Part 5

84 3 0
                                    

   Mereka bergilir untuk berganti-ganti menjaga Zetty di katil hospital itu, semalam mereka mengambil keputusan untuk membawanya saja ke hospital kerana sudah tidak tahu apa yang harus di lakukan. Urat di bahagian lehernya juga sudah semakin bertimbulan ketika itu, itulah yang merisaukan lagi semua orang, takut-takut dia terlampau pusing lehernya nanti ada urat pula yang putus, tidak pun kesan pada tulang belakang di bahagian tengkuk.

   Memandangkan keluarganya berasal daripada Tawau, untuk sampai ke sini juga perlukan masa. Kasihan kami ibu bapanya yang terpaksa bertolak subuh-subuh lagi apabila kami memberitahu keadaan diri Zetty, sedangkan pihak hospital tidak menjumpai apa-apa sakit pun setakat ini, kemarin dia di berikan ubat penenang dan tidur untuk seketika. Tiasa siapa boleh dan berani mengagak apa yang sudah menimpa Zetty sehingga dia berkelakuan seperti itu.

"Mag, kau rasa patutkah kita bertahan lagi dalam rumah tu?" Janet bertanya pada Mag ketika mereka duduk di kantin hospital besar itu.
"Entahlah, tapi kita tidak boleh pandang ringan juga.. tengok si Zetty tu. Walaupun aku tidak cakap yang ianya berpunca dari rumah itu. Tapi kita pun boleh rasa sendiri ketika berada di dalam tu kan." Mag menyuap nasi kuning itu ke dalam mulutnya sebagai sarapan pagi.
"Tapi yang aku hairan, kenapa baru sekarang? Selama beberapa bulan ini tidak pernah sekali pun terjadi hal seperti ini." Ella kelihatan masih binggung-bingung awal pagi itu, mungkin kerana tidak tidur semalaman.

"Iya, itu juga yang aku tertanya-tanya. Kenapa baru sekarang? Selepas kita sudah begitu mesra dan rapat, kenal antara satu sama lain, rumah itu juga kelihatan berseri-seri, tidaklah macam selama ini yang seperti tidak berpenghuni saja." -Derna.
"Itulah agaknya, sebab kita terlalu bising bagi mereka, atau.. mereka tidak suka suasana itu." - Janet
"Patutkah kita panggil orang pandai untuk halau benda tu keluar? Atau kita pindah keluar saja, tinggalkan tempat itu?" -Ella
"Mana mau cari rumah waktu-waktu sekarang ni. Nanti aku tanya mama aku dulu pasal halau-menghalau ni. Eeeeh, aku pun bingung sekarang. Sudahlah tidak cukup rehat beberapa hari ni. Tempat kerja mau audit, di rumah masalah ni." Mag mengeluh dan mengaru-garu kepalanya. Siapalah yang tidak merasa tekanan dengan semua ini, ingatkan lepas penat seharian bekerja di luar bolehlah rehat bila di rumah. Tau-tau pulang ke rumah dengan seribu satu ketakutan di dalam diri mereka, bukannya dapat rehat pun tambah lagi terasa penatnya.

   Memandangkan Zetty tidak ada apa-apa masalah dia segera di benarkan keluar dari hospital itu pada sebelah petangnya, menurut doktor dia mungkin mengalami sedikit tekanan di tempat kerja membuatkan dia tidak boleh mengawal perasaannya. Sudah terlanjur pula keluarganya datang ke ibu kota ini, dia mengikut keluarganya bermalam di hotel saja untuk beberapa hari. 

   Manakala Jessica dan Jesscila mengambil keputusan untuk menumpang di rumah pakcik mereka buat masa ini untuk meredakan keadaan dan juga ketakutan yang ada dalam diri mereka. Naomi pula ikut tinggal di rumah kawan katanya, Mag, Ella, Janet dan Derna menyewa satu bilik hotel untuk dua malam bagi merehatkan diri secukupnya, serta menghilangkan dulu ketakutan yang ada dalam diri mereka masing-masing.

   Malam itu ketika mereka tidur berempat di dalam satu bilik hotel yang mereka kira sebagai satu pilihan bijak buat masa ini, berada jauh dari segala malapetaka yang sudah menimpa, akhirnya mereka tidur dengan nyenyak sekali.

Tepat jam 1.30 pagi,
"Net...net..., Ja...net!" Derna mencubit tangan kanan Janet yang berkongsi katil dengannya.
"Arrr...hmmm.." Hanya itu balasan dari dia, dengan mata yang masih tertutup.
"Bangun dulu bah kau.. bangun!" Derna membisik lagi, suaranya seakan-akan tidak kedengaran,
"Napa?" Janet bersuara pula.
"Sssshhhh." Derna membuat bunyi itu dengan mengetap giginya.
Mahu tidak mahu Janet membuka matanya kecil, dan memandang ke arah Derna.
"Tu..tu..cuba dulu bah kau pusing pelan-pelan sebelah sana..kau tengok sana tu." Bisikian Derna betul-betul menganggu Janet, segera dia berpaling ke arah yang di katakan Derna. Tanpa menunggu lebih lama dia menarik selimut dan menutup kepalanya.

