Part 1

254 5 4
                                    

Ella
Berumur 28 tahun, berkerja sebagai esekutif pemasaran. Status: Berkapel dengan si Jack Hammerson. Hobi: Jogging ala-ala  filem shah rukh khan yang berlarian di tepi pantai, menggumpul lingerie, kasut, dan shopping internet. Berasal dari sabah di sebalik banjarang crocker, tekalah siapa yang tahu?

Maggie @ Mag or Mac, Gie atau Giegie, atau..suka-suka kamu lah mau panggil apa.
Keistimewaan: Bercakap tanpa henti selama sejam dan lebih, pro berbahasa English, Kadazan tapi pongkang bahasa Melayu, cita-cita menjadi chef terkenal di hotel 2 bintang pun jadilah, memandangkan idolanya ialah Dato Chef Wan. Berumur 38 tahun tapi masih mantap dan meletups. Status: Bujang dan virgin.

Janet
Menawan dan manis orangnya, saiz boobs xxL dan susuk tubuh chubby, sexy  tapi merana. Status: Tunangan orang, Vijay Kumar anak lelaki Mundiran. Pekerjaan: Junior Accounting, audit dan yang sewaktu dengannya. Kegemaran: Menonton filem biru, biru. Die hard fan of Kwang Soo and Running Man, anak tunggal dan manja, kaya dan kedekut.

Derna
Si gadis matang, lemah-lembut, dan kurus-kerempeng. Anak peranakan cina, kadazan, dan brunei. On off-On off hubungannya dengan Roby. Kerana dia percaya kumbang bukan seekor walaupun dia sudah mencecah angka 35 tahun. Mempunyai asma dan juga blood preassure rendah. Lemah semangat tetapi perasan kuat. Berasal dari barat daya KK. Anak ke 13 daripada 13 orang adik beradik.

   Mereka ini ialah empat orang sekawan yang begitu rapat antara satu sama lain, satu kepala lain-lain badan. Dari tempat, dan asal-usul yang berbeza-beza, agama dan bangsa tetapi mereka sudah seperti adik-beradik. Perkenalan mereka apabila mereka menyewa sebuah rumah teres beberapa tahun yang lalu. Tetapi selepas dua tahun lebih tinggal di rumah itu, tuan rumah ingin mengambil kembali rumah tersebut untuk di ubah suai kemudian di jual. Terpaksalah mereka mencari tempat baru untuk dijadikan tempat tinggal di bandaraya besar itu.

   Kebetulan Mag yang mempunyai banyak kenalan rapat mendapat maklumat bahawa sebuah bangunan lama telah di kosongkan untuk di sewakan kepada mereka yang ingin mencari tempat tinggal, yang tidak terlalu cerewet dan memilih. bangunan itu juga dua tingkat, mempunyai 8 bilik tidur yang agak besar dan bilik mandi persendirian di setiap bilik. Dengan dapur yang agak besar dan juga ruang tamu yang luas untuk mereka berkongsi bersama. Halaman untuk kegiatan riadah, dan tentunya tempat jemur kain yang esklusif, tertutup dan terlindung dari segala bahaya kecurian.

   Bangunan itu telah lama di tinggalkan kosong, kepunyaan pihak gereja yang pada mulanya ialah sebuah asrama perempuan, kemudian di jadikan sebagai tempat anak gadis yang ingin menjadi rahib. Selepas beberapa dekat bangunan itu ditinggalkan kosong sebelum di berikan kepada pihak kerajaan sebagai sekolah buat kanak-kanak kurang upaya. Memandangkan budget kerajaan amat terhad dan sekolah itu di tutup dan kini di serahkan kembali kepada pihak lain. Sudah agak lama ianya terbiar begitu saja, selain kerosakan, sampah-sarap, sarang labah-labah, tikus-tikus yang menghuni, akhirnya bangunan itu telah di buka semula untuk di sewakan kepada orang ramai selepas hampir 20 tahun ianya kosong tidak berpenghuni.

   Kini sudah hampir 5 bulan mereka tinggal di sana, Stella Avenue bangunan gah berdiri dengan megah sekali, tidak sukar untuk di cari dari jalan besar. Dengan cat biru kuning warnanya pada luar bangunan itu, kelihatan menarik dan tentu saja menyembunyikan rahsia sebenar di dalamnya. Bangunan itu di pagar besi pusing keliling, menjadi hak privasi dan individu yang tinggal di dalamnya. Beberapa kereta tersusun di luar pagar kepunyaan mereka yang menghuni tempat itu. Siapa yang tidak mahu rumah seperti itu? Semua kemudahan pun ada, tempat letak kereta cukup, semua bilik seperti 'master bedroom', peraturan pun tidaklah ketat sangat.

