Bab 9

747 32 3
                                    

Aku membuka mata sedikit demi sedikit. Cahaya terik matahari yang menikam di mata membuat aku semakin sukar untuk membuka mata. "Urgh.." gumamku perlahan bila aku sudah berjaya membuka mata sepenuhnya. Menzahirkan sedikit rasa sakit yang mencengkam di kepala.

"Sayang.." seru satu suara garau yang terngiang di pendengaranku membuatkan aku menoleh ke tepi. Lama aku merenung wajahnya sebelum otakku mampu mengenalpasti siapa insan tersebut dan melahirkan sebuah senyuman di bibir.

Perlahan aku menghulurkan tangan ke arah lelaki yang sedang duduk di sebuah kerusi berhampiran katilku. "Am.."

Allah, adakah ini satu mimpi? Aku pasti aku telah meninggalkan dirinya kerana peristiwa hitam itu. Sebab itukah dia ada di sini? Kerana ini satu mimpi? Andai benar ini mimpi, aku tak ingin bangun dari tidur lena ni. Biarlah aku lena selamanya.

"Ya, sayang. Ni Am."

Amzar bergegas menuju ke arahku dan menyambut tanganku. Spontan diletakkan tanganku di pipinya. Aku tersenyum kecil. Dia ingat lagi apa aku suka lakukan. Allah, this is too good to be a dream..

"Sayang okey?"

Aku angguk. "Saya dekat mana ni?" Liar mataku memerhatikan keadaan sekeliling. Bilik bercatkan warna biru muda dan silingnya yang dicat bagaikan langit itu bagaikan pernah aku huni dulu. Konsep itu terhasil dari idea aku dan Am ketika kami hendak mencari rumah untuk kami berdua memandangkan aku dan suamiku itu amat suka akan warna yang lembut. Terutama sekali warna biru.

"Sayang kat rumah kita sekarang ni. Ada orang call abang kat pejabat, dia cakap sayang pengsan. Abang dah bawa sayang pergi hospital tapi doktor cakap sayang tak cukup rehat je. Tu yang abang terus bawa sayang balik rumah kita."

Aku tak berapa mengendahkan penerangan Amzar kerana waktu itu, otakku bekerja keras memikirkan siapakah insan yang baik hati itu. Tahu pula dia nombor telefon Amzar.

"You make me worry, sayang."

Jelas kelihatan riak muram di seraut wajah Amzar. Aku tertawa. "Alolo.. janganlah risau. Tak macho dah suami kesayangan saya ni." Pipi Amzar ku elus manja. Rindunya aku buat macam ni kat dia.

"Siapa tak risau bila dapat tahu isteri saya yang comel ni tiba-tiba pengsan. Memanglah saya risau."

Senyuman manis ku hadiahkan buat si dia. "Terima kasih risaukan saya."

"Tanggungjawab saya jaga awak sampai bila-bila. Awak isteri saya, kenalah jaga betul-betul. I love you, and you know that, right?"

Bersungguh Amzar menerangkan kepadaku. Dia memaut tanganku dan mengenggamnya erat.

"Macam mana sayang boleh pitam tadi? Banyak sangat kerja eh nak dibuat?" tanya Amzar setelah dia melabuhkan duduk di tepi katil. Aku dapat rasa dia memerhatikan aku dengan penuh kasih sayang walau ada terselit sedikit riak risau di wajahnya.

Teragak-agak aku hendak menjawab soalan yang diajukan oleh Amzar. Adakah ini satu mimpi ataupun satu realiti? Andai ini cuma mimpi, akan aku nikmati kebahagiaan ini walau hanya seketika. Dan andai ini satu realiti, macam mana aku boleh ada di sini bersama dengan Amzar? Dan bagaimana pula dengan Farahain?

Mungkinkah insan yang ku lihat sebelum aku pitam tadi sememangnya Farahain? Tapi bukankah dia membenciku kerana peristiwa dulu? Dan andai benar itu dia, mustahil Amzar tak cam suara Farahain. Lagi satu, adakah sepasang tangan sasa yang menangkap tubuhku tadi pula adalah tangan milik Amzar? Tidakkah terselit rasa marah dalam hati lelaki itu ketika aku meninggalkannya tanpa sebarang penjelasan?

Kepala yang mula terasa sakit ku picit. Bertambah sakit kepala memikirkan persoalan yang timbul dalam fikiran kerana aku sendiri tak punya jawapan untuk semua soalan itu.

Spontan aku membelek tangan yang masih mengenggam erat tanganku. Wajah itu juga ku tenung lama. Baru aku perasan Amzar baru lepas bercukur. Masih ada bekas shaving cream tersisa di dagunya. Ku cuit krim tersebut menggunakan hujung jariku. Kali ini, matanya yang redup jadi objek perhatianku. Hmm.. serupa. Sangat serupa.

"Kenapa tilik Am sampai macam tu sekali?"

Tersentak aku mendengar soalan Amzar. Lantas hanya senyuman kelat yang mampu ku berikan. Takkanlah aku nak bagitahu dia aku tengah membandingkan suamiku dengan seorang jejaka di tempatku kerja. Cemburulah dia nanti.. walau hanya dalam mimpi, aku cuba untuk menjaga hati si suami. Tapi masih terdetik di hatiku, mesti wajah Amzar dan Haikal serupa sekiranya aku dapat melihat wajah Amzar ketika dia berjanggut dan bermisai.

Jujur, selama dua tahun perkahwinan kami, tak pernah sekali pun aku melihat Amzar menyimpan misai atau janggut. Pernah benda itu aku persoalkan kepadanya semasa kami baru mendirikan rumahtangga. Katanya, dia hendak selalu kelihatan kacak pada pandangan mataku. Namun bagiku, mesti Amzar tetap kelihatan kacak walaupun dia menyimpan misai dan janggut. Bukankah itu salah satu sunnah Nabi buat umatnya?

"Saya rindu awak. Rindu sangat-sangat."

Yang ni, aku luahkan dari sudut hatiku. Sudah terlalu sarat rindu yang ku tanggung buat insan bernama Haikal Amzar ini. Sekaligus aku cuba untuk mengalihkan topik perbualan kami. Aku nak mimpi ni jadi sebuah mimpi yang sempurna agar dapat ku jadikan sebagai memori untuk melepaskan rasa rindu pada Amzar bila aku terbangun dari lena nanti.

Amzar mengambil tempat di sebelahku sebelum merebahkan badan di sisi lantas menarik tubuhku ke dalam pelukannya. "Kalau awak rindukan saya, saya lagi rindukan awak."

Ku peluk erat tubuh Amzar. Sempat lagi aku kucup leher dan dada bidang Amzar. Sesuatu yang aku suka lakukan padanya.

Biarlah persoalan itu tadi berlalu pergi buat sementara waktu. Waktu ini, aku hanya mahu dia berada di sisiku. Semakin erat pelukan kami saat Amzar mengucup syahdu ubun-ubunku.

A/N : Bangun pagi terus sambung buat bab baru. Idea pun dah berterabur. Maaf kalau tak best 😣

*Do click vote please. Thank you 🙏🙆💓*

Perpisahan Ini [VERY SLOW UPDATE]Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang