Mimpi

139 8 1
                                    

   Sejak akhir-akhir ni, aku selalu mimpi ngeri. Bukan ngeri yang biasa. Ngeri yang luar biasa. Dan mimpi tu sering berulang macam pita rakaman. Aku tak tau nak elak mimpi tu macam mana.

   Aku selalu mimpi...

   Di depan aku ada satu rumab agam yang sangat cantik. Pagar yang besar terbuka luas seperti memanggil aku untuk masuk ke dalam. Aku melangkah masuk ke dalam rumah agam itu. Ada seorang maid datang membawa secawan teh untuk aku.

   Sambil minum teh, dia bawa aku ke ruang tamu. Ada seorang lelaki yang berpakaian kemeja dan seluar hitam sedang membaca surat khabar. Ada dua orang kanak-kanak sedang berlari-lari di tengah-tengah rumah. Seorang perempuan keluar dari dapur, senyum ke arah ku.

   Masa aku senyum dekat dia, aku terpandang kalendar di belakang dia, 12 Mac 2005. What?! Sekarang bukan 6 April 2017 ke? Ohh lupa. Aku mimpi. Mereka layan aku dengan baik. Malam tu, aku makan malam bersama mereka. Perempuan tu rupanya ibu tiri du orang kanak-kanak tadi. Patutlaa garang. Si suami hanya mampu melihat, kemudian menyuruh anak-anaknya untuk tidur.

   Aku mengekori mereka. Aku diberi sebuah bilik disebelah bilik kanak-kanak tadi. Sedang aku lena dibuai mimpi, aku rasakan seperti ada yang memerhati aku. Aku terjaga. Aku lihat ada seperti susuk tubuh manusi yang sedang berselindung dibalik langsir. Tiba-tiba mereka bersuara.

   "Awak pasti ke abang tu tak bangun?"

   "Kalau awak bercakap, memangla dia bangun. Senyaplah,"

   Aku menyelak langsir dan melihat kanak-kanak tadi hanya tersenyum ke arah ku. Aku mengajak mereka untuk tidur di bilik mereka. Semasa keluar dari bilik, aku terdengar seperti ada pergaduhan yang sedang berlaku di tingkat bawah.

   Aku suruh mereka ke bilik dan aku turun ke tingkat bawah. Kelihatan perempuan tadi sedang mengacukan pistol ke kepalanya. Pembantu rumah mereka sembunyi di sebalik pintu dapur, si suami pula cuba mengambil pistol dari tangan isterinya. Ketika pembantunya hendak lari daripada situasi tadi, peluru menembusi dadanya. Jasadnya rebah di situ. Akibat ketakutan, si isteri menembak kepala suaminya.

   The fish! Dia nampak aku tengah tengok dia. Aku lari nak selamatkan budak dua orang tu. Masa aku masuk bilik diorang, aku nampak dua orang budak tadi mulut mereka dah berbuih. Apa semua ni?!! Aku buntu. Aku nampak tingkap bilik, sebelum dia sampai baik aku terjun. Aku masih selamat. Aku terus lari keluar pagar.

   Dan aku terjaga...

   Dah seminggu aku mimpi macam ni. Tapi makin lama makin teruk. Yang aku mimpi semuanya dalam bentuk roh. Mula-mula je manusia. Bila tanya doktor, doktor cakap tu halusinasi aku semasa tidur. Doktor ni nak tunggu aku mati dalam mimpi ke macam mana?

   Aku dapat idea. Ya aku takkan tidur. Takkan!

   [6 hari kemudian]

   Hahahahaha dah genap 6 hari aku tak tidur. Tapi aku risau sebab aku semakin ngantuk. Ya teramat ngantuk.
Aku tak nak pejam mata. Tolong aku! Ah shitte! Mata aku makin kabur. Ya aku tidur untuk jangka masa lama. Kau tahu apa yang berlaku? Aku terperangkap dalam mimpi aku sendiri.

   Dan aku mati dalam mimpi sendiri....

*pernah mimpi seram tak? Mimpi tu pernah jadi kenyataan tak? Kalau belum, mungkin suatu hari nanti. Hihihihi

CreepypasztaWhere stories live. Discover now