   Selain Ella, Mag, Janet dan Derna, dua beradik Jessica dan Jesscila, serta Naomi turut menyewa bilik di situ. Semua mereka bersyukur menjumpai tempat ini terlebih dahulu, kerana bukannya mudah untuk menyewa tempat tinggal di rumah besar ini dengan kadar harga berpatutan. Mujurlah kawan punya kawan, maklumat sampai juga ke telinga Mag seterusnya membawa kawan-kawannya yang lain tinggal di bangunan ini.

"Ella, kau masak malam ni?" Tanya Mag yang menjerit dari ruang tamu.
"Maaflah, malam ini aku ndak senang, malam minggu depan boleh?"
"Banyaklah kau punya malam minggu depan, berapa minggu depan sudah berlalu.. selalu saja kau ndak senang."
"Kita makan di luar sajalah Mag, si Janet balik makan di rumah keluarganya, malas masak kalau kita berdua saja. Jessica dan Jesscila juga tiada di sini. Naomi masih kursus, esok baru balik. Kita pun keluar lah juga malam ni." Kata Derna.
"Asyik-asyik makan di luar saja kita ni, rumah ni tidak pernah berasap langsung. Tv pun ndak lama lah rosak sebab tidak pernah ber-on." Mag yang memandang ke arah sekeliling rumah itu, terasa sedih. Walaupun sudah setengah tahun mereka tinggal di situ belum pernah sekali pun mereka duduk beramai-ramai di ruang tamu atau masak bersama di dapur yang agak lengkap perkakasnya. Maklum sajalah semua pun bujang, berkerjaya dan mempunyai hidup sendiri. Bukan senang untuk duduk berkumpul bersama, kekadang setakat hai..hai..bye..bye.. saja apabila berselisih di tengah jalan antara dapur dan bilik, atau anak tangga yang menuju ke atas. Rumah itu kelihatan seram pada waktu malam dan juga siang hari kerana terlalu besar dan sunyi sepi lagi. Tapi dengar khabar ada seorang lagi yang akan masuk pada minggu hadapan, maka genaplah semua kelapan-lapan bilik tidur di rumah ini dihuni tuannya.

   Tidak banyak sangat peraturan di rumah ini, masing-masing bebas keluar masuk, dan juga membawa kawan-kawan dan keluarga. Cukuplah sekadar mereka tidak menggangu ketenteraman orang lain dan juga menjalankan kewajipan mereka mengikut jadual yang di sediakan, serta sewa bulanan tepat pada masanya. Bukan tidak boleh lelaki tinggal di sini, cuma setakat ini tiada lelaki yang berminat untuk menyewa tempat ini, bagus jugalah semuanya perempuan jadi tidak lah segan sangat kan. Ada pun yang membawa bopren dan tunangan mereka pulang di sini, tidaklah tinggal lama sangat. Faham sama faham lah tu. Kau buat-buat tidak faham sila tinggal di gua batu.

"Derna, kau rasa kalau kita buat makan-makan tahun baru apa macam? Memanglah tahun baru semua pun balik. Maksud aku selepas tu lah, macam 3 haribulan kah..5 haribulan kah? Kita buat waktu malam minggu , BBQ sayap ayam." Mag memberi cadangan ketika mereka berjalan menuju ke McD.
"Bagus juga bah idea kau tu, lagipun belum pernah kita makan sama-sama lagi kan. Tapi mau inform semua orang awal-awal lah, hmmm..kita-kita saja atau termasuk cowok diorang juga kau jemput?"
"Eeeee, kita-kita saja bah. Apa pula kena mengena dengan bopren diorang, mentang-mentang lah aku tiada sepa-sepa, nanti aku jemput mami aku nah baru kamurang tau." Mag, menjeling kepada Derna di sisinya. Harapannya biarlan pergumpulan pertama itu menjadi ice-breaker untuk semua penghuni dalam rumah bangunan itu, sebagai satu keluarga baru. Bukan apa, tapi Mag adalah yang paling tertua di situ, jadi ada baiknya juga dia bertindak sebagai pemimpin kepada mereka-mereka yang muda-muda di sana, tidak salah beramah-mesra dan mengambil tahu antara satu sama lain. Sekurang-kurangnya tidaklah janggal bila berseslisih di tengah-tengah jalan kota besar ini kelak.


Stella AvenueWhere stories live. Discover now