"Bila lagi ada di sana tu?" Kali ini Janet pula yang berbisik, mereka sudah pun berpelukan sesama sendiri di dalam selimut itu, walaupun ada penghawa dingin mereka tetap berasa panas, berkeringat mungkin juga kerana masing-masing sudah pun ketakutan.
"Baru juga aku nampak tu, ngam-ngam aku tebangun, aku ingat aku silap tengok. Tapi kalau sudah ndak bergerak-gerak.." Jelas Derna. Semua lampu di ruang bilik itu di matikan, hanya lampu di bahagian kamar mandi saja di biarkan bernyala, dengan pintu yang di bukakan sedikit. Keadaan bilik yang samar-samar sahaja cahyanya, di situ pula Derna melihat sekujur tubuh duduk di sebuah sofa berhadapan dengan telivisyen. Dia hanya melihatnya dari pandangan belakang, dengan kain putih dan juga rambut hitam yang panjang melepasi bahu. Jelmaan itu duduk dengan tegak dan langsung tidak bergerak. Kedudukannya sangat hampir dengan katil yang di kongsi tidur oleh Ella dan Mag. Tetapi mendengar dengkuran mereka sahut-menyahut, memang begitu pasti mereka langsung tidak sedarkan diri apa lagi dengan keadaan itu.

"Dari mana dia datang tu?" Tanya Janet.
"Entah, sejuk betul aku rasa kaki aku ni. Harap-harap aku tidak mahu terkencing. Bertahan hingga esok pagi saja." -Derna
"Macam mana kita mahu bangunkan diorang tu?" -Janet
"Kau gila mau kasih bangun diorang?" -Derna
"Aduiii..takan hotel ni pun berhantu." Suara Janet betul-betul hampa, kecewa, marah dan cemas kedengaran.
"Jadi, kita mau buat apa seakrang?" Derna memegang kuat tangan Janet.
"Mau buat apa lagi, tunggu dia lari sendirilah." -Janet
Nafas mereka berkejaran sesama sendiri, tubuh badan pula mula mengigil. Doa mereka juga sudah tidak betul sama sekali. Takut-takut saja jelmaan yang tidak di ingini itu bergerak berdekatan dengan mereka tanpa mereka sedari, masing-masing menutup mata dengan mulut yang terkumat-kamit memohon doa. Dua-dua tidak berani melihat kalau-kalau jelmaan itu masih ada lagi di situ atau pun tidak. Takut pula mereka pengsan bila jelmaan itu menunjukan wajahnya betul-betul di hadapan mereka, saat mereka mengeluarkan kepala dari selimut yang di jadikan sebagai perisai sementara.

   Entah bagaimana mereka tertidur tanpa di sedari, malam yang singkat itu bakal melabuhkan tirai untuk menutupi sang bulan bagi menyambut mentari pagi. Bila jam menunjukan pukul 8 lebih-lebih pagi, Mag mengejutkan ketiga-tiga kawan baiknya itu untuk bersiap-sedia turun ke sarapan yang telah di sediakan pihak hotel. Baginya itulah malam pertama dia dapat melelapkan mata tanpa gangguan atau perasaan takut menyelubungi diri.

   Apabila Derna dan Janet bangun mereka tersenyum sesama sendiri, menggeliat dan kemudian berdiri di pada cermin kaca yang mempunyai pandangan bangunan tinggi-tinggi  di hadapan mereka. Sebaik saja melihat Ella duduk di sofa merah itu sambil menyikat rambutnya yang terhurai panjang, serentak Derna dan Janet menjerit kerana teringat apa yang mereka lihat dengan mata kasar mereka semalam.

   Tanpa tunggu di tanya mereka terus saja bercerita dan menggambarkan peristiwa itu dengan begitu terperinci, Mag dan Ella pun turut sama merasai seramnya.
"Kau rasa benda tu ikut kita?" Soalan pertama Ella, yang juga bermain di setiap kepala ketiga-tiga yang lain.
"Iya, aku pun mau cakap benda yang sama." Kata Janet, dan yang lain turut mengangguk-angguk kecil.
"Betul kau nampak..rambut panjang, dan kain putih? Mukanya?" Mag meminta kepastian.
"Kalau dia kasih nampak mukanya, memang kami di serang sakit jantung terus." Jawab Derna.
"Tapi, selalunya memang itu lah bah tu yang menjelma, rambut panjang, baju putih. Kalau mengikut cerita, dalam buku, dalam tv, atau orang lain pun..memang itulah imej tu.. rambut panjang, baju putih, mukanya.. ndak payahlah kau tanya..tetap putih, mata hitam, mulut merah berdarah. Ndak pun semua putih kecuali mata hitam macam panda. Taulah hantu kan muncul waktu malam, jadi ndaklah cukup tidur." Ella menyambung panjang lebar.
"Apa kau merepek ni? Ndak kan lah hantu dengan bikini atau skinny jeans pula. Itulah pakaian standard diorang, baju putih, rambut panjang. Kalau kau jumpa yang botak.. itu bukan hantu..tapi toyol." Janet melepaskan geramnya pada Ella, seperti mahu tidak mahu dia mempercayai cerita Janet dan Derna.

"Persoalannya, siapa kah dia? Apa yang dia mahukan dari kita?" Tanda tanya yang di suarakan Mag itu membuatkan semua mereka berhenti sejenak untuk berfikir seketika.

Stella AvenueWhere stories live. Discover now