"Bosanlah, dah la cuti seminggu. Lepastu duduk rumah je," Syameer memikirkan aktiviti yang boleh dilakukan.
"Hmm...kita tidur nak tak?"
"Kau ni, tak cukup tidur ke?"
Apiz, Taufiq, Luqman, Aliff, dan Syameer memandang wajah Imran serentak.
"Ape? Aku cakap je.."
Tiba-tiba ada satu suara menyampuk..
"Korang, aku menang cabutan bertuah berkhemah di hutan Kujifura kat Jepun. Percuma! Perbelanjaan semua diorang tanggung. Jom lah, seminggu ni takde buat apa-apa kan?"
"Tipu ah kau. Asal jauh sangat kat Jepun? Kau tipu kitorang eh?" Apiz mencurigai Acap.
"Ye tak tipu. Jomlah"
"Hmmm..disebabkan cuti ni tak buat apa-apa, ok kitorang ikut kau. Kau jangan tipu kitorang ehh" Syameer mengingati.
"Eeee tak nak pergi dengan dia!!" Imran membantah.
"Pergi jelah. Nanti kau sorang kat rumah," masing-masing cuba memujuk Imran.
"Yelah. Aku pergi."
"Kemas barang korang, esok kita gerak," Acap mengarah.
Yang lain masih lagi separuh curiga dan separuh teruja dengan aktiviti mereka. Dah nama percuma, rugi kalau tak pergi. Tapi percuma yang ni, percuma luar biasa. Mereka pun just follow the flow.
[Airport Senai]
Masing-masing sudah sedia dengan beg dan barang-barang yang akan dibawa ke Jepun. Pakaian tak pernah tak hipster mereka ni. Flight diorang, 30 minit lagi. Semangat betul nak pergi Jepun walaupun ragu-ragu. Penuh bergaya mereka menaiki pesawat. Gaya kalahkan artis.
[Kaki Gunung Kujifura: Kaunter Pendaftaran]
"We want to camping in the forest of Kujifura Mountain. This is our ticket and payment."Luqman menghulurkan tiket dan duit. Wajah pekerja di kaunter seperti terkejut dengan tindakan mereka yang mahu berkhemah di hutan tersebut.
"Are you sure want to camping in that forest sir?"
"Yes. Is there any problem?"
"Emmm no sir. I just want to warn you to stay out from the forbidden area"
"Sure. Thanks for reminding us miss."
"My pleasure."
Luqman mulai curiga dengan hutan tersebut tetapi dia tidak mahu menakutkan rakan-rakan yang lain. Jadi dia biarkan perkara itu berlalu begitu saja.
Mereka berjalan mencari kawasan yang sesuai untuk mendirikan khemah. Kena pilih tempat yang cantik sebab bukan selalu dapat datang Jepun. Tidak lama kemudian, mereka telah menjumpai kawasan yang sesuai. Tidak jauh dari kawasan itu, terletak satu papan tanda yang lusuh dan berkarat tertulis
"WARNING! DO NOT CROSS THIS LINE. THIS IS FORBIDDEN AREA!"
"Wehh kat sana tu lawa la! Jom pergi sana!"
"Kau gila ke Acap? Kan minah jepun tu cakap tak boleh lebih kawasan larangan." Syameer dah ready nak tampar muka Acap yang tak faham bahasa.
"Alah korang ni, hutan je pon. Pengecut lah korang ni."
YOU ARE READING
Creepypaszta
HorrorBacalah sendiri. Aku taip memang laju. Cuma tak berani nak taip BERSEORANGAN ×,× Hihihihi