Bab 21

13 1 0
                                    

"Bila awak beli rumah ni?" ujarku sebaik saja kami sampai di rumah kepunyaan kami berdua. Ya, rumah yang Amzar belikan khas untuk kami berdua mulakan hidup baru bersama.

"Awal dah, masa kita mula-mula kahwin dulu, tapi waktu tu rumah ni kosong lagi, Am ingat nak surprisekan Eyla bila rumah ni dah fully refurnished, tapi..." 

"Tapi Eyla dulu surprisekan Am dengan kehilangan Eyla, kan. I'm just that good at surprises, huh?" Saja aku membuat lawak untuk mengubah riak wajah Amzar yang mula berubah sedih.

Senyuman kecil terbit di bibirnya bersama airmata yang bertampung di kedua belah matanya, sambil tangannya mengusap pipiku perlahan. "Yup, you surprised me so much that I feel like dying without you these 4 years."

Tubuhnya kupaut rapat. "Janganlah cakap macam tu." Suara ku tegaskan. Sungguh aku tak suka bila bab mati ditimbulkan di hadapanku.

"But it's true.. Am rasa kosong bila Eyla takde depan mata Am. Rasa macam sunyi sangat dunia ni bila Am balik je, semua barang-barang kepunyaan Eyla dah takde. Pakaian, beg, kasut.. semua hilang dari tempat asal. Sebab tu Am ambik keputusan untuk siapkan rumah ni cepat-cepat."

Aku hanya mampu membisu bila Amzar mula meluahkan apa dirasanya sepanjang ketiadaanku. Tiada kata yang mampu ku luahkan, kerana aku tahu benda yang dah berlalu mungkin lebih baik di diamkan buat sementara waktu. Semuanya akan terbongkar jua bila tiba masanya. Tapi moga ianya terbongkar setelah aku tahu siapa dan apa motif sebenar pengirim misteri mesej tersebut.

"Eyla."

"Ya?"

"Am tanya ni.. macam mana Eyla boleh lupa tentang Am, tapi ok dengan identiti Am sebagai Haikal?"

Aku menggumam seketika. Berfikir cara paling terbaik untuk menerangkan kepada Amzar. 'He needs this at least for now'

"Eyla tak lupakan Am. Cuma.."

"Cuma?" Ternaik kening Amzar.

"Cuma masa tu Eyla rasa tertekan sangat bila kejadian tu terjadi, so my unconscious mind might have turned off everything I remembered about you and... her. Just temporarily though tapi rasa cinta dan sayang Eyla kat Am tu tetap ada dalam diri Eyla. Lagipun kehadiran Haikal dalam hidup Eyla sedikit sebanyak bantu Eyla untuk move on dari rasa sedih tapi takde lah sampai tahap Eyla jatuh hati kat dia."

"Haikal pulak macam mana? Katakanlah Haikal tu bukan Am tapi orang lain yang memang nakkan Eyla, apa Eyla nak buat?"

"I don't think so.. sebab Haikal dah kawin dah pun. So he's out of the list. Tapi Am kena upgrade sikit lah sebab Haikal bagi Eyla duk rumah ni sorang diri je." Sekali lagi aku cuba berjenaka untuk meringankan keadaan.

"But he's in love with you.." Jelas terselit sedikit aura cemburu di dalam suaranya.

Aku tersenyum mendengar ayat itu keluar dari mulut Amzar. Lantas aku merapatkan jarak antara aku dan Amzar. Kedua pipinya ku raih dan mata hitam pekatnya ku tenung penuh kasih sayang. "And I love him too.."

Wajah Amzar tampak kecewa dan dia mula menjarakkan kembali jarak di antara kami, namun terbatas bila aku masih memegang pipinya. "Eyla belum habis cakap lagi tau."

"Tak nak dengar.. nanti hati Am sakit dengar Eyla dah suka orang lain selain dari Am."

"Dengarlah dulu."

Amzar kembali menatap mataku dengan wajah yang semakin suram. Aku hanya tersenyum kecil melihat gelagatnya. "Dengar ni Haikal Amzar. Yes, I love Haikal.. because he is you, my husband Mr Haikal Amzar."

Spontan Amzar memeluk tubuhku sebaik saja ayat tersebut meluncur keluar dari bibirku. Dan aku? Aku pun mula memeluk erat tubuhnya.

Biarlah kami berdua menikmati dulu saat berdua seperti ini sebelum badai melanda sekali lagi.

Perpisahan Ini [VERY SLOW UPDATE]Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang