengih aku dibuatnya bila membaca nama si pengirim mesej. Siapa lagi kalau bukan Haikal. Drama betul lah mamat ni. Siap bagi emoticon sedih pula tu.

Teringat petang semalam, Kak Hayati ada juga bertanya kepadaku andai aku dah memberitahu Haikal akan keputusanku untuk bercuti beberapa hari ini.

"Tak perlu rasanya saya bagitahu dia, kak. Nanti tak pasal timbul gosip pula. Isteri dia pun kita tak pernah jumpa lagi kan," ujarku selepas siap mengisi borang meminta cuti di pejabat Kak Hayati.

"Memanglah.. tapi ada baiknya Su bagitahu dia je. Bukan Su tak tahu dia macam mana." Aku tergelak kecil. Ya, aku tahu dia nampak tough, gagah dan macho di mata wanita lain. Namun bila dia bersama aku, perangai Haikal yang manja dan caring seringkali terserlah. Hanya bila denganku, sisi itu diperlihatkan padaku.

"Jangan lupa bagitahu dia eh?"

Aku agak hairan bila Kak Hayati seakan memaksa aku untuk memaklumkan Haikal akan keputusanku. Cepat saja aku menepis tanggapan burukku. Mungkin Kak Hayati tak nak Haikal serang dia dengan bermacam soalan kut, sebab aku tahu Haikal adalah seorang yang takkan berputus asa untuk mendapatkan sesuatu yang dia yakin dia mampu dapatkan.

"Takpe kak. He will be fine." putusku. Haii, masin pula mulut Kak Hayati bila dia cakap Haikal pasti akan cari aku.

Ligat jari jemariku membalas pesanan ringkas Haikal.

Jangan nak drama sangatlah Haikal. Lawak lah awak ni.

Sent.

Tak sampai satu minit, satu pesanan ringkas datang lagi.

- I'm not kidding here. Where are you? Kenapa tak datang kerja?

Saya kat tempat yang saya pasti awak takkan tahu di mana.

- Try me.

Ewah! Macam iya je dia tahu tempat ni.

Ok.. saya kat tempat yang mengingatkan saya pada Farahain. I will believe you if you can come and find me in an hour. Macam mana? 😏

- Ok, deal. Wait for me.

Offline.

Aku nak tengok juga, boleh ke dia jumpa aku? Nah, I doubt it.

Telefon bimbit ku simpan kembali di dalam poket seluar. Keadaan sunyi di tempat itu buat aku rasa tenang. Taman Jubli Perak. Itulah tempat yang aku kunjungi sekarang ni. Beberapa orang pengunjung sudah mula membuat warm-up. Bersedia hendak bersenam. Namun, bukan itu tujuanku datang ke sini.

Tumpuan beralih pada sebelah kanan taman. Sebuah sekolah rendah terpacak megah di sana. Ya, sekolah yang aku dan Farahain hadiri dulu. Aku tersenyum bila kelihatan beberapa orang murid perempuan sedang bermain di kejauhan.

Bagai terbayang di mataku, itu adalah aku dan Farahain. Dulu aku tak punya ramai kawan perempuan. Hanya Farahain yang setia bersahabat denganku. Itupun aku ibarat pendinding baginya tiap kali dia ingin melarikan diri dari mana-mana lelaki yang cuba mengusiknya.

Farahain seorang gadis Cina kacukan melayu hasil perkahwinan ibunya yang berbangsa Cina, manakala ayahnya kacukan Melayu dan Cina juga. Jadi aku tak hairan andai ramai lelaki tergila-gilakan sahabatku itu. Aku sendiri sebagai seorang yang sama jantina dengannya turut terpesona dengan kecantikan yang dimiliki Farahain.

Tak macam aku. Hidung penyek. Warna kulitku pula hitam manis. Tak secerah Farahain. Seringkali aku mendengar komen dari orang yang mengenaliku bahwa aku mempunyai seraut wajah yang menakutkan.

Sebab itu, dalam diam aku sering membandingkan diriku dan Farahain. Dalam diam, aku cemburu akan apa yang ada pada dirinya. Sebab itu juga, aku tak hairan bila Hisyam dan Amzar adalah sebahagian dari mereka yang meminati Farahain.

Ya, aku dapat tahu Amzar juga pernah menyukai Farahain. Itupun aku dengar dari Hisyam jadi aku tak pasti akan kesahihan cerita itu. Cuma Hisyam lebih beruntung bila Farahain mengambil keputusan untuk bersama dengannya.

Setelah agak lama aku duduk di situ, aku bangkit dari tempat duduk bila aku mula perasan matahari sudah hendak terbenam. Seluar yang berdebu ku tepuk perlahan.

"Eyla..."

Terhenti semua pergerakanku saat mendengar suara itu. Tak. Tak mungkin. Hatiku mula berbalah dengan fikiranku.

"Eyla."

Perlahan aku mendongak. Hampir saja aku terduduk andai kerusi di belakangku tidak menyokong kakiku yang sudah rasa lemah.

"Tak.. tak mungkin..." Tergeleng-geleng kepalaku melihat insan yang sedang berdiri di hadapanku.

"It is me.." Sayu suara itu berbicara.

"Tak mungkin!!" jeritku kuat sebelum seluruh pandanganku mula kelam. Terasa sepasang tangan menyambut tubuhku dari tepi sebelum aku sempat tersembam jatuh menyembah bumi.

"Sayang.."

"Am.."

Sempat aku menyentuh pipinya sebelum seluruh pandanganku hanya diwarnai dengan warna hitam.

*Do click vote please, thank you*

NeriyaniNeriyani thank you for voting. And for those who keep on voting, love you 💓❤😚

Perpisahan Ini [VERY SLOW UPDATE]Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang