Bab 14

310 16 1
                                    

Angin yang bertiup kencang dan hempasan ganas ombak ke pantai tidak menghalang aku untuk terus melayan 1001 persoalan yang bermain di minda. Mujur hari itu, tidak ramai pengunjung yang datang ke Empire Country Club. Aku mengetahui akan wujudnya tempat tersebut pun melalui rakan-rakanku.

"Su."

Senyuman manis Kak Hayati menjamah pandangan mataku bila aku berpaling ke kiri. "Ye kak?"

"Tengah buat apa tu?"

"Tengah membina impian, akak tak nampak ke?" ucapku separuh bergurau.

Kak Hayati tertawa kecil sambil melabuhkan punggung di sisiku. "Let me rephrase that. Tengah fikir apa tu?"

"Told you, Su tengah membina impian. Impian yang tak mungkin akan tercapai." Perlahan saja aku bersuara namun aku pasti kata-kataku itu sampai ke pendengaran wanita berusia 40an itu kerana ada riak serius di balik wajah yang sentiasa tercalit senyuman itu.

"Su tak sudi ke kongsi masalah Su dengan akak? Su pun tahu perangai akak macam mana, kan. Su masih tak percaya akak lagi ke?"

Aku menggeleng laju. "Su bukan tak percayakan akak. Tapi.." Tangan kanan kuletakkan di dada. "Su tak percaya hati Su sendiri. Su pun tak boleh percaya sepenuhnya pada mata Su tapi mata Su sendiri nampak apa Am buat hari tu..."

Airmata mula bertakung di kelopak mata. Rasa pedih menyucuk. Sungguh aku tak nak ingat kembali kenangan lama tapi apa dayaku bila fikiran mengkhianati keinginan.

"Am tak bersalah, Su. Waktu tu dia.."

"Mana akak tahu dia tak bersalah?" sampukku pantas. Rasanya aku tak pernah beritahu pada sesiapa pun tentang apa yang berlaku pada hari itu, mahupun pada wanita di hadapanku ini. Pada Kak Hayati, aku hanya selitkan nama Amzar dan Farahain. Tidak pula aku jelaskan sebab apa aku melarikan diri.

"Err.." Kak Hayati kelihatan teragak-agak untuk meneruskan ayatnya. Aku pula menunggu dengan penuh sabar apa ayat yang akan keluar dari bibir wanita tersebut. "Sebenarnya akak..."

"Kak Hayati!" jerit satu suara membuatkan ayat Kak Hayati terputus. Spontan kami dua menoleh ke arah suara tersebut.

"Haikal," ujar Kak Hayati. Terlepas satu keluhan dari bibirnya. Wajah yang jelas panik tadi diganti dengan riak lega. "Baru sampai?"

Haikal tersenyum. "Tak juga. Tadi sempat ambil gambar dalam perjalanan ke sini." Kamera Canon miliknya ditayang sekilas.

"Oh, ye ke? Umm.. akak minta diri dulu. Suami akak dah call dari tadi."

"Eh?" Bila masa pula telefon Kak Hayati berbunyi? Belum sempat aku menahan wanita itu, dia sudah berlalu pergi dalam keadaan tergesa-gesa. Meninggalkan aku dan Haikal di tepi pantai berdua.

"Yang awak menangis ni kenapa?"

Baru aku sedar titis airmata masih ada di pipiku. Cepat-cepat aku melap airmata yang bersisa. "Mana ada Su menangis."

"Iye lah tu," ujar Haikal lantas melabuhkan duduk berdekatan denganku. Pandangan dilontar ke hadapan.

Lama kami berdiam diri sambil menyaksikan matahari terbenam.

"Haikal." Aku bersuara. Mata masih memandang matahari yang perlahan-lahan turun bagaikan ditelan lautan.

"Ye?"

"Can I ask you a question?"

Haikal angguk. "Shoot."

"Can I trust men?"

Haikal berjeda seketika. "Well... do you trust me?"

Tanpa banyak soal, aku mengangguk. Entah kenapa aku rasa selamat berada di samping Haikal. Namun dalam masa yang sama, aku rasa bersalah pada isteri Haikal. Bagaikan aku adalah orang ketiga yang sedang cuba mengganggu hubungan Haikal dan isterinya.

"Then thats enough for me," Haikal melemparkan satu senyuman manis saat aku menoleh padanya.

"Am." Lengan Amzar ku paut. Kepala kusandarkan di bahunya.

"Yes?"

"Can I trust men?"

"Hmm.. honey, do you trust me?"

"Of course."

"Then thats enough for me. Do trust me always, will you?"

Bahu Amzar ku kucup mesra. "I will."

"Eyla!"

Terkebil-kebil aku dibuatnya. What is that?

"Sorry, what did you call me just now?"

"Hah?"

"Never mind.." Aku tunduk menyembunyikan wajah. Do I miss him that much hingga terdengar Haikal memanggil aku dengan nama Eyla?

'You know the answer to that question, Suhaila' bisik hati kecilku.

Angguk. Yeah, I know the answer too well. I do miss him.

"Come, kita nak solat lagi." Haikal menepuk-nepuk seluarnya sebaik saja dia berdiri. Tangan kanan dihulurkan kepada aku yang masih lagi duduk membuatkan aku terpana seketika. "What?"

Aku tertawa kecil. "Jangan nak mengada pegang tangan orang," ujarku separuh memberi amaran halus.

Bagai tidak terkesan dek amaranku, Haikal menangkap tangan kiriku lantas menarik aku dari tempat duduk. "Why not? After all, we are husband and wife."

"Yeah right." Pegangan tangan aku lepaskan. "Saya nak solat dulu, encik suami." Sengaja aku tekan perkataan 'encik suami' sebelum berlalu meninggalkan Haikal.

"I miss that joke, my wife..." Haikal tersenyum sayu.

A/N :
Well, dah tahu dah kan Haikal siapa dan Suhaila siapa.

Sekarang ni saya tengah mengalami major depression. I have to leave my childhood home, quit my job, leave my fiance's family andd.. leave my fiance behind to go live at Malaysia. Sedih yang teramat sangat.

Maaf sebab lama menghilang. Can anyone give me ideas untuk teruskan cerita ni? 🙍🙍🙍

Perpisahan Ini [VERY SLOW UPDATE]Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang