"GUYS... Bakal pengantin kita dah sampai tu."
Riuh-rendah suara beberapa orang teman Eleya sebaik melihat susuk tubuh Eleya melangkah masuk ke kelab malam itu. Siap bertepuk tangan pula tu. Dah macam sambut menantu pun ada. Eleya menghampiri sekumpulan temannya itu dengan riak selambanya.
"Apa kecoh-kecoh ni?" soal Eleya sebaik melabuhkan punggung di situ.
Bukannya dia tidak dengar apa yang mereka tengah kecohkan cuma sengaja Eleya berpura-pura tidak tahu. Sejak seminggu yang lepas semua orang tiba-tiba kalut bertanya dan mengambil berat mengenainya. Telefonnya pula tidak berhenti berdering.
Semua ini berlaku disebabkan tindakan daddynya itu la. Nak cari menantu pun kena hebohkan ke? Buat malu aku aje. Ni pun, selama seminggu aku asyik terperuk aje dalam bilik. Seminggu juga la aku tak masuk office. Biar padan muka daddy.
"Buat-buat tak tahu pula kau ni. Apa ni, El? Tak ada angin, tak ada ribut, tiba-tiba keluar berita yang kau nak kahwin. Are you serious?" Sally yang baru melabuhkan punggung di sisi Eleya terus menyoalkan beberapa perkara. Dan saat itu juga Eleya sebenarnya sudah dikelilingi dengan teman-temannya yang lain yang turut mahukan jawapan darinya.
"Yes... Aku bakal kahwin tak lama lagi. Full stop," jawab Eleya akhirnya. Buat apa nak sembunyikan lagi perkara yang terang-terangan akan berlaku? Mereka yang lain bagaikan terkejut mendengar kenyataan Eleya itu.
"Dengan siapa?" Serentak mereka menyoal.
Eleya hanya diam membisu. Aku pun tak tahu siapa pilihan daddy tapi yang pasti orang tu lebih kaya dari daddy dan mampu sara aku. Hahaha, ucap Eleya dalam hati.
"Calon daddy aku," beritahu Eleya.
"Are you serious? Kau ni, El. Kenapa yang tiba-tiba buat keputusan macam ni?" Linda pula menyoal. Seolah-olah tidak percaya yang teman baiknya itu bakal mendirikan rumah tangga. Berita ini benar-benar mengejutkan ramai kenalan Eleya.
"My dad yang nak I kahwin. So, I follow aje la," terang Eleya lagi.
Aku pun tak tahu macam mana boleh jadi macam ni. Mungkin sebab aku rasa perkahwinan tu akan menguntungkan aku. Of course la, kan? Kalau tak sebelum ni hanya daddy sahaja yang boleh support aku dari segi kewangan tetapi lepas berkahwin nanti tentulah suami aku dan daddy yang akan support aku. So, makin mewah la aku, ucap Eleya dalam hati.
"El, if I nak turut serta dalam interview yang daddy you buat boleh tak? Mana tahu rezeki I dapat kahwin dengan you?" soal Adam tiba-tiba.
Mereka yang lain mula mengalih pandangan ke arah Adam dan Eleya silih berganti. Si Adam ni memang dah lama minat kat Eleya, cuma Eleya aje yang buat tak layan dekat dia.
"Of course you can, Adam. Tapi I tak jamin daddy I akan terima you ke tidak," balas Eleya bersama ketawa kecil di hujung katanya.
"Aku sokong kau, Adam. Time ni la kau nak buktikan cinta kau buat El," sokong Sally.
"Try aje la, Adam. Kau bodek aje Uncle Khalid tu," tambah Ezad pula iaitu teman lelaki kepada Sally.
Adam tersengih panjang. Makin beria-ia la dia nak hadiri temuduga tu bila ramai yang menyokong tindakannya itu.
"Okay, guys. Kita tutup cerita pasal ni. I datang sini nak berseronok tau bukan nak you all gosip pasal I," ujar Eleya seraya mengangkat punggung dari situ.
Bunyi alunan muzik yang kuat itu membuatkan dia terasa ingin menari. Rubuhnya mula mengikut rentak lagu yang dimainkan. Mereka yang lain turut hanyut dalam tarian tersendiri.
Alunan muzik tersebut bagaikan melalaikan mereka yang berada di situ. Semuanya hanyut dalam dunia masing-masing. Tanpa Eleya sedari, ada sepasang mata yang sejak dari tadi tidak lepas memandangnya. Setiap pergerakannya diperhati tanpa dia sendiri sedari.

YOU ARE READING
CALON MENANTU DADDY
Fiksi UmumTajuk: Calon Menantu Daddy Penulis: Una Unee Penerbit: karyaseni Isbn: 978-967-469-043-4 Harga: RM34.00 (semenanjung) // RM37.00 (sabah & Sarawak) Terbitan : Mac 2017 Kerana tekad untuk anak kesayangannya berubah, Tan Sri Megat Khalid telah mengambi...