Bab 15

315 17 2
                                    

Aku berdiri di hadapan bangunan tersebut dengan wajah tekad. Beg sandang diperbetulkan lagi kedudukannya.

"Okay, Suhaila. You can do this!" Kuat suaraku memberi motivasi pada diri sendiri. Tidak dihiraukan pelanggan yang lalu lintas di sana. Kaki mula dihayun menuju ke pintu utama The Mall.

Mata cuba mengelak dari melihat kedai kosmetik. Sejak kebelakangan ini, baru aku perasan aku semakin boros membeli mekap dan pencuci muka. Namun akhirnya semua hanya di simpan di dalam beg saja.

Laju langkah kaki menuju ke supermarket Giant yang terletak di basement bawah. Setelah membeli-belah, aku naik ke tingkat 1 untuk membeli aiskrim.

Sedang menunggu, aku terlihat patung CJ7 yang sangat comel pada pandangan mataku. Serta-merta aku teringat pada anak-anak Kak Hayati. Mungkin aku perlu berjumpa Kak Hayati untuk meminta maaf padanya andai dia terasa hati dengan perbuatanku minggu lepas. Mungkin dengan patung itu akan memberi aku ruang untuk meminta maaf.

Lengang saja keadaan di rumah Kak Hayati. Ku kerling jam di telefon pintarku. Jam sudah menunjukkan pukul 12 tengah hari. Hanya kereta suami Kak Hayati yang tersadai di tempat letak kereta.

"Assalamualaikum!" ucapku setelah menekan loceng rumah. Kedengaran bunyi derap kaki berlari sebelum pintu utama terbuka.

"Waalaikumsalam. Eh, Suhaila. Buat apa datang ke sini?"

"Saja nak bagi patung ni kat anak-anak abang. Diorang semua sihat kan?"

"Alhamdulillah, semua sihat. Maaflah tak dapat nak jemput Su masuk rumah. Su datang salah waktu ni. Akak Su takde kat rumah. Dia pergi ambil anak-anak kat sekolah. Maklumlah, pergi lewat, jammed pula jalanraya nanti."

Aku tersenyum saja mendengar celoteh Syafiq, suami Kak Hayati. Walaupun sudah agak berusia, lelaki di hadapanku masih kelihatan bertenaga.

"Su sihat?"

Agak terpana aku dibuatnya. Oh, mungkin Kak Hayati ada bercerita tentang aku yang tak dapat datang bekerja bulan lepas. "Su sihat alhamdulillah."

"Bertuah Su kan."

Terkebil-kebil aku mendengar ayat yang terbit dari mulut Syafiq. "Kenapa abang cakap macam tu?"

"Ye lah, suami Su ada beli rumah baru kat kawasan perumahan abang ni. Dapatlah selalu jenguk akak Su bila dah pindah di rumah baru tu. Rumah sebuah tu abang dengar, suami kamu sewakan."

"Mana abang tahu semua ni?"

"Amzar ada datang rumah ni dua hari lepas. Nak jumpa akak kamu katanya. Sambil-sambil tu sempat jugak borak dengan abang sebelum abang pergi kerja. Tu yang abang tahu dia beli rumah baru tu untuk Su."

Pada waktu itu, seolah-olah hanya jasadku yang tinggal. Rohku pula melayang keluar. Tidak lagi mendengar apa yang dikatakan oleh suami Kak Hayati selepas itu. Apa maksud Syafiq, Amzar ada datang ke sini? Untuk jumpa Kak Hayati? Atas sebab apa? Rumah.. rumah baru?

Sakit kepala mula menjengah. Spontan tangan kananku naik mengurut kepala.

"Su okey ke?" Terpancar riak risau di wajah Syafiq.

"Sakit kepala sikit je. Emm.. Su balik dulu ye. Nak makan ubat."

"Ye lah. Baik-baik memandu tu."

Aku hanya mengangguk sebelum memboloskan diri di dalam perut kereta lantas berlalu pergi.

Satu destinasi yang perlu ku tuju ketika itu.. sekolah anak-anak Kak Hayati.

A/N :

Tada! Have to keep on writing. Takut nanti tak dapat nak teruskan buat masa yang panjang.

Maaflah, saya merapu lagi. Thank you for the idea, @blackrose______

Perpisahan Ini [VERY SLOW UPDATE]Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang