Cuti semester sudah bermula. Ayumie, Maisarah, Laila, Masitah, dan Ain sudah membuat perancangan untuk menjalankan aktiviti lasak sepanjang seminggu dengan berkhemah di sebuah hutan. Kawasan kediaman Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam, sunyi setelah semua pelajar sudah pulang ke rumah masing-masing. Tinggal mereka berlima sahaja yang masih belum pulang. Mereka sedang menunggu teksi yang telah ditempah. Mereka bercadang untuk tidak memberitahu tentang rancangan mereka kepada ibu bapa masing-masing kerana sudah pasti keputusan mereka akan ditentang sekeras-kerasnya.
Malam itu mereka bermalam di hotel berdekatan dengan stesen bas. Keesokan harinya mereka bertolak ke stesen bas pada pukul 8.50 pagi kerana bas bertolak pada jam 9.00 pagi tepat. Setelah 3 jam perjalanan termasuk meredah kawasan pedalaman, akhirnya mereka tiba di kawasan tapak pergunungan. Mereka mula mendaki kaki gunung. Setelah meredah hutan tebal, mereka menemukan denai yang membawa mereka ke kawasan air terjun. Tidak jauh dari kawasan tersebut, mereka mendirikan khemah. Suasana disitu sangat nyaman dan tenang, sesuai untuk mereka yang inginkan ketenangan, tetapi tanpa mereka sedari ada beberapa pasang mata sedang memerhati mereka.
Masing-masing membahagikan tugas mengumpul kayu api dan membuat gajet yang diperlukan. Ain, Masitah dan Ayumie mencari kayu api tidak jauh dari mereka manakala Maisarah dan Laila membuat gajet di tapak perkhemahan mereka.
"Eh, aku rasa dah cukup kayu api yang kita kumpul. Jom balik tapak khemah, dah jauh sangat kita jalan," Ayumie menyedarkan mereka.
"Eh, tengok sana!" Ain terus berlari ke arah sebuah buaian yang cantik di bawah pohon beringin.
Belum sempat Ain duduk di buaian tersebut, kakinya terjerat dengan seutas tali yang diperbuat daripada akar yang menariknya ke atas, jauh tidak mencecah bumi. Ayumie dan Masitah menjadi panik. Mereka cuba untuk menarik Ain kembali tapi tidak berjaya kerana ikatannya terlalu kuat dan kemas. Selain itu, ketinggian Ain daripada tanah yang berukuran lebih kurang 5 meter dari tanah menyukarkan lagi mereka untuk menyelamatkan Ain. Mereka membuat keputusan untuk kembali ke tapak perkhemahan mereka untuk mendapatkan bantuan. Setibanya di tapak perkhemahan, mereka menjerit.
"Tolong, Ain terkena jerat! Kami tak berdaya untuk selamatkan dia. Tolong kami! " Masitah semakin panik.
"Ayumie di mana?" Laila bertanya.
"Ayumie menemani Ain, tidak sampai hati hendak meninggalkan dia berseorangan dalam keadaan begitu,"
Mereka bergegas ke kawasan yang ditunjuk oleh Masitah. setibanya mereka di sana, Ain semakin lemah akibat terlalu banyak meronta.
"EEHH WALE WALE WASA HOOH!" suara itu bergema di dalam hutan.
Mereka ketakutan apabila dikelilingi beberapa orang yang memakai cawat dan hiasan kepala yang diperbuat daripada dedaun kering yang dianyam. Beberapa orang memegang sumpit manakala yang lain memegang tombak dan sabit yang tajam. salah seorang daripada mereka mara ke hadapan mendekati mereka. Dia kelihatan seperti ketua puak disitu kerana cawat dan hiasan kepalanya lebih gah dan menarik daripada yang lain.
"Gun hena'ak jala'an menak?" (kamu semua handak jalan mana?) Mereka terpinga-pinga setelah mendengar percakapan daripada 'ketua' tersebut.
"Maaf, kami tidak mengerti apa yang encik katakan," Laila cuba berkomunikasi.
"Bawa'ak gidi'ek ki'ek klempang kita'ak" (bawa mereka ke kampung kita) dengan sekali lempar, sabit itu berjaya memutuskan jerat akar yang mengikat Ain.
YOU ARE READING
Creepypaszta
HorrorBacalah sendiri. Aku taip memang laju. Cuma tak berani nak taip BERSEORANGAN ×,× Hihihihi