"CUBA beritahu apa kesalahan yang you buat hari ni?!" soal Tan Sri Megat Khalid dengan nada tegas.
"Mana ada El buat apa-apa," jawab Eleya endah tak endah. Daddy ni dah kenapa? Nak jadi wartawan bergerak ke apa? Semua benda aku buat dia nak ambil tahu. Aishhh... Bengang Eleya. Baru saja sampai rumah tiba-tiba kena soal siasat macam dengan polis lagi.
"You jangan ingat daddy tak tahu apa yang you buat? Cakap cepat," gesa Tan Sri Megat Khalid.
Eleya mencebik geram.
"Ala, langgar lampu isyarat aje pun. Macam tak biasa aje daddy ni," jawab Eleya akhirnya.
"Dah masuk kali keberapa you langgar traffic light?" soal Tan Sri Megat Khalid lagi seperti tidak puas hati.
"Entah. El tak pernah kira pula. Bayar aje la, daddy. Habis cerita," cadang Eleya.
Tan Sri Megat Khalid menggelengkan kepalanya. Tak habis-habis buat masalah. Rasanya baru minggu lepas dia janji nak jadi anak yang baik. Pening kepala daddy, Eleya, bisik Tan Sri Megat Khalid dalam hati.
Mujurlah adik iparnya menelefon dan memberitahunya sebentar tadi. Ni baru jaga seorang anak. Nak handle sorang ni pun susah. Aku rasa macam aku tengah jaga sepuluh orang anak, komen Tan Sri Megat Khalid dalam hati.
"Ni bukan soal duit, sayang. This is about law and safety. Negara kita ni ada undang-undang. You tak boleh nak main redah macam tu aje!" tegur Tan Sri Megat Khalid dengan nada yang serius.
"Daddy tak perlu nak bercakap soal undang-undang dengan El. We have money right? Bayar aje, settle semua benda," balas Eleya dengan riak selambanya.
"El..."
"Negara kita ni nama aje ada undang-undang. Tapi El tak nampak pun kat mana keadilan tu? Undang-undang tu hanya atas kertas aje dan dengan duit kita boleh beli undang-undang tu, daddy. Pesalah pun boleh bebas macam tu aje," ujar Eleya bersungguh-sungguh.
Tan Sri Megat Khalid hanya mampu menggelengkan kepalanya.
"Orang macam El ni la yang sebenarnya buat undang-undang tu macam tak wujud aje. Sayang, kalau kita ikut mereka yang suka langgar undang-undang tu maksudnya kita sama aje macam dia orang. Tak ada beza. Mungkin dia orang boleh bebas dari hukuman dunia tapi dia orang tak boleh lari dari hukuman Allah. Faham tak?" bebel Tan Sri Megat Khalid panjang lebar.
"Yes, daddy. El faham. El tak akan buat lagi lepas ni," ujar Eleya dengan mimik muka bosannya. Selagi dia tak bersetuju dengan daddynya, selagi tu la daddynya akan membebel sehari suntuk.
"Promise?"
"Ya. I'm promise, dad."
"Good girl. Macam tu la my daughter. Lagipun, daddy tak nak apa-apa jadi dekat El. Keselamatan tu kena jaga, sayang. Saman memang kita boleh bayar tapi kalau salah satu anggota badan El hilang atau cacat disebabkan kemalangan, El rasa apa akan jadi?" ujar Tan Sri Megat Khalid dengan wajah penuh kerisauannya.
Eleya memuncungkan bibirnya. Aishhh... Daddy ni. Langgar lampu isyarat aje pun. Boleh pula dia takutkan aku sampai macam tu sekali? soal Eleya dalam hati.
"Sekali lagi you buat benda yang sama, daddy akan rampas Audi tu daripada you. Understand?" kata Tan Sri Megat Khalid berbaur ugutan.
Bibirnya dicebik geram. Amboi! Daddy sekarang ni dah pandai ugut-ugut pula tu. Belajar dari siapa la semua tu? omel Eleya dalam hati.
"Daddy tak tahu apa nak jadi dengan El ni. Makin daddy biarkan, makin menjadi-jadi. Hari ni langgar traffic light, esok lusa tak tahu apa pula yang El akan buat?" bebel Tan Sri Megat Khalid. Eleya sudah mula membuat muka bosannya. Tak habis-habis nak berceramah pada aku, marah Eleya dalam hati.
![](https://img.wattpad.com/cover/101052648-288-k235140.jpg)
YOU ARE READING
CALON MENANTU DADDY
General FictionTajuk: Calon Menantu Daddy Penulis: Una Unee Penerbit: karyaseni Isbn: 978-967-469-043-4 Harga: RM34.00 (semenanjung) // RM37.00 (sabah & Sarawak) Terbitan : Mac 2017 Kerana tekad untuk anak kesayangannya berubah, Tan Sri Megat Khalid telah mengambi...