Bab 16

331 18 2
                                    

Dari kejauhan, aku memerhatikan Kak Hayati memimpin tangan anak bungsunya keluar dari kawasan sekolah. Manakala dua orang anaknya sudah berjalan di hadapan.

Terbantut niat hendak menghampirinya bila terlihat wanita itu membantu seorang gadis yang terduduk di tepi jalan setelah berlanggar bahu dengan salah seorang ayah murid di sana.

Sambil melihat gelagat Kak Hayati, aku terfikir.. dia seorang wanita yang baik hati, dan sentiasa membantu aku dalam setiap masalah yang aku hadapi. Dia memahami aku walaupun aku tidak memberitahu apa sebenarnya masalah yang ku hadapi. Mesti ada sesuatu yang membuatkan Kak Hayati mengambil keputusan untuk menyembunyikan kebenaran daripadaku.

Setelah berfikir panjang, aku melangkah keluar dari perut kereta dan mengatur langkah mendekati Kak Hayati.

"Kak," sapaku.

"Eh Su, buat apa kat sini?"

"Boleh tak Su ambil masa akak sekejap? Su nak tanya sesuatu kat akak," aku menyoal tanpa menjawab soalan Kak Hayati.

"Is it important, sebab akak.."

"Very very important," potongku pantas.

Kak Hayati terkedu seketika sebelum dia mengeluh perlahan. "Okay, its time for you to know the truth. Meet me at Eco Corridor tonight at 7 o'clock. Akak kena uruskan anak-anak dulu."

Angguk. "Okey.."

Malam itu, aku sampai di Eco Corridor setengah jam lebih awal. Entah kenapa jantungku berdegup lebih kencang dari biasanya. Mungkinkah kerana aku akan tahu kebenaran yang disembunyikan dari aku atau kerana ayat yang Kak Hayati tuturkan tadi?

"Su."

Aku bangun dari tempat duduk yang tersedia di sana. "Akak."

Senyuman kecil terukir di wajahnya sebelum dia melabuhkan duduk di sebelahku. "Best kan duduk kat tempat ni."

Aku hanya tersenyum kelat. Tak tahu nak jawab apa. Dalam fikiran, hanya satu persoalan yang aku nak tahu.

"Why..?"

"Jom jalan-jalan kejap. Rugi pulak rasanya kita duduk je kat sini." Kak Hayati berdiri di hadapanku.

"Akak."

"Come, I will tell you the truth. Just come and take a walk with me."

Aku mengeluh sebelum aku turut bangkit dari tempat duduk. Berat kaki nak mengikut kehendak Kak Hayati.

Dalam perjalanan, hanya suasana sepi mengisi ruang. Mujur ada beberapa orang pengunjung turut berada di sana. Tidaklah terasa sangat kejanggalan antara kami berdua. Kak Hayati hanya mendiamkan diri. Aku pula tak mampu nak bersuara, atau memulakan perbualan.

"I believe you already knew the truth." Kak Hayati bersuara setelah hampir 15 minit kami membisu.

Geleng. "Tak. Su baru tahu tengah hari tadi dari Abang Syafiq, tapi sampai saat ni, I just can't cope with the situation. All I know is that you have been hiding something from me, and I wanna know what it is and why do you hide it from me."

"It's his request."

"Whose?"

"Your husband."

Serta merta aku menoleh setelah mendengar jawapan dari mulut Kak Hayati. "What?"

"Your husband, Amzar."

Hampir saja aku terduduk andai Kak Hayati tidak sempat memegang lenganku. Lemah rasanya kaki hendak melangkah. Dia membawaku duduk di salah sebuah kerusi berhampiran taman permainan kanak-kanak.

"Since when?" ujarku setelah menenangkan diri.

"Seminggu selepas Su tinggalkan dia."

"Maksudnya.. selama ni akak tahu lah saya isteri Amzar?"

Kak Hayati mengangguk. "Kebetulan dia rakan sekerja suami akak. Baik budi bahasanya. Sebab tu akak nak tolong dia. Dan selepas akak kenal Su, akak semakin bersemangat nak tolong kamu berdua."

Allah.. semakin pening kepalaku dibuatnya.

"Where is he..?"

Terkebil-kebil Kak Hayati melihat wajahku. "Haven't you realized it yet? He's always right there in front of you."

"Maksud akak?"

"Haikal Amzar. He's your husband."

Ternganga aku mendengar jawapan Kak Hayati. "Maksud akak.. Haikal Amzar? Our Haikal Amzar? Yang selalu ada dengan Su? That Haikal Amzar??"

"Yes, this Haikal Amzar is your husband," sampuk satu suara garau di belakang kami.

Aku hanya mampu memandang setelah Haikal Amzar berdiri di hadapan kami berdua. Wajah yang ditumbuhi sedikit jambang itu terpampang di mataku.

"Akak tipu kan?" Aku tertawa kecil. Gemuruh. Tak mungkin dia suami yang ku tinggalkan dulu..

"No, he is your husband."

"Haha, okay.. urmmm.." Aku bangkit dari tempat duduk. "I have to go. I have enough for today." Aku berpusing dan melangkah perlahan meninggalkan mereka. Aku tak mahu mereka melihat airmata yang sudah mula bertakung di kelopak mata.

"Stop running away from problems, Eyla!"

Aku menutup mata. Spontan airmata mengalir jatuh ke pipi.

Eyla.. I miss that name..

"Nothing will ever be settle if you keep on running away like this. You've promised me that you will always trust me, don't you? Please... don't disappear on me anymore," Sayu rasanya mendengar dia berkata begitu namun egoku menghalang aku bersimpati padanya.

"How..? How can I do that when thats the best solution for us?" Bergetar suaraku. Tidak sedikit pun aku tergerak untuk memandang wajahnya. Tak perlu baginya untuk melihat aku menangis lagi kerana dia.

"It is not the best way, and you know that better." Sedikit tegas suara Haikal Amzar berbicara denganku.

Aku tertawa sebelum menoleh ke arah Haikal Amzar. Sungguh ayat yang dilontarkannya itu membuat rasa marahku melambung tinggi. Kak Hayati pula terus membisu.

"So the best solution is for me to accept the fact that my husband is having an affair with my best friend behind my back, macam tu?! Bagitahu Eyla, itu ke yang perlu Eyla buat sekarang ni?"

Airmata yang semakin lebat jatuh membasahi pipi ku kesat dengan lengan baju. Tidak lagi peduli dengan pandangan orang sekeliling kami. Lantaklah diorang nak fikir apa.

Perit hati bila mengungkapkan kebenaran itu. Namun, apa yang mampu aku buat andai itu adalah kebenarannya dan ianya takkan mampu diubah walau dengan apa cara sekali pun.

"You know that is not the truth.."

"A wise man once told me, seeing is believing. And I've seen enough. Please.. leave me alone."

Aku terus berlalu pergi dari situ tanpa menoleh lagi ke belakang.

Orang kata masa akan menyembuhkan segalanya, tapi kenapa hati ni masih terasa pedihnya?

A/N :

Merapu lagi.. Sorry. Terima kasih buat yang memahami kesibukan saya. Really appreciate it 💖

Perpisahan Ini [VERY SLOW UPDATE]Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang