Aku Mira. Tahun ni aku dah genap 16 tahun. NERD. Keistimewaan aku, aku kidal. Hmm, aku anak tunggal. Ayah aku doktor, mak aku suri rumah sepenuh masa.
"Mira! Turun makan cepat, nanti lambat pergi sekolah!"
Oh my, sibuk sangat berangan sampai lupa nak turun sarapan. Nasib baik sekolah dekat. Fuhh!
"Morning mama~"
"Ye morning sayang. Dah cepat makan. Nanti lambat, kena marah dengan cikgu"
Aku mampu tayang sengih je.Aku suka jalan kaki pergi sekolah. Seronok sebab dapat angin segar. Aku capai roti bakar yang disapu mentega, salam mama, pakai kasut, dan jom kita ke sekolah! Lupa nak bagitahu, aku ni tak ramai kawan. Kawan aku cuma satu je. Rasya. Dia lah peneman aku kat sekolah.
[Kelas 4 Ace]
"Mira! Sampai pun kau. Weh kau tahu tak, semalam aku pergi perpustakaan, dan aku jumpa buku Magic In Your Hand ni. Best gila! Banyak gila spell dalam ni, tapi aku tak pernah cuba. Hahaha"
"Ehh, rileks la. Aku baru sampai, kau terus bebel kat aku. Blank otak aku pagi-pagi ni" Rasya sengih bagaikan kerang busuk, tapi serius Rasya lagi buruk masa ni. Hahaha [gelak jahat dalam hati] Alah, cikgu ni masuk awal la pula. Baru nak tengok buku Rasya. Rehat nanti lah.
"Rasya, nak tengok buku kau."
Best juga buku ni. Hmm banyak misteri dalam setiap spell. Menarik. 'Twin In The Mirror' wah macam seronok je yang ni.'Sejarah purba mengatakan bahawa kita mempunyai kembar di alam lain, dia sentiasa menunggu kita untuk menyedari bahawa mereka adalah kembar kita. Orang purba telah menjumpai mantera yang boleh menemukan kita dengan mereka.
*kita seiras tiada beza,
satu hati satu jiwa,
aku kanan engkau kiri,
aku kiri engkau kanan,
sudah lama kita terpisah,
maka kuseru kau agar kita
bersatu semula,
sebati menjadi satu*
Tepat pukul 12 malam, bawa cermin ke bawah cahaya bulan dan baca mantera di hadapan cermin anda, untuk bertemu kembar anda....'Wah macam seronok je tapi mengerikan. Hmm nak buat lah malam ni. Mana tahu jadi.
[12.00 am]
Jujurnya, aku takut. Tapi aku nak tahu jadi ke tak mantera ni. Baik cepat sebelum lambat.
"Kita seiras tiada beza, satu hati satu jiwa, aku kanan engkau kiri, aku kiri engkau kanan, sudah lama kita terpisah, maka kuseru kau.."
*Angin bertiup kuat
Emm aku dah rasa lain macam. Baik aku habiskan cepat mantera tu.
"Agar kita bersatu semula, sebati menjadi satu." Hmm tak ada apa yang jadi pon. Buang masa aku je."Bebel apa sorang-sorang tu?"
"Siapa tu?!"
"Hei sinilah. Pandanglah cermin ni~"
"Eh kau siapa? Kenapa kau boleh bercakap? Aaaarghhhh!!!"
"Hei rileks la. Kau yang seru aku tadi. Aku kakak kembar kau lah. Sebenarnya kita ni kembar. Kakak patutnya lahir dengan kamu tapi kakak tak sempat nak tengok dunia ni. Mama tak ada cerita kat kamu ke? Sedihnya~ Kakak dah lama perhati kamu tahu,"
"Iya ke? Hmmm pelik. Apa-apa je lah. Aku saja je nak seru kau. Balik lah tempat asal kau. Aku nak buktikan je kau ni wujud ke tak."
