"EL busy ke sekarang ni?" soal Tan Sri Megat Khalid apabila melihat anaknya yang sedang sibuk meneliti beberapa buah fail di hadapan. Macam pelik pula tengok Eleya betul-betul khusyuk buat kerja dia.
Eleya yang terkejut mendengar suara daddynya terus mendongak ke atas.
"Hye, dad. Haah... Boleh la. El ada meeting kejap lagi," jawab Eleya sambil matanya masih melekat pada beberapa buah fail di hadapan.
"You look so serious, sayang. Tak pernah daddy tengok El khusyuk benar buat kerja macam ni. Meeting dengan siapa kejap lagi?" soal Tan Sri Megat Khalid panjang lebar. Punggung mula dilabuhkan berhadapan dengan Eleya.
"Daddy perli El ke? Daddy ni dah tak ada kerja sangat ke yang datang bilik El ni?" Selamba Eleya berkata. Pertanyaan daddynya tidak pula dijawabnya.
Tak nampak ke yang kita tengah kalut prepare meeting kejap lagi? bebel Eleya dalam hati.
"Ni hah. Daddy nak El sign borang perjanjian ni," jawab Tan Sri Megat Khalid sambil menghulurkan beberapa keping kertas kepada Eleya.
"Apa ni?" Berkerut wajah Eleya melihat beberapa keping kertas tersebut. Perjanjian apa pula ni? Aish... Tak habis lagi dengan projek ni takkan dah datang projek terbaru pula?
"Perjanjian yang mengatakan bahawa El akan setuju dengan siapa pun pilihan daddy," beritahu Tan Sri Megat Khalid.
Wajah Eleya saat itu cukup menggambarkan yang dia tidak mengerti dan masih blur dengan kata-kata Tan Sri Megat Khalid. Apa yang daddynya mengarut pagi-pagi ni?
"Pilihan untuk?" soal Eleya endah tak endah. Tumpuan matanya hanya pada beberapa buah fail penting di meja hadapannya. Kertas perjanjian yang dihulur oleh Tan Sri Megat Khalid diletakkan ke tepi. Sikit pun tidak dibeleknya.
"Your future husband la," balas Tan Sri Megat Khalid pendek. Eleya mengangkat wajahnya seketika. Bola matanya sengaja dibesarkan sebaik mendengar kata-kata daddynya. What? My future husband?
"Dad, are you serious? El ingatkan daddy bergurau aje dengan El?" soal Eleya seolah-olah tidak percaya. Ni bukan namanya gurauan, siap dengan borang perjanjian lagi. Biar betul daddy ni? Tangannya kembali mencapai beberapa keping kertas yang dihulurkan Tan Sri Megat Khalid sebentar tadi.
"Yes. I'm serious, El. Daddy memang akan cari calon menantu daddy dalam masa terdekat ni," jawab Tan Sri Megat Khalid dengan wajah yang cukup serius.
Eleya pula cuba menahan tawanya. Apa kena dengan daddy ni? Dah tak sabar sangat nak bermenantu ni kenapa? Matanya membelek sepintas lalu beberapa helai kertas di tangan sebelum terpandangkan jam di pergelangan tangan yang menunjukkan hampir pukul sebelas pagi. Alamak! Aku dah lewat untuk meeting, ucapnya dalam hati.
"Dad, I'm late for meeting." Terkocoh-kocoh Eleya mengemas meja dan mencapai beberapa buah fail di hadapannya. Sebelum melangkah pergi, sempat Eleya tunduk menandatangani borang perjanjian tersebut tanpa membaca isi kandungannya terlebih dahulu. Cepat sahaja dia menyerahkan kembali kepada Tan Sri Megat Khalid.
"El tak nak baca dulu ke apa yang terkandung dalam perjanjian ni? Daddy bukannya suruh El sign borang tu sekarang," ujar Tan Sri Megat Khalid apabila melihat anaknya yang kalut menandatangani perjanjian tersebut. Boleh dia main selak-selak dan terus sign macam tu?
"It's okay, dad. I'm trust you. Nanti-nantilah El baca," balas Eleya tanpa perasaan.
"Sayang, kalau nak sign kontrak berkaitan urusan syarikat jangan buat macam ni tau. Baca dulu isi kandungan kontrak tu," pesan Tan Sri Megat Khalid bersama senyuman nipis di bibirnya.
"I know, daddy," jawab Eleya sambil membalas senyuman Tan Sri Megat Khalid. Apa hal siap pesan macam-macam dekat aku lagi? Buat macam aku ni tak pernah tandatangan mana-mana kontrak sebelum ni. Of course la aku baca dan teliti betul-betul dulu, desis hati Eleya.
YOU ARE READING
CALON MENANTU DADDY
General FictionTajuk: Calon Menantu Daddy Penulis: Una Unee Penerbit: karyaseni Isbn: 978-967-469-043-4 Harga: RM34.00 (semenanjung) // RM37.00 (sabah & Sarawak) Terbitan : Mac 2017 Kerana tekad untuk anak kesayangannya berubah, Tan Sri Megat Khalid telah mengambi...