"Sombongnya. Halau kakak pula. Kamu kan seorang, apa kata kakak teman kamu? Kakak ada banyak tips kecantikan tau, *kenyit mata"
"Betul ni? Ok, kakak boleh teman Mira." Malam tu aku tidur dengan kakak aku.
Seronoknya ada kakak!
Aku terlampau sibuk dengan kakak aku sekarang. Aku pun dah makin cantik dan popular. Aku ada banyak kawan yang popular. Terima kasih sebab kakak aku bagi tips nak cantik."Mira, makin popular kan kau sekarang. Sampai tak ada masa nak layan aku. Hmm petang ni jom lepak? Lama dah tak lepak dengan kau."
"Sorry Rasya, aku sibuk sangat dengan kakak aku. Hmm datanglah nanti."
"Kakak? Kau bukan anak tunggal ke? Kau merepek ape ni Mira?"
"Ish kau ni, sibuklah! Nak datang rumah aku datang je lah. Tak nak sudah."
"Mira, kau dah banyak berubah. Aku tak kisah kau nak kawan dengan diorang semua tu. Cuma aku tak nak kau lupa tentang persahabatan kita. Kau makin jauh dari aku Mira.."
"Lantak kau lah. Manusia boleh berubah, ingat fakta tu."
[Rumah]
Aku rasa aku agak melampau dengan Rasya harini. Dia tanya je. Hmm.
"Mira, kenapa ni? Ada masalah ke?"
"Tak adalah kak. Hmm Mira rasa Mira dah ketinggalan lah dalam fesyen. Bag ni pon dah lama. Dah 2 minggu pakai. Kawan" Mira yang lain semua tukar bag. Lawa pula tu."
"Haa Mira belilah bag ni! *tunjuk majalah yang ada depan cermin solek* Lawa! Bag tu paling latest tau."
"Hmm nntilah."
"Biar akak belikan. Nak tak?"
"Akak kan dalam cermin. Macam mana akak nak beli? Merepek laa"
"Sini dekat sikit dengan akak. Akak nak bagitahu cara macam mana akak nak beli bag tu"
Mira duduk depan cermin. Dekat sangat dengan 'kakak' dia. 'Kakak' dia senyum tapi...senyum yang sangat mengerikan. Ah shitte! Mira terus jauhkan diri dari cermin tu.
"Kenapa ni Mira? Janganlah takut. Ni kakak lah. HIHIHIHI"
"Tak! Kau bukan kakak aku! Bukan!!"
[Di tingkat bawah]
"Assalamualaikum cik, Mira ada?
"Waalaikumussalam. Ada kat atas tu. Pergilah naik."
"Hehe terima kasih cik"
PRANGGGG!!!!
"Mira!!!"
Rasya dan mama Mira berlari menuju ke biliknya. Apabila mereka tiba, kelihatan cermin Mira telah pecah. Serpihan halus memenuhi ruang lantai. Mira masih lagi dalam keadaan terkejut.
"Mira, kau ok?"
"Aa..a..aku ok je. Err jom keluar dari sini mama, Rasya.."
"Ok ok. Kita keluar. Hati" jangan sampai terpijak kaca tu"
"AUCHHHH!!!"
"Eh Mira kenape ni?"
"Tangan kiri aku. Terkena serpihan kaca. Auchh~"
"Laa..macam mana kau nak tulis nanti?"
"Aku kan tulis tangan kanan. Aku selalu tulis guna tangan kanan dan tetap guna tangan kanan.."
"Ehh..tukar tangan dah? Suka hati kaulah."
'Terima kasih Mira sebab jadi adik yang baik. HIHIHIHI~'
[Sambungan buku]
'..untuk bertemu kembar anda. Amaran: jangan terlalu percaya kepada mereka. Kemungkinan besar anda akan menjadi mangsa yang diperangkap di dalam cermin seperti sejarah orang purba terdahulu...'
*Jangan tengok cermin lama sangat. Nanti kembar kita teruja nak senyum sekali. Heeeee*
YOU ARE READING
Creepypaszta
HororBacalah sendiri. Aku taip memang laju. Cuma tak berani nak taip BERSEORANGAN ×,× Hihihihi